Selasa, 24 November 2015

Kain Ela / Kain Pasang Online

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.

Memandangkan persaingan untuk jualan Batik Sarawak adalah semakin sengit, saya terfikir untuk cuba memasarkan produk lain kerana bisnes kecil-kecilan adalah minat saya dari dahulu lagi. Berbanding produk-produk lain, saya lebih berminat untuk memasarkan kain ela dan kain pasang.

Sebagai permulaan, jom cuci mata dengan kain-kain berikut:

J 1329D: JACQUARD,  4 METER
Kod 1329D - RM40 (4 meter)
DSPK  1314E: DES SETA PURA BY KUSHI, 4 METER
Kod 1314E - RM40 (4 meter)
Kod 1307 - RM35 (Chiffon matching 2M+2M - Bahagian baju agak jarang)
Kod 1519 - RM40 ( Crepe Alvis Italian Design, Kain agak berat, 4 meter)
1608A: JACQUARD ROBERTO ITALIAN, 4 METER
Offer - RM35
CV 1617A: CHIFFON VALENTINO ITALIAN, 4 METER
RM40 (Chiffon Valentino Italian - 4 meter)
CMOM 1433B: CHIFFON MATCHING ONE MALAYSIA, 2M+2M, BHG BAJU JARANG
Special offer RM25
CMOM 1433C: CHIFFON MATCHING ONE MALAYSIA, 2M+2M, BHG BAJU JARANG
Special offer RM25
C 1531B: CREPE, 4 METER, KAIN LEMBUT DAN SELESA
Kod C1531 B - RM45 (4 meter - Crepe, lembut dan selesa)
1706C: CREPE DIGITAL AWANA, MADE IN KOREA, 4 METER
Offer RM45

Kos penghantaran adalah seperti berikut (pos laju) :
1 pasang : RM7 (SM) & RM9 (Sabah / Sarawak)
2 hingga 20 pasang : Berdasarkan berat bungkusan (SM)
2 pasang : RM15 (Sabah / Sarawak)
3 pasang : RM20 (Sabah / Sarawak)
10 pasang : RM30 (Sabah / Sarawak) - pos bungkusan
                  RM70 (Sabah / Sarawak) - pos laju

Seperti biasa, sekiranya berkenan di hati, jangan malu dan segan untuk emelkan kod kain serta warna ke emel mazalan8469@gmail.com dan tinggalkan nombor telefon untuk saya hubungi.

Lain-lain corak dan jenis kain akan saya update dalam catatan akan datang. 

Batik Sarawak-Restock Corak Harimau

Saya mulakan catatan kali ini dengan ucapan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan tetap saya yang tidak putus-putus membuat tempahan kain Batik Sarawak. Hartini, Zana dan Cikgu Nazihah, terima kasih atas sokongan anda, semoga Allah murahkan rezeki anda bertiga...Aamin..

Walaupun permintaan semakin berkurangan akhir-akhir ini disebabkan persaingan yang semakin sengit antara penjual-penjual online, tetapi saya percaya rezeki adalah daripada Allah S.W.T. Sekiranya telah ditetapkan rezeki itu milik saya, ia tetap akan menjadi milik saya dan sekiranya sebaliknya, saya terima dengan redha. Yang penting adalah usaha dan tawakal serta yakin dengan apa yang telah ditentukan untuk kita.

Bagi peminat Batik Sarawak, restock untuk corak harimau, kod 911 telah pun sampai pada 2 hari lepas dengan 5 pilihan warna, hitam, ungu, pink, biru dan terqoise.







Seperti biasa, harga untuk sehelai kain termasuk pos direct dari kuching, Sarawak adalah RM29 sehelai dan pembelian untuk 6 helai ke atas layak mendapat harga borong. Sekiranya berminat boleh emel saya melalui emel mazalan8469@gmail.com Penghantaran menggunakan pos laju biasanya mengambil masa 1 hari bekerja dan bagi sesetengah lokasi akan mengambil masa 2 hari. 

Selain dari corak harimau, corak-corak lain juga masih available untuk pilihan anda. InshaAllah saya boleh memenuhi permintaan sekiranya anda inginkan satu corak dan warna yang sedondon dengan kuantiti yang banyak. Biasanya untuk tujuan seragam kenduri kahwin. Apa-apa pun, jangan malu dan jangan segan untuk hubungi saya dan sila tinggalkan contact number untuk dihubungi. Terima kasih... 

Selasa, 22 September 2015

Batik Songket Sarawak - Corak terbaharu

Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog Keluargazaim dan selamat menunaikan ibadah korban. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Allah S.W.T. aaminn...

Sebelum saya meneruskan catatan berkenaan corak terbaharu Batik Songket Sarawak, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan-pelanggan batik saya, diharap anda semua berpuas hati dengan corak, kualiti, perkhidmatan dan harga yang telah ditawarkan. Jangan malu-malu atau segan untuk repeat order ye :)

Saya juga ingin mohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa berurus niaga bersama saya, sesungguhnya saya telah cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua. 

Ramai yang emel bertanyakan tentang batik songket ni dan untuk makluman semua, tempahan untuk Batik Sawarak ni masih diteruskan selagi mana ada permintaan, InshaAllah. Tetapi tawaran corak dan warna kain adalah sentiasa berubah berdasarkan stok kerana stok batik sentiasa keluar masuk disebabkan permintaan yang tinggi buat masa sekarang.

