Rabu, 18 Jun 2014

Kenduri Kahwin

Kat rumah tok ma dan tok ayah
(Sori ye tok ma sebab publish pic ni)

Zaim bersama abang-abang sepupunya

Tanggal 1 Jun 2014 yang lepas, my cousin yang bongsu sebelah ayah telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Memandangkan ini adalah yang bongsu, jadi saya dan hubby luangkan juga masa ambil cuti dan balik ke kampung untuk sama-sama meraikan majlis.

Senyuman pengantin sebelum bergelar isteri.

Kampung sebelah ayah di Kg. Tangok, Bachok, Kelantan. Rumah pakcik saya yang mesra dipanggil Pak Su Man terletak betul-betul berhadapan dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan berhampiran dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Maju dah kawasan tu sekarang ni. Ingat lagi masa kecil dulu, kat dalam kawasan universiti tu adalah kebun sayur Pak Su Man, tempat saya dan sepupu sepapat bermain. Tempat ''uk..uk..'" pun iya jugak sebab rumah kampung dulu-dulu mana ada jamban. Part tu memang sadis sikit la dan sebab itu juga lah kami biasanya tak bermalam kalau balik ke sana. Cuma kadang-kadang musim cuti sekolah, saya je la yang akan stay kat sana dalam 3 atau 4 hari.

Berbalik kepada kisah kenduri tadi, kami tiga beranak bertolak balik dari Kuantan jam 7.30 malam ke rumah my parents  di Kuala Krai. Alhamdulillah, hampir jam 2 pagi kami selamat sampai. Keesokannya baru kami ke rumah Pak Su Man. Majlis akad nikah pada malam 31 Mei 2014, buat majlis kecil-kecilan sahaja dengan dihadiri keluarga terdekat. Zaim suka sangat sebab ada ramai orang dan yang paling menarik perhatian dia adalah pelamin yang dah siap tersergam. Pantang lepa sikit tengok dia dah tercongok atas pelamin. Anak bongsu kakak saya yang setahun lebih tua daripada Zaim pun ikut serta juga. Saya risau takut nanti pelamin roboh sebelum pengantin sempat bersanding. Haru biru nanti!

Pelamin pengantin

Gambar kabur sikit - tersengih je atas pelamin

Si abang ikut serta.

Pada malam tu, kami bermalam di rumah baru Pak Su Man yang dibina untuk dijadikan rumah sewa students UMK atau IKBN. Rumah ni terletak di belakang rumah Pak Su Man je. Dah gaya homestay pulak. Zaim mulanya tak mahu tidur sebab leka bermain tapi lepas pekena susu sebotol lena sampai pagi. 

Esoknya diadakan pula majlis bersanding dan kali ni hampir seribu orang jemputan yang hadir. 'Tumbang 'juga la lembu 2 ekor. Seronoknya sebab majlis kat kampung semua orang bergotong royong. Saya bernasib baik sebab alahan dah makin berkurangan jadi selera makan pun dah kembali. Menu wajib kat sini adalah gulai darat daging lembu dicampur dengan 'mumbe' kelapa. Mesti korang tak tahu 'mumbe' kelapa tu apa, tapi kalau anak jati Kelate tentu tahu. 'Mumbe' kelapa tu adalah bahagian tempurung kelapa yang betul-betul muda yang masih belum jadi tempurung lagi. Lembut dan rasanya lemak-lemak sikit. Memang sedap, rangup! Ada juga disediakan acar umbut kelapa, pendek kata memang kena tebang la sepohon pokok kelapa untuk majlis tu. Menu lain antaranya ayam masak merah bersama kacang pea, ikan masin, sambal dan ulaman, sira labu (sedap...) dan bubur kacang hijau.

Sempat ambil gambar masa makan je.

Lupa lak perkenalkan pasangan pengantin. Si pengantin perempuan tu sepupu saya, Siti Nor Suzana atau lebih mesra dengan panggilan Na. Manakala si jejakanya pula Zaidi, berasal dari Yan, Kedah. Pandai Na ni simpan rahsia. Saya memang tahu dia ada berkawan dengan pakwe dari Kedah tapi tak pernah diperkenalkan dan tak sangka yang dorang ni serius. Bertahun juga rasanya dorang berkenalan sebab seingat saya sebelum saya kahwin dulu pun dia dah berkawan dengan si Zaidi tu. Dah memang jodoh dia, akhirnya bersatu juga ke jinjang pelamin.

Si nakal, Zaim

Lepak atas tangga sementara pengantin makan

Bergambar depan rumah Pak Su.
(Warna tema untuk ahli keluarga adalah biru turqoise - betul ke eja tu? Sepatutnya warna yang lagi pekat tapi dah itu je yang ada, pakai je ler)


Suka dapat dukung dengan Angah

Saya sekeluarga tak dapat berlama-lama di majlis tu, selesai solat Asar kami terus bertolak balik ke Kuantan sebab esoknya hubby dah mula kerja. Kira balik berhujung minggu je la kat sana. Tapi saya sambung cuti lagi sehari standby kalau-kalau penat jalan jauh. Lagi pula kesian kat si Zaim, dah tentu-tentu penat. Zaim meraung dalam kereta sebab tok ayah tak ikut sama. Agaknya dia tak puas lagi jumpa tok ayah. (Sabarlah Zaim, sebulan dua lagi kita balik pula ke rumah tok ayah ye.)

Sebelum bertolak balik sempat bergambar dengan Na, tapi Zaidi takde.
(Dah namanya sepupu, sama-sama bulat! hehehe)

Majlis menyambut menantu di sebelah pihak lelaki diadakan pada 5 Jun 2014 tapi saya tak ikut serta. My parent serta my sis bersama anak-anaknya saja ikut ke Yan, Kedah. Dorang pergi serombongan dalam 50 orang, Pak Su Man siap sewa sebuah bas khas untuk ke sana. Dengar cerita dorang sewa homestay dua buah kat sana, sempat pula ke pasar Rabu, jeles betul! Saya memang teringin sangat nak ke sana tapi kebetulan 5hb tu memang tak dapat nak cuti, kena handle urusan temuduga kenaikan pangkat. Takde rezeki nak makan kari orang Kedah...huhuhu..

Apa-apa pun, saya sekeluarga ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dan semoga rumah tangga yang baru dibina ni akan kekal utuh dan bahagia hingga ke akhir hayat serta diberkati Allah. Lagi satu pesanan kepada pengantin, semoga cepat-cepat dapat anak ye. 

(p/s : Kalau Suzana ada terbaca entri ni, aku nak mu bawa cik abe tersayang tu datang rumah, kenal sedara mara k.)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, saya duk di kuantan belajar di umk tangok. Saya tgh cari rumah or bilik sewa at sana. Saya belum jumpa lagi, kalu x keberatan boleh x akak bg no. Pak su man akak pd saya?

    BalasPadam