Rabu, 25 Jun 2014

e-Katalog Sophie Paris

Anda pernah dengar tak produk Sophie Paris? Sophie Paris merupakan jenama yang mungkin agak baru bagi sesetengah pengguna tapi sebenarnya dah lama juga bertapak di Malaysia. Produk yang ditawarkan di bawah jenama ni adalah seperti handbags, purse, baju, kasut dan aksesori. Menarik juga produk ni dan harga adalah reasonable. Bagi memudahkan pelanggan, Sophie Paris turut menyediakan e-katalog, maklum lah sekarang ni dunia di hujung jari je.


Bagi sesiapa yang terbaca entri ni, sudi-sudikanlah cuci mata tengok e-katalog Sophie Paris dengan menekan link ini http://sophieparisclub.com/katalog19/pdf.html dan kalau berminat dengan produk-produk yang ditawarkan, jangan segan silu untuk membuat pesanan. Saya tawarkan potongan harga sebanyak 5% daripada harga katalog termasuk kos pos ke Semenanjung Malaysia yang dalam lingkungan RM15 ke bawah. Untuk kawasan Kuantan, saya boleh hantar terus pesanan ke rumah anda.

Bagi campaign kali ni, antara produk menarik yang ditawarkan adalah seperti berikut ;


Sesuai sangat untuk persediaan sempena hari raya nanti. Bertambah seri semasa mengunjungi sanak saudara. Selamat ber'window' shopping.

Jumaat, 20 Jun 2014

Happy Birthday Anakku

Selamat hari lahir Zaim !

Selepas dilahirkan - 20.6.2012

Hari ni anakanda tersayang dah berusia genap 2 tahun. Pagi tadi abah ucapkan selamat hari lahir tapi dia terpinga tak faham apa pun. Saya terangkan pada dia hari ni hari lahir, dia angguk je ntah faham ntah tidak.

Dah makin besar dah anak bujang tu, makin banyak keletah dan makin bijak (cewah..puji anak sendiri..)
Birthday kali ni pun takde buat majlis apa , ingat nanti nak buat kek makan beramai-ramai kat rumah adik ipar. Tak payah la nak celebrate sangat ikut tradisi barat, dah wish dan bagi hadiah cukup ler. Tengok lah hujung minggu nanti apa hadiah abah nak kasi, belum beli lagi. Sekarang dia belum faham, belum pandai minta hadiah pun. Ikut je la apa umi dan abah kasi.

Berangan hensem dengan spec terbalik - 19 Jun 2014

Teringat pula 2 tahun lepas, tanggal 20 Jun saya bertarung nyawa melahirkan dia, tepat 2.32 petang lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad. Semoga nanti menjadi khalifah di muka bumi Allah dan menjadi hambanya yang soleh.

Rabu, 18 Jun 2014

Kenduri Kahwin

Kat rumah tok ma dan tok ayah
(Sori ye tok ma sebab publish pic ni)

Zaim bersama abang-abang sepupunya

Tanggal 1 Jun 2014 yang lepas, my cousin yang bongsu sebelah ayah telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Memandangkan ini adalah yang bongsu, jadi saya dan hubby luangkan juga masa ambil cuti dan balik ke kampung untuk sama-sama meraikan majlis.

Senyuman pengantin sebelum bergelar isteri.

Kampung sebelah ayah di Kg. Tangok, Bachok, Kelantan. Rumah pakcik saya yang mesra dipanggil Pak Su Man terletak betul-betul berhadapan dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan berhampiran dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Maju dah kawasan tu sekarang ni. Ingat lagi masa kecil dulu, kat dalam kawasan universiti tu adalah kebun sayur Pak Su Man, tempat saya dan sepupu sepapat bermain. Tempat ''uk..uk..'" pun iya jugak sebab rumah kampung dulu-dulu mana ada jamban. Part tu memang sadis sikit la dan sebab itu juga lah kami biasanya tak bermalam kalau balik ke sana. Cuma kadang-kadang musim cuti sekolah, saya je la yang akan stay kat sana dalam 3 atau 4 hari.

Berbalik kepada kisah kenduri tadi, kami tiga beranak bertolak balik dari Kuantan jam 7.30 malam ke rumah my parents  di Kuala Krai. Alhamdulillah, hampir jam 2 pagi kami selamat sampai. Keesokannya baru kami ke rumah Pak Su Man. Majlis akad nikah pada malam 31 Mei 2014, buat majlis kecil-kecilan sahaja dengan dihadiri keluarga terdekat. Zaim suka sangat sebab ada ramai orang dan yang paling menarik perhatian dia adalah pelamin yang dah siap tersergam. Pantang lepa sikit tengok dia dah tercongok atas pelamin. Anak bongsu kakak saya yang setahun lebih tua daripada Zaim pun ikut serta juga. Saya risau takut nanti pelamin roboh sebelum pengantin sempat bersanding. Haru biru nanti!

Pelamin pengantin

Gambar kabur sikit - tersengih je atas pelamin

Si abang ikut serta.

