Rabu, 31 Julai 2013

Apa Zaim Buat

Alhamdulillah...hari ni dah masuk 22 Ramadhan, maknanya dah 22 hari berjaya melaksanakan ibadat puasa (iye ker???) . Bermakna juga cuma tinggal seminggu je lagi sebelum kita semua sambut Syawal. Sekarang ni dah terasa kemeriahan sebabnya kat opis ni hari-hari ada je yang menjinjit beg plastik bawa kerepek dan biskut-biskut raya. Tapi tahun ni saya tak banyak tempah biskut raya sebab tahun-tahun lepas biskut raya selalu tak habis. Mana nak habis, bukan beraya kat rumah sendiri pun. 

Tahun ni raya puasa giliran beraya kat rumah mentua, raya haji nanti baru kat kampung saya. Tahun depan lak raya puasa kat kampung saya, raya haji kat rumah mentua dan begitulah seterusnya. Ikut sistem giliran, jadi kami suami isteri tak pernah gaduh pun soal balik raya. Raya kat mana-mana pun sama je meriahnya dan paling best dapat makan rendang hitam mak mentua masak, memang terbaek. Thumbs up! Time beraya kat kampung saya, ada juga cuba masak rendang tu, salin resepi mak mentua tapi rasa tetap tak sama. Ada la tu terlebih atau terkurang kat mana-mana kot.

Kali ni bukan nak cite bab raya, tu intro sikit je. Saya nak cite pasal my beloved son, pasal ragam dia yang macam-macam tu. Tadi belek-belek hp tertengok pics ni....




Tengah buat apa tu? Tidur ke? Tak...Zaim bukan tidur, tu kononnya bersolat. Sekarang ni asal saya atau abah dia bentang je sejadah, dia dulu yang sibuk terus pegi sujud. Tapi tengok la cara sujud tu, main hentam je. Bila saya atau abah sebut Allahuakhbar, lagi la dia sujud. Kelakar sebab kadang-kadang bila tengah bogel lepas mandi pun dia pegi sujud juga kat sejadah. Dia tiru apa yang umi dan abah buat walaupun tak faham dan tak tahu apa maksud perbuatan tu.  Tunggu dia besar sikit dan dah boleh faham baru kami nak ajar step by step tapi sekarang ni bagi dia biasakan diri dengan semua tu dulu.

Kalau perasan dalam pic yang atas sekali tu ada sejadah kecik, tu sejadah yang Tok beli kat Mekah masa pegi umrah. Kami khaskan sejadah tu untuk Zaim. Bila solat, sejadah kecik tu kami bentang kat sebelah dengan harapan dia tak kacau umi atau abah solat. Tapi takde maknanya, tetap juga merayap dan sujud atas sejadah umi atau abah.

Pernah sekali, masa tahiyat awal dia pegi duduk kat riba tak nak bangun. Terpaksa la batal solat dan solat lagi sekali sebabnya memang tak boleh nak bangun untuk sambung solat. Kalau nak cite macam-macam la. Tu belum masuk bab baca Al-Quran lagi, dia punya tahap ingin tahu tu sampai terkoyak helaian Al-Quran tapi nasib baik la terkoyak kat bahagian bucu bawah dan tak kena pada ayat. Sabar la Zaim, tunggu dah pandai cakap nanti baru umi dan abah ajar solat dan baca mukaddam ye. Jangan nanti dah besar malas pulak, memang nak kena rotan la jawabnya. Ingat ye, umi dan abah takkan bagi muka punye. Sampai masa nanti umi beli rotan letak kat rumah. Jaga-jaga, kita tengok sape yang kena....

Khamis, 18 Julai 2013

Ceramah bersama Imam Muda Gaza

Semalam pejabat saya telah menganjurkan satu sesi ceramah dengan menjemput Imam Muda dari Gaza. Tahun ni, difahamkan bahawa Aqsa Syarif Malaysia telah berjaya membawa seramai 15 orang Imam Muda al-Hafiz dari Gaza ke Malaysia untuk mengimamkan solat tarawih di masjid-masjid terpilih. Negeri Pahang menerima 2 orang imam yang ditempatkan di Daerah Temerloh dan Kuantan.

