Jumaat, 27 Disember 2013

Banjir Melanda Kuantan Tahun 2013

Setelah berbulan-bulan dibebani dengan tugasan, baru hari ni saya berkesempatan menjengah semula ke blog yang tak seberapa ni. Sebenarnya dah lama saya merangka-rangka ayat untuk buat catatan pasal banjir teruk di sekitar Kuantan pada awal Disember 2013 yang lepas tapi hari ni la baru ada masa nak luahkan semua tu.

Takziah kepada semua mangsa banjir dan dimohon untuk banyakkan bersabar serta redha dengan dugaan Allah S.W.T. Saya sekeluarga juga merupakan antara mangsa banjir yang terpaksa berpindah ke penempatan sementara tapi Alhamdulillah sebab banjir di kawasan rumah kami tak seteruk kawasan lain di Daerah Kuantan ni.

Kiranya ini lah pengalaman pertama kami berdepan dengan banjir sehingga terpaksa berpindah. Kalau kat kampung dulu, memang tiap-tiap tahun banjir tapi belum pernah pindah atau bermalam di penempatan sementara. Pengalaman banjir kali ni memang akan menjadi pengajaran dan pengalaman berharga, baru kami tau betapa susahnya bila berdepan situasi macam ni.

Saya ingin berkongsi sedikit catatan berkenaan banjir yang dah berlaku dengan sesiapa yang sudi singgah ke blog saya ni.

03 Dis 2013 (SELASA) - Masa ni kami sekeluarga ronda dengan kereta tinjau keadaan banjir. Sambil tu tak abis-abis cakap 'nasib baik kawasan rumah kita tak kena' sebab kesian tengok orang-orang yang terlibat dengan banjir tu.

Jalan menghala ke Pekan di depan Kolej Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS) dah ditenggelami air. Masa ni lebih kurang jam  5 ptg, (time orang balik kerja). Penduduk area Taman Inderapura, Taman Indera Sempurna dan kawasan-kawasan berhampiran dah tak boleh lalu jalan ni, dorang terpaksa tinggalkan kereta / motor dan naik lori untuk redah air, memang sesak teruk masa tu. Nampak tak kat tengah-tengah air banjir tu ada lori tangki Petronas dah tersadai.


Kampung bersebelahan taman perumahan kami dah dinaiki air.

Air atas jalan dah paras betis. Kawasan belakang lagi dalam.


Perumahan di hadapan perumahan kami dah ditenggelami juga. Dorang dah mula alihkan kereta ke kawasan yang lebih tinggi dan get ready untuk pindah. Kami masih lagi sembang-sembang dan bincang-bincang kat depan rumah isu banjir.

Dalam pukul 6 ptg, elektrik dah dipotong. Jiran sebelah bagitau dia dah siap pack barang. Masa tu tali air kat sebelah perumahan kami dah penuh dan air dah mula naik ke jalan. Tengok longkang depan dan belakang rumah dah hampir penuh. Bila tanya En. Abah samada nak pack barang atau tak, dia cakap "jangan risau, tak payah pack sebab rumah kita nanti tak kena banjir". Ni ayat penyedap hati sebab jiran-jiran kat Fasa 1 yang dah hampir 10 tahun tinggal kat sini bagitau masa banjir besar sebelum ni kawasan kami selamat.

Tapi saya tak sedap hati, tetap berkeras dan dalam keadaan rumah takde letrik, guna torch light dan lilin, saya pack apa yang patut. Semua dokumen penting saya masukkan dalam 1 luggage, apa-apa hal senang nak cari. Then saya kemas baju-baju yang nak dibawa in case terpaksa pindah. Semestinya keperluan Zaim diutamakan. Keperluan lain such as selimut, comforter, bantal, toiletries dan lain-lain pun tak dilupakan. Barang-barang lain kat rumah saya kemas la serba sikit. Kain baju kat dalam almari semua saya alih ke rak bahagian atas, barang-barang letrik letak tempat tinggi, gulung karpet2 dan tikar letak atas katil. 