Pada malam tu, kami bermalam di rumah baru Pak Su Man yang dibina untuk dijadikan rumah sewa students UMK atau IKBN. Rumah ni terletak di belakang rumah Pak Su Man je. Dah gaya homestay pulak. Zaim mulanya tak mahu tidur sebab leka bermain tapi lepas pekena susu sebotol lena sampai pagi. 

Esoknya diadakan pula majlis bersanding dan kali ni hampir seribu orang jemputan yang hadir. 'Tumbang 'juga la lembu 2 ekor. Seronoknya sebab majlis kat kampung semua orang bergotong royong. Saya bernasib baik sebab alahan dah makin berkurangan jadi selera makan pun dah kembali. Menu wajib kat sini adalah gulai darat daging lembu dicampur dengan 'mumbe' kelapa. Mesti korang tak tahu 'mumbe' kelapa tu apa, tapi kalau anak jati Kelate tentu tahu. 'Mumbe' kelapa tu adalah bahagian tempurung kelapa yang betul-betul muda yang masih belum jadi tempurung lagi. Lembut dan rasanya lemak-lemak sikit. Memang sedap, rangup! Ada juga disediakan acar umbut kelapa, pendek kata memang kena tebang la sepohon pokok kelapa untuk majlis tu. Menu lain antaranya ayam masak merah bersama kacang pea, ikan masin, sambal dan ulaman, sira labu (sedap...) dan bubur kacang hijau.

Sempat ambil gambar masa makan je.

Lupa lak perkenalkan pasangan pengantin. Si pengantin perempuan tu sepupu saya, Siti Nor Suzana atau lebih mesra dengan panggilan Na. Manakala si jejakanya pula Zaidi, berasal dari Yan, Kedah. Pandai Na ni simpan rahsia. Saya memang tahu dia ada berkawan dengan pakwe dari Kedah tapi tak pernah diperkenalkan dan tak sangka yang dorang ni serius. Bertahun juga rasanya dorang berkenalan sebab seingat saya sebelum saya kahwin dulu pun dia dah berkawan dengan si Zaidi tu. Dah memang jodoh dia, akhirnya bersatu juga ke jinjang pelamin.

Si nakal, Zaim

Lepak atas tangga sementara pengantin makan

Bergambar depan rumah Pak Su.
(Warna tema untuk ahli keluarga adalah biru turqoise - betul ke eja tu? Sepatutnya warna yang lagi pekat tapi dah itu je yang ada, pakai je ler)


Suka dapat dukung dengan Angah

Saya sekeluarga tak dapat berlama-lama di majlis tu, selesai solat Asar kami terus bertolak balik ke Kuantan sebab esoknya hubby dah mula kerja. Kira balik berhujung minggu je la kat sana. Tapi saya sambung cuti lagi sehari standby kalau-kalau penat jalan jauh. Lagi pula kesian kat si Zaim, dah tentu-tentu penat. Zaim meraung dalam kereta sebab tok ayah tak ikut sama. Agaknya dia tak puas lagi jumpa tok ayah. (Sabarlah Zaim, sebulan dua lagi kita balik pula ke rumah tok ayah ye.)

Sebelum bertolak balik sempat bergambar dengan Na, tapi Zaidi takde.
(Dah namanya sepupu, sama-sama bulat! hehehe)

Majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki diadakan pada 5 Jun 2014 tapi saya tak ikut serta. My parent serta my sis bersama anak-anaknya saja ikut ke Yan, Kedah. Dorang pergi serombongan dalam 50 orang, Pak Su Man siap sewa sebuah bas khas untuk ke sana. Dengar cerita dorang sewa homestay dua buah kat sana, sempat pula ke pasar Rabu, jeles betul! Saya memang teringin sangat nak ke sana tapi kebetulan 5hb tu memang tak dapat nak cuti, kena handle urusan temuduga kenaikan pangkat. Takde rezeki nak makan kari orang Kedah...huhuhu..

Apa-apa pun, saya sekeluarga ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dan semoga rumah tangga yang baru dibina ni akan kekal utuh dan bahagia hingga ke akhir hayat serta diberkati Allah. Lagi satu pesanan kepada pengantin, semoga cepat-cepat dapat anak ye. 

(p/s : Kalau Suzana ada terbaca entri ni, aku nak mu bawa cik abe tersayang tu datang rumah, kenal sedara mara k.)

Selasa, 8 April 2014

Rakan Sebaya

Fuhhh...lama betul saya tak menjengah ke blog ni. Banyak sebenarnya yang dicoretkan cuma tak berpeluang je. Al maklum lah, sekarang memang tengah sibuk dengan tugas harian di pejabat. Mula dari hujung tahun bawa ke awal tahun dan biasanya pertengah tahun lah baru ada masa terluang sikit. Awal-awal tahun ni kerja memang menimbun tapi xde lah sampai kena buat OT. Bab-bab OT ni bagi kat anak-anak buah je...hehehe...Masa terluang kat rumah cukup untuk diisi dengan melayan keletah anak yang sorang tu je. Makin besar makin banyak pulak keletah dan ragamnya.