Dah macam laporan berita la pulak. Tak moh la jadi penulis berita, sambung citer pasal ceramah semalam.

Majlis start pada jam 8.15 pagi di surau jabatan. Jabatan mana? Itu rahsia, orang-orang berkenaan je yang tahu kat mana. Tapi dekat jam 8.30 pagi baru la muncul seorang pak sheik berbaju kemeja T dan berseluar slack, macam biasa mesti berjambang. Kitorang bisik sesama sendiri - " ringkas je pak imam ni pakai.." pelan-pelan je bisik sebab konon takut pak imam tu paham Bahasa Melayu...hahaha...Dalam kepala ni duk fikir juga, pak imam ni reti cakap Melayu ke? Nanti bagi ceramah cakap bahasa apa. Kang dibantainya cakap Arab, kami semua nganga je la.

Dalam duk berbisik-bisik tu, jeng..jeng..jeng...muncul pula seorang lelaki berbadan tegap, tinggi lampai, berjubah hitam dan berserban putih, sebijik gaya pak sheikh macam yang kitorang duk bayangkan sebelum ni. Semua duk bisik, "La, ni baru pak imamnya. Tadi tu intro, assintant dia je kot".

Sekali dia toleh, Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah, ada gak yang terlopong. Mungkin ada yang kata biasa-biasa je tapi manis tetap ada.Terus terlintas di hati, kalau anak cucu cicit keturunan arab pun dah dikira cantik dan hensem, agaknya macam mana la cantiknya Nabi Yusuf a.s hinggakan perempuan-perempuan yang tengok Nabi Yusuf boleh terhiris jari sendiri dek kerana terpegun dengan kecantikkan rupa paras Nabi a.s tu.

Dalam semua duk berbisik-bisik, memuji-muji, pengacara majlis pun ambil tempat memperkenalkan pak imam berdua tu dan rombongan dari Aqsa Syarif. Rupanya dua-dua tu pak imam, yang berbaju kemeja T tu pak imam yang ditempatkan di Temerloh dan yang berjubah namanya Sheikh Baha As'ad dari Kuantan (kalau x silap la...). Kerisauan kami pasal bahasa untuk ceramah tu terungkai bila pengacara umumkan ada translator untuk ceramah tu nanti. Mula la duk bisik lagi, puji budak tu muda-muda lagi pandai cakap Arab, kagum juga sekejap.

Semua jenis mulut tak reti diam, sikit-sikit bisik, yang tukang cerita ni pun sama gak kot! hahaha....

Mula-mula sekali kami diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Imam Sheikh Baha As'ad disusuli dengan ceramah pendek berkenaan sejarah Palestin dan Yahudi serta sedikit perkongsian kisah suka duka masyarakat Palestin. Insaf, terharu dan simpati bila dengar keadaan saudara seagama kita di Palestin setiap hari berdepan dengan kekejaman puak zionis. Rasa syukur sangat sebab negara kita masih lagi aman dan tenteram. Tapi dorang ni kuat, tak putus semangat untuk terus berjuang membebaskan Masjidil Aqsa dan jika mati sekali pun mereka bangga sebab syahid mempertahankan agama dan negara.

Lepas tu ada pula sesi soal jawab dan pak imam lagi sorang yang tak mention nama bernasyid. Last sekali sesi bergambar la pulak. Ha, masa ni sume menempel nak bergambar. Sempat la snap juga sekeping dua tapi  ada yang tak berapa clear sket maklum la guna hp cap ayam je...huhuhu...

Blur sebab shoot jauh - sesi soal jawab
Yang paling kanan tu adik yang jadi translator

Masa ni kaget sekejap ingat dia marah sebab snap pic,
rupanya tunjuk tabung sumbangan yang kat depan kitorg..hahaha

Cuba cari dimanakah saya?
Tengok akak kita yang tudung pink kat belakang tu, bukan main lagi pose.