Kami kat satu perumahan ni semua mula berjaga-jaga. Malam tu kaum bapa asyik keluar masuk rumah tinjau keadaan air tapi lepas pukul 1 pagi masing-masing tak larat nak tahan mata dah. Saya sekeluarga tidur kat ruang tamu siap buka langsir sliding door kononnya untuk tengok kot-kot air dah sampai depan rumah. Hujan lebat non stop


04 DISEMBER 2013 (RABU)

Suddenly, hampir pukul 4.30 pagi saya terjaga dan dengar bunyi 'blup..blup..blup...' dari dalam tandas dapur. Kejut En. Abah untuk pergi check. Tengok kat belakang rupanya air dah lagi sikit nak masuk dapur dan depan rumah dah paras pintu pagar. Bila redah dah paras betis. Kejut jiran-jiran untuk alihkan kereta. Nasib baik lepas lagi untuk keluarkan kereta. Saya dah mula cuak dan panik. Tak tau apa yang patut dicapai. Nasib baik la barang-barang yang nak dibawa ke tempat pemindahan saya dah letak kat tepi pintu. En. Abah capai yang tu bawa masuk kereta. Saya pulak kemas barang-barang makanan penuh 1 bakul untuk bekal (yang ni penting).

Hampir jam 7 pagi, Zaim jaga dari tidur terus lari ke pintu dan jerit "air! air!" sambil tunjuk air kat depan rumah. Hari pun dah makin cerah tapi hujan masih turun renyai-renyai. En Abah cadangkan kami gerak ke tempat pemindahan tapi sebelum tu sempat angkat mesin basuh dan peti ais letak atas meja serta tutup fius utama letrik. Masa ni air dah naik sampai ke pintu depan dan lagi 2-3 inci nak masuk ke ruang tamu. Kat belakang air memang dah cecah ke lantai dapur. 

Dengan bacaan Bismillah, kami tiga beranak pun meredah air yang masa tu dah paras lutut saya (maklumkan, saya ni rendang sikit..hehehe..) En Abah dukung Zaim, saya pulak galas beg berisi barang keperluan, ada botol air, torch light dan lilin. Zaim pulak excited tengok air, mulut bising je sambil tangan tunjuk sana sini. Rupanya jiran-jiran lain dah keluar dari rumah, kiranya kami la antara yang terakhir tinggalkan rumah. Semua berkumpul kat tepi jalan besar tengah bincang nak ke mana. Akhirnya kami sepakat pindah ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) yang terletak berhampiran rumah.

KKTM Kuantan

Alhamdulillah selepas daftar masuk, kami diberi sebuah bilik untuk setiap keluarga. Bagi yang ramai ahli keluarga diberi bilik dengan 4 buah katil atau 6 buah katil, manakala saya sekeluarga pula diberi bilik dengan 2 buah katil. Kebetulan masa ni students cuti, dapat la kami tinggal kat bilik hostel. Masa mula-mula nak pindah tu terbayang kami semua satu perumahan tinggal kat dalam dewan ramai-ramai. Tapi bila dapat bilik macam ni, kira selesa la. Memang bersyukur sangat-sangat dan berterima kasih kepada Pengarah KKTM Kuantan yang telah bermurah hati membenarkan kami semua menumpang di sini walau pun sini bukanlah tempat pemindahan yang berdaftar. Pada awalnya, makan minum pun atas belas ikhsan pihak kolej. Tapi penduduk yang menumpang berteduh kat sini juga bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk menampung pembelian makanan.

Zaim lena tidur atas katil. Comforter dijadikan alas sebab tilam ni tak bercadar. Nasib baik la saya terfikir untuk bawa bantal dan selimut tanpa mengharapkan bantuan pihak berwajib, memang betul-betul berguna walau pun pada mulanya En Abah bersungut sebab bawa banyak sangat barang.

Zaim tidur lena selepas penat berkejaran dan bermain dengan kawan-kawan di lobi hostel. Dia memang seronok betul tinggal kat sini sebab ramai kawan. Anak-anak happy tapi mak ayah tak senang duduk teringatkan rumah yang kena banjir.

