Selasa, 8 April 2014

Rakan Sebaya

Fuhhh...lama betul saya tak menjengah ke blog ni. Banyak sebenarnya yang dicoretkan cuma tak berpeluang je. Al maklum lah, sekarang memang tengah sibuk dengan tugas harian di pejabat. Mula dari hujung tahun bawa ke awal tahun dan biasanya pertengah tahun lah baru ada masa terluang sikit. Awal-awal tahun ni kerja memang menimbun tapi xde lah sampai kena buat OT. Bab-bab OT ni bagi kat anak-anak buah je...hehehe...Masa terluang kat rumah cukup untuk diisi dengan melayan keletah anak yang sorang tu je. Makin besar makin banyak pulak keletah dan ragamnya.

Kali ni saya terlintas untuk berkongsi cerita pasal Zaim dan rakan sebaya merangkap bestfren + kawan kelahi + jiran. Abdullah Yasin namanya tapi lebih mesra dengan panggilan Yasin or Acin (panggilan pelat).
Dorang berdua ni beza umur lebih kurang sebulan je. Yasin lahir 16 Mei 2012 dan Zaim 20 Jun 2012. Senang nak ingat birthday Yasin sebab jatuh pada Hari Guru. Kalau besar nanti jadi pendidik bagus juga nanti boleh sambut birthday serentak dengan sambutan Hari Guru. Lagi pun profesion sebagai pendidik ni dipandang mulai, sampai mati pun orang tetap panggil Cikgu. 

Tugas saya di pejabat sehari-hari memang berdepan dengan warga pendidik. Sekarang ni baru saya tahu keistimewaan dan keberuntungan warga pendidik dari segi gaji, peluang kenaikan pangkat dan kerjaya dorang. Rasa menyesal pula dulu tak berusaha dan tak tanam minat untuk jadi pendidik...huhuhu... Tapi takpe, rezeki dah diatur oleh Yang Esa, Dia dah rancang sebaik-baiknya apa yang terbaik untuk saya. Cuma kalau ditanya pendapat oleh anak-anak muda, memang saya syorkan sangat untuk mereka jadi pendidik. Paling utama, perlu ada minat dan ikhlas, jangan semata-mata nak kejar wang ringgit dan pangkat. Walau apa pun pekerjaan kita, niat mestilah ikhlas kerana Allah barulah rezeki kita berkat dan kita pun akan enjoy dalam melaksanakan tugas...iye dok? - melencong jauh dah dari topik asal ni...

Yasin dan Zaim (awal Januari 2014) - muka baby lagi

Abdullah Yasin

Zaim kejar nak rebut basikal. 
Yang baju hijau kat belakang tu Amir, senior dorang. Bila Zaim dan Yasin bergaduh, Amir pun pening. 
Zaim panggil  "Mamir" panggilan pelat untuk "Abang Amir"..hehehe...
(rumah kami sebelah menyebelah je)

Back to our main topic, Zaim dan Yasin ni walau pun sebaya tapi watak dan ragam tak sama. Memang la berbeza kan, dah mak ayah pun lain-lain. Sedangkan adik-beradik kandung pun berbeza watak dan tingkah laku. Dorang berdua ni ada hari baik dan hari kelahi. Bila hari baik, elok je main bersama siap boleh mengalah dan kongsi-kongsi mainan, tapi bila hari kelahi tak boleh silap sikit tangan si Yasin naik ke badan Zaim dan si Zaim pulak bawa watak pelakon air mata, sikit-sikit nangis..Serabut dibuatnya, ibu-ibu nak bersembang pun tak senang.

Dorang berdua ni sama-sama anak sulung, tapi saya perhatikan Yasin lebih independence daripada si Zaim yang lebih manja. Yasin juga lebih advance dari segi 'melasak'. Yasin dah pandai kayuh basikal tapi Zaim belum pandai lagi. Yasin dah pandai memanjat, Zaim tak memanjat. Yasin dah pandai tumbuk-tumbuk (gaduh) tapi Zaim tak melawan (menangis je tiap kali kena). Yasin pandai tendang bola, Zaim pandai rampas bola dan pegang kat tangan. Dari segi lain pulak, Zaim dan pandai cakap banyak, dah boleh buat ayat, Yasin belum lagi. Zaim gigi dah hampir penuh, Yasin kurang lagi. Zaim pandai main masak-masak, Yasin pandang je (ni masalah bila bergaul dengan kakak yang main masak-masak). Zaim pandai main pasir, Yasin tukang ikut. Satu lagi yang akan membezakan dorang berdua, Zaim tak lama lagi akan dapat adik, Yasin belum lagi...hehehe...

Zaim peluk kuat takut jatuh, Yasin steady je...

Peluk dengan kasih sayang..macam orang bercinta lak! ahaks

Pose...

Pose yang cool....(Umi suka pose yang ni)

Walau apapun perbezaanya, moga-moga besar nanti dorang akan tetap bersahabat. Saya sempat snap gambar masa dorang main basikal tempoh hari (02 April 2014). Si Zaim tak pandai kayuh jadi tumpang bonceng je la. Ni hari baik, elok je main sama siap gelak-gelak. Habis main basikal, Zaim jadi ketua main tanah pulak, si Yasin tukang ikut tapi sebab hari baik, elok je Yasin mengalah dengan Zaim kongsi-kongsi tanah ketul buat baling-baling. Kebetulan depan rumah tengah jalan projek bina rumah tapi sekarang baru peringkat manimbun tanah, jadi banyaklah tanah-tanah yang berketul macam batu, dorang kutip buat main baling-baling bagi hancur. Yang ni lupa lak snap gambar. Kelakar pun ada tengok Zaim bonceng basikal Yasin. Gambar tu saya cuci nak bagi dorang tengok bila dah besar nanti.

Harap nanti, bila dah pandai membaca dorang berpeluang baca entri saya ni. Semoga hubungan dari rakan sepermainan dan rakan sebaya akan berkembang menjadi sahabat karib apabila masing-masing dah meningkat dewasa.