Jumaat, 12 April 2019

Kegilaan terbaharu....Ayuraa Terapi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Betapa sibuknya seharian menghadap tugas-tugas di pejabat, petang pula berkejar amik anak-anak di taska, sampai rumah sediakan makan malam, temankan anak-anak bermain di luar rumah atau temankan anak-anak siapkan homework...penat giler tapi itulah realiti hidup zaman sekarang.

Di pihak anak juga tak kurang penatnya, bangun pagi bersiap ke sekolah, abis sekolah sambung kelas tuisyen pula, hari xde tuisyen dapat la masuk taska, transit sementara tunggu umi jemput. Balik rumah kalau takde homework boleh la main basikal atau main dengan kawan-kawan sekejap sementara tunggu waktu maghrib, lepas maghrib pegi kelas mengaji Al-Quran, balik rumah dah pukul 9.00 malam, rehat dan sembang-sembang dengan umi abah kemudian pukul 10.00 malam dah nak masuk tido. Bila hujung minggu memang dah penat sangat dan hujung minggu baru la ada masa nak tumpu pada aktiviti kekeluargaan.

Petang ni sementara ada masa terluang sikit, saya nak share dengan para pembaca yang singgah ke blog ni berkenaan sejenis minyak terapi. Mungkin ada yang dah biasa dengar atau tengok, iaitu Ayuraa Terapi. Terdapat 2 jenis minyak ayuraa iaitu Ayuraa Terapi Kasturi dan Ayuraa Terapi Collagen. 

Empat bahan utama yang terkandung dalam Minyak Ayuraa Terapi ini adalah:

💓 BEESWAX
- iaitu lilin lebah yang doproduksi daripada sarang lebah sebagai manfaat untuk kesihatan seperti menyembuhkan sakit kulit (terbakar, melecur, gatal2, alergik) dan membantu mengeringkan luka.

💓 PEPPERMINT LEAF
- melegakan batuk
- melegakan pernafasan
- melegakan mabuk/morning sickness
- melegakan sakit kepala
- merawat gigitan serangga

💓 COCONUT OIL
- menguatkan sendi / tulang
- menguatkan sistem saraf
- mencegah sembelit / pendarahan
- melembabkan kulit kering / bersisik
- merawat luka

💓 MINERAL SALT
- menguatkan otot
- mengurangkan radang sendi
- mengurangkan bengkak
- melancarkan pergerakan sendi

Dengan gabungan bahan-bahan utama di atas, InsyaAllah ianya dapat membantu merawat masalah anda semua. Setakat ini, produk Ayuraa Terapi amat serasi dengan keluarga kecil saya. Kami sekeluarga memang mengamalkan penggunaan minyak ayuraa untuk menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas-kebas badan, menghilangkan kegatalan termasuk membantu merawat masalah ekzema yang dialami oleh si abang, memberi tido yang lena (roll on pada tengkuk dan bahu sebelum tido), menghilangkan sakit kepala dan stress, merawat batuk dan selsema dan bermacam lagi. Boleh dikatakan minyak ayuraa terapi ni serba guna.

Lagi best minyak Ayuraa Terapi Kasturi yang ditambah dengan bacaan rukyah semasa penyediaannya serta mengandungi kasturi kijang. Ayuraa Terapi Kasturi ni ada tertib penggunaannya dan dengan izin Allah boleh digunakan untuk menghindari gangguan makhluk halus. Bagi sesiapa yang sering merasa gelisah, stress, cepat marah, memang sangat-sangat digalakkan untuk cuba Ayuraa Terapi Kasturi sebab saya dah guna dan dah rasa kesan positif dari penggunaan Ayuraa Terapi ni. Kalau dulu sering marah-marah anak, stress, tido terganggu, tapi sejak amalkan roll on Ayuraa Terapi Kasturi pada tengkuk dan bahu sebelum tido, semua masalah tu dah berkurangan, alhamdulillah. Sangat-sangat membantu dan berkesan.




Ada banyak lagi cerita minyak ayuraa ni yang saya nak kongsikan bersama para pembaca tapi masa agak terhad dan saya akan cuba sambung kisah ayuraa ni pada catatan akan datang terutama perkongsian dan maklum balas pengguna.

Cuma saya nak bagitau yang sekarang ni saya pengguna setia Minyak Ayuraa Terapi Kasturi dan Ayuraa Terapi Collagen serta dan berdaftar sebagai agen Ayuraa Terapi. Terjebak sebagai agen ni pun secara tak sengaja apabila niat asalnya untuk beli minyak ni bagi kegunaan keluarga tapi disebabkan beli dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan harga yang lebih murah, terus terjebak tapi terjebak yang ni mendatangkan pulangan dan pendapatan sampingan kepada saya. Siapa sangka dalam masa sebulan saya mampu menjual sehingga 130 botol minyak ni. Bermaksud minyak Ayuraa ni berkesan dalam membantu merawat penyakit yang dialami oleh pengguna.