Petang 04 Disember 2013 - Selepas makan tengahari, kami ke hujung pagar KKTM untuk tinjau kawasan rumah kami yang ditenggelami air. Tengok air dah masuk rumah hampir paras tingkap. Mujur jugak hujan dah mula renyai. Moga-moga air tak terus naik. Kawasan tepi pagar ni sebenarnya tali air yang dah melimpah. Rumah saya yang dah ditambah bangunan dapur sebelah belakang tu. Perumahan depan yang cat putih tu air lagi tinggi sebab tanah situ lebih rendah (perumahan baharu). Kesian dorang sebab baru je pindah masuk, dah kena banjir.

05 DISEMBER 2013 (KHAMIS)

Hari ni selepas sarapan pagi, saya dan En Abah berpakat nak balik tengok rumah sebab air dah mulai surut. Kami naik kereta tapi masih tak lepas nak masuk jalan terus ke depan rumah, so terpaksa la tinggalkan kereta kat tepi jalan dan redah air untuk balik ke rumah. Masa tu air kat atas jalan depan rumah paras betis je.

Ni gambar yang saya snap kat depan bangunan Giat Mara Paya Besar, berhampiran perumahan kami. Kereta yang ditinggalkan kat tepi jalan dihanyutkan air.

Air kat atas jalan depan perumahan masih belum surut sepenuhnya tapi kat dalam rumah dah tak ada air. Pasu-pasu bunga jiran habis terbalik dan hanyut dek air.

Perumahan baharu berhadapan dengan rumah kami masih lagi ditenggelami air.

Jalan belakang rumah masih banjir. Nampak tak rumah warna peach kat hujung pagar tu? Itu lah rumah pengarah KKTM  dan kat situ lah saya snap gambar rumah saya yang ditengelami air sebelum ni.

Kesan banjir kat ruang ampai baju di belakang rumah. Mesin basuh masih terletak kat atas meja, nasib baik la tak tumbang ke bawah. Kesan paras air banjir jelas kelihatan pada meja coklat tu.

Ruang tamu rumah. Kami sempat alihkan sofa ke bahagian belakang sebelum keluar rumah untuk berpindah. Sofa tu basah kat bahagian bawah, terpaksa keringkan.

Bahagian dapur. Gambar tak clear sebab gelap, masih takde letrik. Boleh nampak kesan air kat lantai. Nasib baik saya punya kitchen cabinet (KC) tu tak rosak. Sebelum ni memang risau la takut pintu KC tu rosak siap berkira-kira budget untuk tukar pintu baru, hehehe....

Disebabkan air dalam rumah dah surut, jadi saya dan En Abah buat keputusan nak terus cuci rumah dan buat apa yang patut. Penat dan susah juga mencuci rumah tiga beranak dengan si kecil tu, terpaksa la saya dan En Abah bergilir-gilir cuci rumah dan jaga dia. Tambahan pula, sekarang ni dia tengah lasak memang kena kawal la. Lantai lak licin, dalam duk kawal tu sempat juga 2-3 kali tergolek dan terlentang kat lantai. Nak buat macam mana, susah atau senang terpaksa la hadap juga, bukan ada sesiapa yang boleh diharap atau minta tolong, masing-masing sibuk kat rumah sendiri.

Tapi nasib baik juga banjir kat kawasan rumah kami tak berlumpur, jadi tak perlu la nak sental dinding dan lantai. Lagi satu, lantai rumah ber'tiles'dari depan sampai ke belakang, memang memudahkan kerja mencuci.

Anjung depan rumah penuh dengan barangan dan perabot yang dah siap dicuci, sandar kat dinding untuk keringkan.

Selesai bersihkan rumah, perut pun lapar, kami balik semula ke KKTM untuk isi perut dan berehat. Badan memang dah penat giler, lenguh abis satu badan. Tapi sayang, lupa nak snap gambar-gambar masa kat KKTM. Balik ke KKTM tengok bantuan dah banyak sampai tapi bukan dari aagensi kerajaan, bantuan kat sini disumbang oleh NGO's atas usaha pihak KKTM yang mencari bantuan.

Menu makan malam kami pun sedikit istimewa dari hari sebelumnya yang mana kami cuma disajikan dengan nasi putih dan sardin serta telur hancur, tapi malam ni kami dapat makan nasi berlaukkan ayam. Selepas makan malam, pihak Mercy Malaysia menghulurkan bantuan mereka dan wakil dari Mercy serta Pengarah Mara Pahang memberi sedikit ucapan dalam majlis penyerahan bantuan kepada mangsa banjir. Mercy juga telah membuka kaunter klinik percuma kepada sesiapa yang memerlukan rawatan serta ubatan.

