Selasa, 29 Mac 2016

BATIK SONGKET SARAWAK, LATEST DESIGN MAC 2016

Assalamualaikum kepada semua peminat Batik Songket Sarawak..

Semalam saya terima stok batik corak terbaharu, maka hari ni seawal pagi lagi saya nak kongsikan corak terbaharu kain Batik Songket Sarawak yang semestinya sangat cun melecun dan menawan yang didatangkan dengan lima (05) pilihan warna.

Jom layan gambar kain yang liplap-liplap ni ye...

kod 0003
Kod 0003 - Biru Cair
Kod 0003 - Hijau
Kod 0003 - Hitam
Kod 0003 - Merah
Kod 0003 - Ungu
Cantik tak? Memang gojes la jika digayakan ke majlis kenduri, hari raya or ke dinner. Designkan saja mengikut kesukaan anda. Jika berkenan, apa tunggu lagi, sudi-sudikan emel ke mazalan8469@gmail.com dan tinggalkan nombor whatsapp anda untuk urusan lanjut.
Jangan risau bab harga sebab takde kenaikan ye, masih sama seperti sebelum ni dan jika amik lebih, saya blh kasi spesel discount, InshaAllah...

Selasa, 22 Mac 2016

Puding Biskut Cream Crackers

Assalamualaikum...

Hari ni takde nak update pasal batik songket Sarawak sebab stok corak-corak baru belum masuk lagi. Tinggal 2-3 order dari customer yang belum dipos sebabnya customer minta simpankan dulu baru buat payment. Small matter je tu, boleh je tolong simpankan sebelum orang lain grab, cuma kalau dah simpankan tu harapnya jadi lah ambil. Pernah terjadi, customer minta simpan dan janji nak bayar pada sekian-sekian hari bulan tapi sampai ke sudah tak bayar. Akhirnya kain tu jadi milik sendiri...huahuahua...tambah lagi koleksi baju dalam almariku.

Ok, stop dulu pasal kain. Kali ni nak story pasal tajuk di atas nun...Puding Biskut Cream Crackers. Siapa pun yang reka resepi ni kiranya kreatif di dapur. Tak sangka biskut cream crackers yang biasanya saya makan cicah dengan air kopi O / milo / teh O (febret tau) ni boleh diolah menjadi puding. Dah la sedap, mudah sangat caranya, orang Pahang cakap 'sedeyy' je. Memang Terbaek!

Bahan-bahannya:
10-15 keping biskut cream crackers (apa-apa brand pun takpe)
Setengah tin susu pekat manis
2 biji telur
Sedikit esen vanila (untuk hilangkan hanyir telur)
Sedikit milo (saya guna Tamar Cocoa)

Cara-caranya :

Rendam biskut di dalam air panas (kasi lembik)
1)Rendam biskut dalam air panas supaya lembik tapi jangan terlampau lembik
2) Masukkan biskut yang dah direndam dan lembik tadi ke dalam blender
3) Masukkan susu pekat, telur dan esen vanilla
4) Blend bahan-bahan tersebut sehingga sebati

Kukus selapis-selapis berselang seli warna
5) Bahagikan bahan yang telah dikisar kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan milo dan kacau rata manakala sebahagian lagi dikekalkan seperti adunan asal.
6) Tuang setiap adunan selapis-selapis dan berselang seli di dalam loyang dan kukus selama 5-10 minit untuk setiap lapisan. (tuang lapisan pertama dan kukus, kemudian tuang pula lapisan kedua dan kukus lagi, ulang langkah ini sehingga habis kesemua bancuhan tadi)


7) Apabila semua adunan telah dituang, kukus puding tersebut selama 10-15minit dan siap untuk dihidangkan.

Ada lapisan yang menggelembung sebab terlebih kukus (lama sangat kukus)
8) Biarkan puding sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik supaya tidak melekat.

Saya sempat buat puding ni dua kali, 1st time buat sekejap je habis makan 4 beranak. 2nd time buat untuk bawa ke rumah jiran masa buat makan-makan, yang tu tak sempat rasa pun. Nak buat untuk kali ke-3 tak tau la bila akan berlaku, tengok pada mood dan tahap kerajinan. apa-apa pun puding ni memang sedap, lemak berkrim dan yang bestnya cara penyediaan yang sangat mudah dan cepat.

Seronoknya bila buat manisan macam ni, bila asben balik keje semuanya dan terhidang di meja. Puas hati walaupun tak pernah dapat pujian pun...huhuhu...part ni syahdu sungguh. Tapi takpe, anak terunaku sentiasa pandai mengambil hati uminya, apa je umi masak mesti dia puji sedap. Kadang-kadang rasa macam sindiran je sebenarnya..hahaha...