Kalau ada sesiapa yang berkeinginan untuk dapatkan info selanjutnya berkenaan produk Ayuraa Terapi atau tergerak hati untuk mencuba produk ni, sila emelkan no telefon anda mazalan8469@gmail.com dan insyaAllah saya akan terus contact anda.

Saya bukan semata-mata nak mempromosikan produk tapi dalam masa yang sama ingin membantu anda di luar sana untuk mengurangkan kesakitan dan merawat masalah yang dialami. Kita kongsikan kebaikan, ikhtiar dan serahkan selebihnya kepada Allah kerana Dia jua lah yang berkuasa atas segala sesuatu. 

Selasa, 8 Januari 2019

Come Back in 2019

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara

Ya Allah, rindunya pada blog ni. Last catatan tahun 2016 dah masuk tahun 2019 baru nak kembali. Ni semua disebabkan kesibukan dunia hingga tak berkesempatan nak menaip, mencoret, membebel dan seangkatan dengannya dalam blog ni walau pun hakikatnya banyak sangat nak story sebagai kenangan akan datang. Al maklum la, hakak ni takde FB nak share cerita (hakak tak tipu hokey walaupun ramai tak percaya) tapi setakat IG tu ada la, itu pun hidup segan, mati tak mau..hahahaha active user atau tak itu tak penting, yang penting ada acc IG..huahaha

Buat permulaan ni tak tau nak start kat mana, just nak ucapkan selamat tahun baru 2019 semoga tahun ini akan membawa lebih kebaikan kepada kita semua dan semoga terus dipanjangkan usia serta sentiasa dalam rahmat Allah.

Bila dah makin berumur ni, fikiran pun dah lain sikit. Baru mula melihat dan lebih mengenali kebesaran serta kekuasaan Yang Esa. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Mu ini Ya Allah serta masih diberi kesihatan yang baik untuk terus melakukan amalan-amalan soleh sebagai bekal di sana nanti, kehidupan yang kekal abadi dan bersyukur kerana masih dikelilingi oleh insan-insan yang disayangi.

Sesunguhnya begitu banyak nikmat yang telah berikan kepada kita samada kita sedar atau pun tidak. Kasih dan rahmatNya sangat luas dan tidak putus. Jangan sesekali menyalahkan takdir atas apa sahaja yang berlaku kepada kita kerana itu semua adalah aturan dan ujian daripadaNya dan saya yakin Allah tidak zalim dan Dia meletakkan sesuatu itu bersesuaian dengan tempatnya dan menurunkan ujian berdasarkan kemampuan insan berkenaan.

Be positive dan yakinlah dengan KekuasaanNya. Mulakan tahun 2019 dengan segala kebaikan dan berusahalah untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Hargailah peluang yang Allah berikan untuk kita dan gunalah ia dengan sebaiknya kerana tiada siapa pun tahu bila saatnya kita akan dijemput ke sana. Apabila tiba saatnya nanti kita tidak akan lagi memikirkan apa yang akan ditinggalkan di dunia ini dek kerana ketakutan untuk menghadapi apa yang ada di hadapan. Nauzubillah. Ampuni aku Ya Allah.....



Khamis, 4 Ogos 2016

Batik Songket Sarawak Edisi Ogos 2016

Riangnya hati setelah sekian lama menunggu akhirnya corak baru Batik Songket Sarawak telah pun tiba. Tanpa melengahkan masa dan merapu itu ini, jom kita reveal corak terbaru yang owesome ni.

Corak pertama ialah kod 293 yang didatangkan dengan lima (5) pilihan warna.

Kod 293 - 5 pilihan warna

Kod 293 Pink

Kod 293 Hitam

Kod 293 Merah

kod 293 Oren

Kod 293 Biru

Corak kedua pula adalah kod 266 yang didatangkan dengan 4 pilihan warna.

Kod 266 - 4 pilihan warna

Kod 266 Hitam

Kod 266 Purple Pink

Kod 266 Biru

Kod 266 Oren

Corak ketiga pula adalah kod 304 dengan 5 pilihan warna ;

Kod 304 - 5 pilihan warna

Selain daripada dua (2) corak baru ini, ada juga dibuat restok bagi corak-corak yang hot selling iaitu kod CM230 dan kod 225 seperti di bawah;

Kod 225 - 5 pilihan warna

Kod CM230 - 5 pilihan warna

Sekiranya berminat untuk dijadikan persalinan sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba atau untuk meraikan perkahwinan saudara mara dan sahabat handai, jom emel cepat-cepat ke mazalan8469@gmail.com. InshaAllah saya akan get back to you ASAP tapi jangan lupa untuk tinggalkan nombor whatsapp anda ye. Selain corak-corak di atas, terdapat banyak lagi pilihan corak yang sedia ada. Selamat membuat pilihan.