Bantuan daripada pihak Mercy Malaysia. Dalam beg biru tu ada barangan penjagaan diri, 
 2 helai towel mandi, kain batik, 3 pasang selipar, pakaian dalam untuk ibu, bapa dan anak (yang ni macam kelakar je, masa lepas majlis pun kitorang duk gelak-gelak bila tengok barang yang ni). Dapat juga sebiji baldi besar (kat belakang roti tu) dan 2 bungkus roti Gardenia saiz jumbo. Apa-apa pun terima kasih kepada Mercy Malaysia kerana menjadi antara pihak terawal menghulurkan bantuan di sini.

06 DISEMBER 2013 (JUMAAT)

Selepas sarapan pagi, kami terus balik ke rumah untuk sambung kerja membersihkan rumah. 

Hari dah mulai cerah dan hujan pun dah berhenti. Air kat depan rumah mulai surut, dah boleh nampak jalan.

En Abah tolong bersihkan karpet. Pasu bunga saya selamat dan masih terletak di tempat yang sama. Agaknya pasu tu berat sebab tu tak terbalik atau hanyut dek air.

Karpet dan alas kaki yang terlupa nak diselamatkan terpaksa dicuci dan gantung pada pagar rumah.

Perabot yang dah makin kering kami bawa masuk ke dalam rumah dan letak tinggi sebab terima amaran untuk gelombang kedua. Kami masih berulang balik ke KKTM untuk makan dan tidur memandangkan bekalan elektrik masih dipotong.

Selesai semua kerja, kami bercadang untuk lawat keluarga Mama Emi (babysitter Zaim) kat Perumahan Sungai Isap 1. Kawasan situ paling teruk terjejas dan hari ni selepas 5 hari banjir, air mulai surut. Mereka mula pindah ke penempatan banjir pada malam 03 Dis 2013 tetapi kawasan Perumahan Sungai Isap Damai dah mula pindah pada 02 Dis 2013.

Kereta orang awam yang diparkir di tepi jalan dihanyutkan arus di depan pencawang TNB Sungai Isap.


Banjir mulai surut dan jalan dah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Zaim tersenyum seronok naik kereta sambil tengok banjir untuk ke rumah Mama Emi.

Saya tak sempat snap gambar keadaan  rumah Emi dan kawasan di sekitar Perumahan Sungai Isap sebab terkejut tengok kesan banjir. Banyak harta benda penduduk yang rosak. Rata-rata di hadapan setiap rumah terdapat longgokan perabot, tilam dan barangan rumah yang telah rosak. Memang keadaan sangat dahsyat. 

Saya dan En Abah mengucapkan syukur kerana nasib kami tak seteruk mangsa-mangsa banjir yang lain. Harta benda kami masih selamat dengan hanya kerosakan yang kecil. Makan minum dan tempat penginapan sementara kami di KKTM juga terjaga dan selesa jika dibandingkan dengan mereka yang menumpang tinggal di penempatan lain. Macam-macam cerita dan luahan yang kami dengar. Ada yang tak cukup makanan hingga terpaksa di catu, ada yang terpaksa kutip bekas makanan dalam tong sampah untuk dibersihkan dan diguna semula, ada yang terpaksa tidur di atas lantai simen tanpa alas dan ada juga yang terpaksa tidur di dalam kereta bermalam-malam. Tapi itu semua hanya pada peringkat awal banjir, selepas 2-3 hari, banyak bantuan sampai dan nasib mangsa-mangsa banjir pun sedikit terbela. 

Walau apa pun, kami terima semua ini sebagai satu ujian daripada Allah S.W.T. dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan samada dari segi tenaga, masa atau wang ringgit. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. 