Khamis, 10 Mac 2016

Kain Batik Sarawak Lagi

Alahai...lamanya tak update blog ni..memang tak berusik pun, ibarat macam rumah tak bertuan, tentu dah berhabuk. Bukan takde cerita yang nak dikongsikan, memang banyak sebenarnya tapi tak berkesempatan.

Hari ni tetiba pulak terdetik hati nak jenguk blog. Tak tahu yang mana satu nak update dulu, kisah anak-anak ke, kisah holiday ke, kisah kerja ke, kisah mem'baking' ke, kisah bisnes kain ke lain-lain kisah....ahh...tak kisah la kisah apa pun, orang tak kisah kot...hohoho...

Pikir punya pikir (sambil belek2 pic dalam hanset), finally diputuskan untuk update kisah kain songket yang liplap-liplap keemasan dan cun melecun serta mampu membangkitkan seri si pemakai...taraaaa....KISAH KAIN BATIK SONGKET SARAWAK..noktah!

Kebetulan pulak akhir-akhir ni banyak pulak stok corak-corak baru yang sampai, memang cun dan menawan. Inshaallah mampu menarik hati dan memukau mata sesiapa je yang memandang..hehehe...Cerita tanpa gambar ibarat sambal tanpa belacan, tak 'kick'. Jom layan gambar dulu, nanti baru cerita detail ye. Nak sentuh juga bab harga.

Kod 0005
Contoh : Corak penuh Kod 0005 (hitam)
Kod 5011
Contoh: Corak penuh kod 5011 (pink)
Kod 255
Contoh : Corak penuh kod 255 (maroon)
Kod 262
Contoh : Corak penuh kod 262 (merah)
Kod 507
Contoh : Corak penuh kod 507 (biru)

Kod 486
Contoh : Corak penuh kod 486 (maroon)
Kod 476
Contoh : Corak penuh kod 476 (ungu)
Kod 300
Contoh : Corak penuh kod 300 (kuning)
Contoh : Corak penuh kod 246 (beza line tengah berbanding kod 300)

Yang bawah ni pulak batik pastel, sebelum ni saya tak jual yang pastel ni tapi disebabkan ada yang bertanya, maknanya ada permintaan, so untuk edisi kali ni ada juga 2 jenis corak batik pastel khas untuk penggemar warna-warna pastel yang ala-ala lemah lembut dan sopan santun gitu...hehehe...
Kod 486
Contoh : Corak penuh kod 486 (pink)
Kod 254
Contoh :  Corak penuh kod 254 (oren/peach)

Kain-kain ni memang cantik dan sesuai untuk buat apa-apa fesyen dan potongan mengikut kesukaan dan pilihan masing-masing. Jika dikombinasikan dengan lain-lain fabrik pun sesuai juga, terserah kepada kreativiti individu itu sendiri.

Selain daripada corak-corak yang terkini, corak-corak lama yang sentiasa mendapat permintaan pun ada dibuat pesanan semula (restok). Yang ni kiranya memang corak yang femes la untuk kain batik songket Sarawak ni. Jom layan gambar corak-corak yang femes dan sering bertahta di hati peminat batik songket Sarawak.

Kod 318

Contoh : Corak penuh kod 318 (hijau)

Kod 623 (Diamond)
Contoh : Corak penuh kod 623 (biru)

Kod 225
Contoh : Corak penuh kod 225 (biru)

Kod 196 - pilihan warna dipelbagaikan
Contoh : Corak penuh kod 196 (pink)
Kod 471 (bunga api)

Kod 911 (harimau)
Aduh...penat dah tunjuk gambar kain..Nak diikutkan, ada banyak lagi pilihan corak tapi dah penat lah. Kalau ada sesape yang berkenan nak order atau nak bertanya lanjut, macam biasa boleh contact saya melalui emel mazalan8469@gmail.com dan tinggalkan nombor whatsapp ye.. Lagi syok bila ada komunikasi dua hala. Kat blog ni saya bermonolog sendiri je, tak syok. Kekadang jadi syok sendiri je, hahahaha....
Ops! kat atas tadi ada saya sebut pasal harga kan? Ok, tak mau bagi anda berteka teki pasal harga so saya umumkan bahawa selaras dengan keadaan ekonomi sekarang, harga kain batik songket Sarawak diturunkan kepada RM25 sehelai termasuk postage.

APA???? Harga turun?? Iye, bukan mimpi dan bukan igauan. Ini kenyataan. Harga dah diturunkan mengikut harga semasa. Apa tunggu lagi, jom la order. InshaAllah emel anda akan saya balas nanti tapi maaf lah kalau terpaksa tunggu sehari dua baru dapat feedback, kekadang lupa check mailbox...hehehe..