Tak nampak pun saya dalam pic ni sebab rendang sangat kot.huhuhu....

Kat bawah ni pula gambar masa sesi ceramah di Maahad Tahfiz Pahang, gambar clear tapi ni cilok yang orang punya. Minta halal ye....




Bersama bakal-bakal al-hafiz

Selepas habis sesi ceramah dan bergambar tu, ada pula sesi mencuci mata dan membelek cenderahati. Membeli sambil beramal. Sempat juga saya grab sehelai t-shirt dan sehelai kain selempang.


Design yang saya beli


Design kedua

Sebenarnya berkenan design kedua tapi malangnya takde saiz. Tak kisah la, yang penting niat membeli tu untuk beramal dan sedekah bagi membantu saudara seagama kita. 

Di bulan yang mulia ni, sama-samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T memberi kemenangan kepada umat Islam di Palestin dan berdoa lah juga agar satu hari nanti kita berpeluang menunaikan solat di Masjidil Aqsa kerana ganjaran pahalanya adalah 500 kali ganda daripada solat di masjid lain. Amin...

Kabinet Dapur

Ahlan wasahlan ya Ramadhan....

Walaupun hari ni dah masuk hari ke-9 umat Islam di Malaysia berpuasa, tapi rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga Ramadhan tahun ni membawa keberkatan kepada kita semua.

Berbalik kepada topic di atas tu, saya nak citer pasal kitchen cabinet saya seperti yang dijanjikan sebelum ni. Akhirnya dalam bulan yang mulia ni, siap juga kabinet saya tu. Puas hati jugak lah bila tengok hasilnya. Kos pun reasonable. Kabinet dah siap maka hood baru tu pun dah siap dipasang juga cuma belum guna je lagi sebabnya belum betul-betul memasak lagi, setakat masak bubur dan goreng ayam tak payah switch on hood pun.

Macam ni la rupa dapur saya masa under progress dan setelah siap. Layan ye...

Baru nak mula

Zaim excited tengok orang angkut barang

Dalam pic ni pun ada juga Zaim menyelit - boleh berlari dah

Dah siap, saya pilih warna grey - hood Rubine (Boxline) pun dah dipasang

Bahagian tingkap dan sinki - abaikan langsir temporary tu ye.
Blind Curtain terpaksa dicabut sebab kena alter semula

Kat bawah ni pulak gambar blind curtain sebelum pasang kabinet. Saya tempah dari Maxtrack Group cawangan Kuantan untuk 2 buah tingkap di bahagian dapur sahaja. Harga boleh tahan, 5 years warranty tapi tobat lepas ni tak nak dah tempah blind, beli kain langsir untuk 1 rumah pun tak la semahal ni. Itu pun saya pilih yang simple je, xde corak, cuma ada belang-belang sikit. Masa staf dari Maxtrack datang ukur, saya lupa bagitau yang kami dah ukur kabinet maka terpaksa la alter semula sebab bila pasang kabinet, blind tu lebar sampai ke bahagian kabinet.

Light grey sebab nak sepadankan dengan kabinet.
Tingkap bahagian sinki - gambar sebelum pasang kabinet

Tingkap dapur yang lagi satu

Alhamdulillan, lega bila semua dah siap. Sekarang cuma tinggal bab mengemas je. Yang tu amik masa sebab susah nak mengemas dengan si kecik tu, tambah pulak sekarang ni dia dah 'dapat' kaki. Asyik 'mengekor' je la. Tak pe, slow-slow la mengemas tu, lagipun rumah tak lari ke mana, ye dok? hehehe...


Jumaat, 5 Julai 2013

Jamuan Pra-Ramadhan - Women in Black

Ramadhan dah semakin hampir, tak sabar lak rasa. Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru je lepas puasa Ramadhan dah nak masuk Ramadhan lagi sekali. 