Ribuan terima kasih juga saya dan En Abah ucapkan kepada pihak MARA Pahang terutamanya Pengarah Mara Negeri dan Pengarah KKTM Kuantan atas belas ikhsan dan budi baik mereka membenarkan kami menumpang berteduh serta menyediakan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir walau pun kami dimaklumkan bahawa pihak MARA tidak menerima bantuan khusus untuk banjir serta tidak didaftarkan sebagai pusat pemindahan. Saya sekeluarga sempat juga bermalam di bilik hostel KKTM Kuantan selama 4 malam bermula dari 04 Dis 2013 sehingga 08 Dis 2013 dan ia merupakan satu pengalaman yang takkan kami lupakan.

Selasa, 8 Oktober 2013

Kita Bertanya, Allah Menjawab....

Kita selalu mengeluh dan bertanya pada diri sendiri. Ini adalah diantara soalan yang biasa ditanya kepada diri kita sendiri. Dan setiap soalan ini telah Allah jawab melalui Al-Quran. Semoga kita dapat muhasabah diri kita ini…. Insyaallah

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan.”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, “Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran).” (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, “…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya. Oleh itu teman, selalulah berdamping dengan Al-Quran dan bedahlah Al-Quran untuk kita mengetahui dan menguasai ilmu Al-Quran.

Rabu, 31 Julai 2013

Apa Zaim Buat

Alhamdulillah...hari ni dah masuk 22 Ramadhan, maknanya dah 22 hari berjaya melaksanakan ibadat puasa (iye ker???) . Bermakna juga cuma tinggal seminggu je lagi sebelum kita semua sambut Syawal. Sekarang ni dah terasa kemeriahan sebabnya kat opis ni hari-hari ada je yang menjinjit beg plastik bawa kerepek dan biskut-biskut raya. Tapi tahun ni saya tak banyak tempah biskut raya sebab tahun-tahun lepas biskut raya selalu tak habis. Mana nak habis, bukan beraya kat rumah sendiri pun. 

Tahun ni raya puasa giliran beraya kat rumah mentua, raya haji nanti baru kat kampung saya. Tahun depan lak raya puasa kat kampung saya, raya haji kat rumah mentua dan begitulah seterusnya. Ikut sistem giliran, jadi kami suami isteri tak pernah gaduh pun soal balik raya. Raya kat mana-mana pun sama je meriahnya dan paling best dapat makan rendang hitam mak mentua masak, memang terbaek. Thumbs up! Time beraya kat kampung saya, ada juga cuba masak rendang tu, salin resepi mak mentua tapi rasa tetap tak sama. Ada la tu terlebih atau terkurang kat mana-mana kot.

Kali ni bukan nak cite bab raya, tu intro sikit je. Saya nak cite pasal my beloved son, pasal ragam dia yang macam-macam tu. Tadi belek-belek hp tertengok pics ni....




Tengah buat apa tu? Tidur ke? Tak...Zaim bukan tidur, tu kononnya bersolat. Sekarang ni asal saya atau abah dia bentang je sejadah, dia dulu yang sibuk terus pegi sujud. Tapi tengok la cara sujud tu, main hentam je. Bila saya atau abah sebut Allahuakhbar, lagi la dia sujud. Kelakar sebab kadang-kadang bila tengah bogel lepas mandi pun dia pegi sujud juga kat sejadah. Dia tiru apa yang umi dan abah buat walaupun tak faham dan tak tahu apa maksud perbuatan tu.  Tunggu dia besar sikit dan dah boleh faham baru kami nak ajar step by step tapi sekarang ni bagi dia biasakan diri dengan semua tu dulu.

Kalau perasan dalam pic yang atas sekali tu ada sejadah kecik, tu sejadah yang Tok beli kat Mekah masa pegi umrah. Kami khaskan sejadah tu untuk Zaim. Bila solat, sejadah kecik tu kami bentang kat sebelah dengan harapan dia tak kacau umi atau abah solat. Tapi takde maknanya, tetap juga merayap dan sujud atas sejadah umi atau abah.

Pernah sekali, masa tahiyat awal dia pegi duduk kat riba tak nak bangun. Terpaksa la batal solat dan solat lagi sekali sebabnya memang tak boleh nak bangun untuk sambung solat. Kalau nak cite macam-macam la. Tu belum masuk bab baca Al-Quran lagi, dia punya tahap ingin tahu tu sampai terkoyak helaian Al-Quran tapi nasib baik la terkoyak kat bahagian bucu bawah dan tak kena pada ayat. Sabar la Zaim, tunggu dah pandai cakap nanti baru umi dan abah ajar solat dan baca mukaddam ye. Jangan nanti dah besar malas pulak, memang nak kena rotan la jawabnya. Ingat ye, umi dan abah takkan bagi muka punye. Sampai masa nanti umi beli rotan letak kat rumah. Jaga-jaga, kita tengok sape yang kena....