SAMBUTAN HARI RAYA 1437H PERINGKAT JABATAN

Hari ini telah pun tiba 01 Zulkaedah 1437H bermakna selesai sudah segala sambutan hari raya bagi tahun 1437H. Tapi saya masih lagi menerima jemputan rumah terbuka walaupun agak terlewat, yang penting niat tuan rumah tetap baik iaitu ingin meraikan sahabat handai dan saudara mara. Bagi kebanyakkan orang, hari raya Aidilfitri disambut selama sebulan sepanjang Bulan Syawal tapi bagi diri saya sendiri, Hari Raya Aidilfitri adalah semasa beraya di kampung bersama keluarga, bila dah mula masuk kerja, no more raya.

Pada tanggal 22 Julai 2016 yang lepas telah diadakan sambutan hari raya di peringkat Jabatan tempat saya bekerja. Sambutan agak meriah dan diadakan sekali majlis meraikan pegawai-pegawai yang akan bersara. Untuk sambutan pada kali ini, Unit saya telah diamanahkan untuk menjaga hidangan dan persiapan tempat bagi jemputan VIP. Maknanya tak boleh lah nak bersantai-santai sambil menikmati hidangan macam tahun -tahun sudah.

Jemputan di kalangan staf dan pegawai jabatan
Sila fokus pada si baju Maroon yang tengah sibuk hidang makanan tu ye...hehehehe..


Walau apa pun, kami terima tugasan tersebut dengan hati terbuka dan telah melaksanakannya dengan sehabis baik. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walau pun kami hanya sempat menjamah sedikit juadah sebagai alas perut. Mana tidak nya, sedang makan pun saya masih dipanggil untuk sediakan tempat bagi seorang VIP yang lewat tiba. Makan pun tak senang tau, terbantut selera den...huhuhu

Dato' Pengarah merangkap KJ kami (berbaju melayu biru - duduk)

Antara jemputan VIP

Antara juadah yang disediakan pada majlis sambutan tersebut adalah 2 ekor kambing goleh which is my febret (sempat makan sikit je...), ayam golek, sate dan nasi impit, nasi dagang, nasi minyak, laksa, lemang dan rendang serta pelbagai kuih muih. Air pulak bermacam variasi ada, cendol, laici kang, asam boi dan macam-macam lagi lah.

Para jemputan beratur di gerai kambing golek....yummyyy...

Pelbagai kuih muih dihidangkan

Walaupun tak sempat bersantai menikmati juadah, tapi kami masih sempat bergambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan satu sektor. Demi bergambar kami sanggup tinggalkan khemah VIP sebentar...hehehe...Lagipun pada masa tu, tetamu dan jemputan sudah beransur-ansur pulang, kiranya tinggal untuk mengemas-ngemas apa yang patut je lah.

Sebahagian rakan-rakan sekerja, satu sektor tapi lain unit

Free sytle...hahaha...

Walau pun penat tapi kemeriahan tetap dirasakan. Puas bila dapat laksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik tapi tahun depan tolong lah assign unit lain pulak ye untuk buat kerja tu.

Pada hari tersebut turut diadakan pertandingan gerai tercantik mengikut sektor dan tahun ini sektor saya sekali lagi telah berjaya mendapat tempat pertama, 3 tahun berturut-turut. Tahniah kepada anggota yang telah bertungkus lumus menyumbang idea dan tenaga untuk menyiapkan hiasan gerai yang bertemakan kampung nelayan dengan menu nasi dagang. Memang kreatif diorang ni semua dan dengar cerita, jam 3 pagi baru siap hiasan dan susun atur tersebut. Berbaloi lah dinobatkan sebagai juara. Tapi takde pulak pic gerai tu. Tahniah juga kepada semua staf dan pegawai jabatan atas segala komitmen yang diberikan dalam menjayakan majlis sambutan Aidilfitri peringkat jabatan bagi tahun 2016 / 1437H. InshaAllah, panjang umur dan murah rezeki kita berjumpa lagi di majlis sambutan pada tahun 1438H nanti.

Selasa, 14 Jun 2016

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum dan Ramadhan Kareem

Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, saya nak kongsikan tentang kelebihan Solat Sunat Dhuha. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuka pintu hati pembaca untuk sama-sama mengamalkan solat sunat Dhuha. Semoga amalan-amalan kita diterima oleh Allah S.W.T . Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah.




