Selasa, 24 Februari 2015

Kuih Ambon Kelate

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak share resepi kuih ambon a.k.a apam kelate, resepi dari air tangan mak sedara saya sendiri. Sangat simple dan senang, 1st timer pun inshaallah boleh buat dengan baik. Tapi saya ari tu kali kedua baru menjadi, kesnya resepi tu saya olah semula (kes terlebih pandai..hahaha), last2 bantat kuih tu :-( Seminggu baru habis, makan sorang2 je. Zaim dan abahnya langsung tak jamah, tapi kira ok lah sebab tahan lama, tak berkulat walau pun tak simpan dalam peti ais.

Sekadar gambar hiasan - yang sendiri tak sempat snap

Inilah resepi ambon yang sangat mudah :-

Bahan-bahannya

  • 5 biji telur ayam (gred A @ B)
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula 
  • Sedikit esen vanilla
  • Pewarna
Cara-caranya
  1. Panaskan pengukus
  2. Pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga kembang
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
  4. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian. Titiskan sedikit pewarna yang berbeza bagi setiap adunan (optional).
  5. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang secara berselang seli (boleh juga buat di dalam bekas acuan yang kecil).
  6. Kukus selama 30 ke 45 minit
  7. Sedia untuk dimakan. Yummy...
Bagi sesiapa yang takde hand mixer, boleh cuba kaedah saya - gunakan blender untuk pukul telur dan gula. Blend hingga kembang atau warna telur tadi agak putih kemudian tuang ke dalam bekas yang lebih besar, kemudian masukkan gandum sedikit demi sedikit.

Selamat mencuba.

Selasa, 17 Februari 2015

Orang Baru

Assalamualaikum...kata pembuka untuk lembaran baru tahun 2015..

Terlebih dahulu saya ingin mengajak pembaca semua (kalau ada yang sudi baca la) untuk sedekahkan Al-Fatihah ke atas kembalinya Arwah Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat ke rahmatullah pada 12 Februari 2015 yang lalu. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang dijanjikan syurga, aaminn...

Rindunya saya kat blog yang serba simple ni..(se'simple' tuannya..hehehe)
Hari ni baru berkesempatan dan ada mood untuk kembali menulis setelah sekian lama dibelenggu dengan masalah 'M' (M stand for MALAS). Ikutkan hati macam banyak je benda nak dikongsi kat sini tapi tu la, bila dah ada M tu memang apa pun tak jadi. Jangan kata nak menulis, nak buka blog pun memang idok ler...

Sebagai pembuka untuk tahun 2015, saya nak perkenalkan ahli baru dalam keluarga kecil kami, Nur Humaira Muklisah. Anak perempuan saya yang lahir pada 23 Oktober 2014, genap seminggu selepas hari lahir saya yang ke 'tutttt'...hehehe...dah masuk 3 series dah pon..takde la tua lagi, kira dah masuk umur matang dah tu..hehehe..Nanti boleh la Humaira celebrate birthday sama ngan umi.

Nur Humaira Mukhlisah (gambar blur sikit)

Kehadiran Humaira pada mulanya membuatkan saya sedikit kalut dan stress, maklumlah Zaim pun baru umur 2 tahun 4 bulan, tengah nak bermanja lagi. Perasaan masa tu memang bercampur baur sebab saya sebolehnya tak nak Zaim rasa terpinggir. Sepanjang dalam tempoh berpantang tu walaupun ma dan mak (mentua) ada di rumah tapi Zaim tetap mahukan saya untuk jaga dia. Memang penat, diri sendiri belum pulih sepenuhnya tapi terpaksa jaga dua orang anak, nak mandi atau tukar pampers pun saya juga yang kena buat. Zaim memang tak nak langsung dengan tok ma dan tok. Makan pun kalau bukan saya yang suap memang dia takkan makan. Boleh dikatakan dalam tempoh tu memang tak cukup rehat la. 

Zaim dengan karenahnya dan Humaira pula ada kerenah sendiri. Orang tua-tua cakap sawan tangis. Setiap petang lebih kurang jam 6 petang dia akan mula menangis sampai la selepas maghrib. Malam pula jam 10.30 malam dia akan start menangis lagi sampai la jam 12.30 atau 1.30 pagi. Menangis pula memang sampai muka jadi merah dan tak keluar suara. Masa tu betul-betul teruji, stress sangat-sangat. Ayah saya bawa jumpa ustaz untuk berubat sebab kesian tengok dia menangis macam tu, mulanya saya tak percaya sangat benda-benda macam ni, berubat tradisional bagai tapi turutkan je la. Alhamdulillah, dengan izin Allah walau pun tak pulih sepenuhnya tapi perangai tangis tu berkurangan juga. Sekarang ni dah nak masuk 4 bulan, tangis dia pun semakin berkurangan cuma saya masih lagi berkira-kira kalau nak bawa dia keluar ke mana-mana. Kena tengok dulu mood dia sebab takut dia buat perangai menangis tu kat tengah-tengah orang ramai, haru biru nanti....huhuhu...

Humaira dan Zaim, memang berbeza sangat. Jantina tu memang sah-sah la tak sama tapi dari segi perwatakan dan perangai pun setakat ni nampak la bezanya tu. Zaim masa kecil sejak dari lahir memang tak banyak ragam, tak kuat menangis. Pernah masa dia masih bayi saya bawa pergi shopping untuk raya, siang hari tengah panas, jalan bawah kanopi tapi dia steady je, tak menangis langsung walaupun dah berpeluh-peluh hingga last sekali dia tertidur sendiri kat dalam stroller. Memang sporting habis la. Hingga ke hari ni saya dan Encik Abah tetap ingat lagi hal tu. Kalau Humaira, dalam situasi dan keadaan macam tu, agak-agak macam mana la ye? Hisy, tak sanggup nak hadap. Saya dan Encik Abah memang dah tak sabar nak tunggu Humaira membesar, tak sabar nak tengok Humaira dan Zaim bermain bersama, tak sabar nak tengok mereka gaduh-gaduh sayang, tak sabar nak dengar celotehnya. Zaim pun tak sabar nak main dengan adiknya dan dia selalu cakap "nanti adik besar, abang nak main masak-masak dengan adik. Abah tolong beli mainan masak-masak ye." Hadoi...itulah Abang Zaim..

Zaim & Humaira

Walau apa pun, anak-anak umi tetap istimewa di hati umi. Tak kisah la macam mana pun sebab dalam umur dan usia sekarang, umi dan abah la yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kalian berdua. Mudah-mudahan anak-anak umi berdua ni akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negaranya. Doa umi tak putus-putus untuk kalian. Umi dan abah akan cuba beri yang terbaik untuk semua, inshaAllah...