Khamis, 18 Julai 2013

Ceramah bersama Imam Muda Gaza

Semalam pejabat saya telah menganjurkan satu sesi ceramah dengan menjemput Imam Muda dari Gaza. Tahun ni, difahamkan bahawa Aqsa Syarif Malaysia telah berjaya membawa seramai 15 orang Imam Muda al-Hafiz dari Gaza ke Malaysia untuk mengimamkan solat tarawih di masjid-masjid terpilih. Negeri Pahang menerima 2 orang imam yang ditempatkan di Daerah Temerloh dan Kuantan.

Dah macam laporan berita la pulak. Tak moh la jadi penulis berita, sambung citer pasal ceramah semalam.

Majlis start pada jam 8.15 pagi di surau jabatan. Jabatan mana? Itu rahsia, orang-orang berkenaan je yang tahu kat mana. Tapi dekat jam 8.30 pagi baru la muncul seorang pak sheik berbaju kemeja T dan berseluar slack, macam biasa mesti berjambang. Kitorang bisik sesama sendiri - " ringkas je pak imam ni pakai.." pelan-pelan je bisik sebab konon takut pak imam tu paham Bahasa Melayu...hahaha...Dalam kepala ni duk fikir juga, pak imam ni reti cakap Melayu ke? Nanti bagi ceramah cakap bahasa apa. Kang dibantainya cakap Arab, kami semua nganga je la.

Dalam duk berbisik-bisik tu, jeng..jeng..jeng...muncul pula seorang lelaki berbadan tegap, tinggi lampai, berjubah hitam dan berserban putih, sebijik gaya pak sheikh macam yang kitorang duk bayangkan sebelum ni. Semua duk bisik, "La, ni baru pak imamnya. Tadi tu intro, assintant dia je kot".

Sekali dia toleh, Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah, ada gak yang terlopong. Mungkin ada yang kata biasa-biasa je tapi manis tetap ada.Terus terlintas di hati, kalau anak cucu cicit keturunan arab pun dah dikira cantik dan hensem, agaknya macam mana la cantiknya Nabi Yusuf a.s hinggakan perempuan-perempuan yang tengok Nabi Yusuf boleh terhiris jari sendiri dek kerana terpegun dengan kecantikkan rupa paras Nabi a.s tu.

Dalam semua duk berbisik-bisik, memuji-muji, pengacara majlis pun ambil tempat memperkenalkan pak imam berdua tu dan rombongan dari Aqsa Syarif. Rupanya dua-dua tu pak imam, yang berbaju kemeja T tu pak imam yang ditempatkan di Temerloh dan yang berjubah namanya Sheikh Baha As'ad dari Kuantan (kalau x silap la...). Kerisauan kami pasal bahasa untuk ceramah tu terungkai bila pengacara umumkan ada translator untuk ceramah tu nanti. Mula la duk bisik lagi, puji budak tu muda-muda lagi pandai cakap Arab, kagum juga sekejap.

Semua jenis mulut tak reti diam, sikit-sikit bisik, yang tukang cerita ni pun sama gak kot! hahaha....

Mula-mula sekali kami diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Imam Sheikh Baha As'ad disusuli dengan ceramah pendek berkenaan sejarah Palestin dan Yahudi serta sedikit perkongsian kisah suka duka masyarakat Palestin. Insaf, terharu dan simpati bila dengar keadaan saudara seagama kita di Palestin setiap hari berdepan dengan kekejaman puak zionis. Rasa syukur sangat sebab negara kita masih lagi aman dan tenteram. Tapi dorang ni kuat, tak putus semangat untuk terus berjuang membebaskan Masjidil Aqsa dan jika mati sekali pun mereka bangga sebab syahid mempertahankan agama dan negara.