SOLAT DHUHA

Menarik  bantuan Allah  s.w.t
Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan
[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

- YANG PERTAMA
Dosa  terampun
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.
“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR Tarmidzi)

-YANG KEDUA
Orang bertaubat
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)

-YANG KETIGA
Dicatat sebagai orang yang taat
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.
“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.
Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.
Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.
Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.
Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."
(HR At-Thabrani)

-YANG KEEMPAT
Masuk syurga dari pintu khas
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,
"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”
(HR At-Thabrani)

-YANG KELIMA
Murah rezeki
Allah swt mencukupkan rezekinya.
“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”
(HR Abu Darda)

-YANG KEENAM
Sudah bersedekah
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.
Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.
Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."
(HR Muslim)

**Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja. Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.

Khamis, 2 Jun 2016

Corak Terkini Batik Songket Sarawak

Assalamualaikum,

Corak terbaharu Batik Songket Sarawak dan Batik Garutan tiba lagi.

Batik Garutan corak baru






Ini pula corak terkini Batik Songket Sarawak.

kod 293 Ungu

Kod 293 Hijau

Kod 293 Biru

Kod 293 Pink

Kod 293 Merah

Harga masih seperti biasa RM25 termasuk postage. Seperti biasa sekiranya berminat sila emelkan nombor whatsapp anda ke mazalan8469@gmail.com. Lain-lain corak pun masih available ye. Wassalam....

Lawatan Sambil Belajar - Pengalaman Baru Zaim

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan yang akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas dan sihat pada hari ini.. Semoga saya terus diberi usia dan kesihatan yang baik untuk menghadapi Ramadhan yang mulia dan penuh barokah, InshaAllah...

Kali ini just nak coret-coret kosong je, nak berkongsi cerita tentang anak-anak yang sedang membesar dan sedang berkeinginan untuk explore new thing everyday, usia yang tengah nakal, umi dan abah kena sabor je la...


Pada 24 Mei 2016 yang lepas, taska Zaim telah mengadakan lawatan sambil belajar, walaupun destinasinya cuma di sekitar Kuantan je tapi anak-anak taska seronok sebab dapat timba pengalaman baru. Macam Zaim sendiri walaupun dah beberapa kali ke tempat tersebut, tapi lawatan kali ni berbeza sebab pergi bersama cikgu-cikgu dan rakan-rakan taska. Cikgu-cikgu yang cun ni telah bawa anak-anak taska melawat Mini Zoo Teruntum dan Pantai Peranginan Teluk Chempedak.


Dongak atas, ada kapal terbang lalu kot...hihihi

Sempat jugalah cikgu-cikgu snap gambar untuk share dengan ibu bapa kat group whatsapp, info tentang aktiviti anak-anak. Cikgu-cikgu ni memang best, memang selalu update aktiviti anak-anak sebab tu kadang-kadang sambil kerja pun saya boleh senyum sendiri bila tengok HP, macam-macam gelagat anak-anak bila buat aktiviti tak kira la aktiviti kat kelas atau luar kelas.

Cikgu-cikgu pun seronok jugak buat aktiviti dengan anak-anak taska

Dah tengok haiwan, main kat playground jap (abang Zaim dah ilang cap)

Bergambar pulak kat Teluk Chempedak selepas kenyang makan KFC

Cikgu bawa makan KFC di Restoran KFC Teluk Chempedak
1 je saya tak berapa gemor dengar bila Zaim cakap best dapat minum "air gas" kat KFC (air COKE). Saya memang pantangkan air-air berkarbonat untuk anak-anak, tak sesuai la.

Ni pulak masa tengok haiwan kat zoo

Jadual lawatan dorang hari tu ke Mini Zoo Teruntum kemudian makan di Restoran KFC Teluk Chempedak, jalan-jalan di Pantai Teluk Chempedak dan balik rehat di taska. Ikut pada report daripada cikgu, anak-anak pada hari tu balik taska lepas mandi masing-masing terbungkang tidur sebab penat berjalan. Ada yang mengingau masa tidur, tak tau la mengingau pasal apa, agaknya nampak monkey kot...hehehe

Perasan tak, kat dalam setiap gambar tu Zaim duduk sebelah awek je, lain-lain awek pulak tu. Budak-budak pompuan suka berkawan dengan dia tapi dalam ramai-ramai kawan pompuan kat taska, ada sorang yang memang Zaim admirer dan nama awek tu memang sering disebut-sebut. Katanya yang paling comel kat taska, guess who??....hahaha

Macam-macam la kisah Zaim ni sejak mula masuk taska dan mula belajar berkawan dengan ramai orang. Dah pandai suka kat awek dah siap cakap kat abah dia nak kawin dengan awek tu bila dah besar nanti...HOHOHO...anak abah...

Semua ni nanti akan menjadi kenangan untuk Zaim bila dah makin meningkat dewasa dan sekiranya dia berkesempatan baca kisah ni tentu dia akan senyum sendiri terkenangkan zaman taskanya. Gambar-gambar tu semua umi akan simpan dalam album abang sebagai kenangan abang bersama rakan-rakan, InshaAllah.