Tradisi masyarakat di kawasan Kuantan ni bila nak masuk Bulan Ramadhan, dorg pakat-pakat buat kenduri sambut puasa. Hari ni di pejabat saya, sempena Jumaat terakhir sebelum datangnya Ramadhan banyak unit yang anjurkan jamuan termasuklah unit saya. Saja nak berkumpul, makan-makan dan sebenarnya ada beberapa orang yang nak lepaskan hajat untuk buat kenduri kesyukuran. Rezeki, sikit atau banyak elok lah dikongsi bersama, ye dok?

Tapi kami bukan ponteng kerja, buat jamuan pun masa makan pagi pastu sambung keje balik. Tengahari kang br makan untuk 2nd round-sesi menghabiskan saki baki lauk pauk. 

Sengaja nak mengada, kami berpakat pakai baju hitam. Womens in black la kononnya. Sebelum start majlis, sempat gak la berposing ;

Introducing - Womens in Black
(dari kiri : Kak Sue Sue, Mek Linda, Kak Rus, Kak Ina, ME & Kak Norul )
Yang hujung sekali sebelah kiri tu lebar betul senyumnya. Excited benor! hahaha...


Hahaha-tengok betul2 Kak Rus pejam mata

Ek Eleh...depan makanan pun nak posing
Kesian tukang snap gambar, muka sendiri tak masuk dalam pic ni

Kak Rus tengah timbang penutup bekas catering ke? Yang mana lagi berat?

Kak Sue Sue gaya menyanyi lagu Negaraku. Me jadi patung macam tugu

Menu yang tak seberapa tapi cukup untuk memboyotkan perut masing-masing.

Dah lama kami tak berkumpul makan ramai-ramai. Seronok! Next time kita buat lagi ye? Bulan Syawal nanti  boleh la kot. Jangan ada yang tumbuh tanduk buat jamuan tengah-tengah hari Bulan Ramadhan udah ler! Tu memang bertanduk betul!

Saya nak amik kesempatan untuk ucap selamat menyambut Bulan Ramadhan dan semoga kita semua beroleh keberkatan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Khamis, 4 Julai 2013

Hood Dapur Part 2

Sambung cite pasal hood dapur. Saya dah pun buat pilihan dan dah pun pegi rembat hood yang menjadi pilihan hati. Akhirnya kedai A Craft Sdn Bhd yang jadi pilihan. Saya beli pakej hood + hub jenama Rubine. Siap dapat free voucher RM75 dan saya terus redeem voucher tu dengan beli cermin untuk tandas plus apa kejadah namanya benda yang cermin untuk letak botol syampu, sabun etc tu.

Sebenarnya dah lama pi beli hood tu cuma tak sempat nak update entry je. However, sampai la ni belum pasang pun lagi hood tu tapi hub dah guna. Cooktop yang lama saya masuk kotak simpan, nanti jual 2nd hand, dah ada pembeli pun cuma dia belum datang amik.

InsyaAllah sebelum Ramadhan dorang akan pasang hood tu sekali dengan kabinet. Tak sabar lak rasanya, semangat nak masak rasa cam berkobar-kobar je tapi tak tau bape lama. Kot-kot sehari dua je bersemangat pasni balik ke asal, guna dapur untuk hangatkan lauk je..hahaha..confirm kena bebel dengan encik abah la jawabnya nanti.

Bagi sesiapa yang tinggal di area Kuantan dan sedang mencari barangan rumah seperti sinki, water tap, tandas duduk, cermin, dapur, hood, pancuran mandi dan seangkatan dengannya, saya syorkan ke kedai      A Craft Sdn Bhd yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan (berdekatan McD Indera Mahkota) sebab kedai ni masih lagi tawarkan harga promosi selagi kedai mereka belum dirasmikan. Sebenarnya kedai ni HQ di Kuantan Parade, kat situ dah 10 tahun beroperasi. Yang kat IM ni baru lagi, sebab tu harga promosi. Kalau pegi yang kat KP tu memang harga mahal la sikit.

Nanti bila dah siap pasang hood tu dan dah guna, saya akan update lagi samada berpuas hati atau tidak dengan kualiti hood tu.