Lepas tu ada pula sesi soal jawab dan pak imam lagi sorang yang tak mention nama bernasyid. Last sekali sesi bergambar la pulak. Ha, masa ni sume menempel nak bergambar. Sempat la snap juga sekeping dua tapi  ada yang tak berapa clear sket maklum la guna hp cap ayam je...huhuhu...

Blur sebab shoot jauh - sesi soal jawab
Yang paling kanan tu adik yang jadi translator

Masa ni kaget sekejap ingat dia marah sebab snap pic,
rupanya tunjuk tabung sumbangan yang kat depan kitorg..hahaha

Cuba cari dimanakah saya?
Tengok akak kita yang tudung pink kat belakang tu, bukan main lagi pose.


Tak nampak pun saya dalam pic ni sebab rendang sangat kot.huhuhu....

Kat bawah ni pula gambar masa sesi ceramah di Maahad Tahfiz Pahang, gambar clear tapi ni cilok yang orang punya. Minta halal ye....




Bersama bakal-bakal al-hafiz

Selepas habis sesi ceramah dan bergambar tu, ada pula sesi mencuci mata dan membelek cenderahati. Membeli sambil beramal. Sempat juga saya grab sehelai t-shirt dan sehelai kain selempang.


Design yang saya beli


Design kedua

Sebenarnya berkenan design kedua tapi malangnya takde saiz. Tak kisah la, yang penting niat membeli tu untuk beramal dan sedekah bagi membantu saudara seagama kita. 

Di bulan yang mulia ni, sama-samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T memberi kemenangan kepada umat Islam di Palestin dan berdoa lah juga agar satu hari nanti kita berpeluang menunaikan solat di Masjidil Aqsa kerana ganjaran pahalanya adalah 500 kali ganda daripada solat di masjid lain. Amin...

Kabinet Dapur

Ahlan wasahlan ya Ramadhan....

Walaupun hari ni dah masuk hari ke-9 umat Islam di Malaysia berpuasa, tapi rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga Ramadhan tahun ni membawa keberkatan kepada kita semua.

Berbalik kepada topic di atas tu, saya nak citer pasal kitchen cabinet saya seperti yang dijanjikan sebelum ni. Akhirnya dalam bulan yang mulia ni, siap juga kabinet saya tu. Puas hati jugak lah bila tengok hasilnya. Kos pun reasonable. Kabinet dah siap maka hood baru tu pun dah siap dipasang juga cuma belum guna je lagi sebabnya belum betul-betul memasak lagi, setakat masak bubur dan goreng ayam tak payah switch on hood pun.

Macam ni la rupa dapur saya masa under progress dan setelah siap. Layan ye...

Baru nak mula

Zaim excited tengok orang angkut barang

Dalam pic ni pun ada juga Zaim menyelit - boleh berlari dah

Dah siap, saya pilih warna grey - hood Rubine (Boxline) pun dah dipasang

Bahagian tingkap dan sinki - abaikan langsir temporary tu ye.
Blind Curtain terpaksa dicabut sebab kena alter semula

Kat bawah ni pulak gambar blind curtain sebelum pasang kabinet. Saya tempah dari Maxtrack Group cawangan Kuantan untuk 2 buah tingkap di bahagian dapur sahaja. Harga boleh tahan, 5 years warranty tapi tobat lepas ni tak nak dah tempah blind, beli kain langsir untuk 1 rumah pun tak la semahal ni. Itu pun saya pilih yang simple je, xde corak, cuma ada belang-belang sikit. Masa staf dari Maxtrack datang ukur, saya lupa bagitau yang kami dah ukur kabinet maka terpaksa la alter semula sebab bila pasang kabinet, blind tu lebar sampai ke bahagian kabinet.

Light grey sebab nak sepadankan dengan kabinet.
Tingkap bahagian sinki - gambar sebelum pasang kabinet

Tingkap dapur yang lagi satu

Alhamdulillan, lega bila semua dah siap. Sekarang cuma tinggal bab mengemas je. Yang tu amik masa sebab susah nak mengemas dengan si kecik tu, tambah pulak sekarang ni dia dah 'dapat' kaki. Asyik 'mengekor' je la. Tak pe, slow-slow la mengemas tu, lagipun rumah tak lari ke mana, ye dok? hehehe...