Kali ni saya terlintas untuk berkongsi cerita pasal Zaim dan rakan sebaya merangkap bestfren + kawan kelahi + jiran. Abdullah Yasin namanya tapi lebih mesra dengan panggilan Yasin or Acin (panggilan pelat).
Dorang berdua ni beza umur lebih kurang sebulan je. Yasin lahir 16 Mei 2012 dan Zaim 20 Jun 2012. Senang nak ingat birthday Yasin sebab jatuh pada Hari Guru. Kalau besar nanti jadi pendidik bagus juga nanti boleh sambut birthday serentak dengan sambutan Hari Guru. Lagi pun profesion sebagai pendidik ni dipandang mulai, sampai mati pun orang tetap panggil Cikgu. 

Tugas saya di pejabat sehari-hari memang berdepan dengan warga pendidik. Sekarang ni baru saya tahu keistimewaan dan keberuntungan warga pendidik dari segi gaji, peluang kenaikan pangkat dan kerjaya dorang. Rasa menyesal pula dulu tak berusaha dan tak tanam minat untuk jadi pendidik...huhuhu... Tapi takpe, rezeki dah diatur oleh Yang Esa, Dia dah rancang sebaik-baiknya apa yang terbaik untuk saya. Cuma kalau ditanya pendapat oleh anak-anak muda, memang saya syorkan sangat untuk mereka jadi pendidik. Paling utama, perlu ada minat dan ikhlas, jangan semata-mata nak kejar wang ringgit dan pangkat. Walau apa pun pekerjaan kita, niat mestilah ikhlas kerana Allah barulah rezeki kita berkat dan kita pun akan enjoy dalam melaksanakan tugas...iye dok? - melencong jauh dah dari topik asal ni...

Yasin dan Zaim (awal Januari 2014) - muka baby lagi

Abdullah Yasin

Zaim kejar nak rebut basikal. 
Yang baju hijau kat belakang tu Amir, senior dorang. Bila Zaim dan Yasin bergaduh, Amir pun pening. 
Zaim panggil  "Mamir" panggilan pelat untuk "Abang Amir"..hehehe...
(rumah kami sebelah menyebelah je)

Back to our main topic, Zaim dan Yasin ni walau pun sebaya tapi watak dan ragam tak sama. Memang la berbeza kan, dah mak ayah pun lain-lain. Sedangkan adik-beradik kandung pun berbeza watak dan tingkah laku. Dorang berdua ni ada hari baik dan hari kelahi. Bila hari baik, elok je main bersama siap boleh mengalah dan kongsi-kongsi mainan, tapi bila hari kelahi tak boleh silap sikit tangan si Yasin naik ke badan Zaim dan si Zaim pulak bawa watak pelakon air mata, sikit-sikit nangis..Serabut dibuatnya, ibu-ibu nak bersembang pun tak senang.

Dorang berdua ni sama-sama anak sulung, tapi saya perhatikan Yasin lebih independence daripada si Zaim yang lebih manja. Yasin juga lebih advance dari segi 'melasak'. Yasin dah pandai kayuh basikal tapi Zaim belum pandai lagi. Yasin dah pandai memanjat, Zaim tak memanjat. Yasin dah pandai tumbuk-tumbuk (gaduh) tapi Zaim tak melawan (menangis je tiap kali kena). Yasin pandai tendang bola, Zaim pandai rampas bola dan pegang kat tangan. Dari segi lain pulak, Zaim dan pandai cakap banyak, dah boleh buat ayat, Yasin belum lagi. Zaim gigi dah hampir penuh, Yasin kurang lagi. Zaim pandai main masak-masak, Yasin pandang je (ni masalah bila bergaul dengan kakak yang main masak-masak). Zaim pandai main pasir, Yasin tukang ikut. Satu lagi yang akan membezakan dorang berdua, Zaim tak lama lagi akan dapat adik, Yasin belum lagi...hehehe...

Zaim peluk kuat takut jatuh, Yasin steady je...

Peluk dengan kasih sayang..macam orang bercinta lak! ahaks

Pose...

Pose yang cool....(Umi suka pose yang ni)

Walau apapun perbezaanya, moga-moga besar nanti dorang akan tetap bersahabat. Saya sempat snap gambar masa dorang main basikal tempoh hari (02 April 2014). Si Zaim tak pandai kayuh jadi tumpang bonceng je la. Ni hari baik, elok je main sama siap gelak-gelak. Habis main basikal, Zaim jadi ketua main tanah pulak, si Yasin tukang ikut tapi sebab hari baik, elok je Yasin mengalah dengan Zaim kongsi-kongsi tanah ketul buat baling-baling. Kebetulan depan rumah tengah jalan projek bina rumah tapi sekarang baru peringkat manimbun tanah, jadi banyaklah tanah-tanah yang berketul macam batu, dorang kutip buat main baling-baling bagi hancur. Yang ni lupa lak snap gambar. Kelakar pun ada tengok Zaim bonceng basikal Yasin. Gambar tu saya cuci nak bagi dorang tengok bila dah besar nanti.

Harap nanti, bila dah pandai membaca dorang berpeluang baca entri saya ni. Semoga hubungan dari rakan sepermainan dan rakan sebaya akan berkembang menjadi sahabat karib apabila masing-masing dah meningkat dewasa.