Pada minggu ni, semangat untuk berniaga kembali memuncak apabila stok kain dengan corak-corak terbaharu telah tiba. Check it out!

keluargazaim.blogspot
Kod 197 : Semua warna masih available (setakat 22 Sep 2015)
Kod 211 : Semua warna masih available (setakat 22 Sep 2015)

Kod 5196 : Semua warna masih available (setakat 22 Sep 2015)

Kod 216 (baru) : Semua warna masih available (setakat 22 Sep 2015)

Kod 216 : Biru, hijau, merah dan ungu masih available (setakat 22 Sep 2015)

Kod 471 : Semua warna masih available (setakat 22 Sep 2015)

Walau bagaimanapun, corak-corak lain tetap ada cuma pilihan warna adalah sedikit terhad bergantung kepada corak yang dipilih. Seperti biasa, kepada sesiapa yang berminat, boleh emel kepada saya mazalan8469@gmail.com dan tinggalkan nombor untuk saya hubungi. 

Jumaat, 4 September 2015

Batik Songket Kembali

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk semua pembaca blog saya. 
Semoga kita semua dirahmati Allah, aaminn...

Hari ni dengan gembiranya saya ingin maklumkan kepada semua peminat batik songket Sarawak yang kebanyakkan stok telah sampai dan sedia untuk menerima order. So, bagi sesiapa yang berminat, please do not hesitate to contact me via my email - mazalan8469@gmail.com. Tapi saya mohon maaf sekiranya lambat response maklum lah tugas hakiki masih diutamakan..hehehe...

Jom kongsi keuntungan bersama. Selamat berurus niaga. 

Rabu, 19 Ogos 2015

PERHATIAN : BATIK SONGKET SARAWAK

Assalamualaikum semua,

Kali ni saya tak mahu menyusun ayat dan mengarang panjang sebab kesuntukan masa cuma saya harap catatan kali ini dibaca oleh insan-insan budiman yang sudi menjadi pelanggan membeli kain batik songket daripada saya.

Sebenarnya saya tak putus-putus menerima emel bertanyakan tentang kain ini, alhamdulillah kerana saya anggap setiap pertanyaan itu sebagai rezeki kepada saya. Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kerana pada minggu ini saya betul-betul kehabisan stok dan supplier juga tidak pasti bila kain-kain tersebut akan restock. Kemungkinan besar pada minggu hadapan (hujung Ogos 2015).

Buat masa ini saya terpaksa KIV semua order yang diterima. Apabila stok dah sampai nanti saya akan update anda semua. Terima kasih di atas sokongan. Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada anda, pelanggan-pelanggan saya. InshaAllah....

*** Jutaan maaf kepada sesiapa yang telah membuat tempahan tetapi perlu menunggu lama untuk mendapatkan kain tersebut. Kesabaran anda amat dihargai.

Jumaat, 3 Julai 2015

Batik Songket Sarawak...Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan berada di hari ke-16 Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu, kita semua dah melepasi separuh bulan yang penuh keberkatan ini. 

Syukur juga kerana saya dibuka pintu rezeki melalui kain batik songket Sarawak ni.Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas dan kini saya sangat yakin akan rezeki yang telah DIA tetapkan untuk hamba-Nya.

Sehingga hari ini sudah hampir 200 helai kain dah terjual, syukur sangat-sangat. Awal-awal dulu, saya pernah dimarahi kawan sebab katanya saya tawarkan harga yang sangat rendah, macam mana nak dapat untung. Tapi sebab saya memang jenis kepala batu, saya tetap juga tawarkan harga yang macam tu sebab saya sendiri pun kalau membeli mesti akan cari yang mana lebih murah. Bagi saya tak perlu untung banyak asalkan pulang modal dan ada sedikit keuntungan dah memadai. Orang cakap, dapat duit kopi...hehehe...

So, kepada anda di luar sana yang ada terbaca catatan saya ni, saya seru anda untuk sama-sama berkongsi rezeki melalui kain batik songket Sarawak ni. Saya tawarkan harga yang rendah daripada harga pasaran dan anda boleh mark-up untuk jualan secara retail kepada customer. Kalau nak beli untuk pakai sendiri pun boleh. Jangan segan, jangan malu untuk contact saya bagi mendapatkan harga yang lebih rendah. Emel kan nombor telefon untuk saya hubungi ke mazalan8469@gmail.com dan inshaallah saya akan hubungi anda secepat mungkin.

Rabu, 24 Jun 2015

Batik Songket Sarawak Part II

Salam Ramadhan untuk semua yang sudi melawat blog saya ni. Semoga amalan ibadah anda tahun ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas.

Saya tergerak hati dan rasa perlu untuk saya buat catatan berkenaan batik songket Sarawak pada tengahari ni walaupun dalam keadaan perut yang sedang berdendang mengiringi bunyi taipan pada keyboard PC...hehehe..

Pertama sekali saya nak mohon maaf pada semua yang telah emel saya untuk bertanya pasal batik songket sebab stok dah sold out dan saya tak ada buat restock dalam bulan Ramadhan ni kerana beranggapan tentu masing-masing dah siap hantar baju ke tailor. Tapi rupanya masih ramai yang tengah mencari kain. Maaf sekali lagi.

Tapi itu tak bermakna saya hentikan penjualan cuma kaedahnya berlainan la sebab saya tawarkan harga lebih murah daripada penjual online yang lain jadi saya terpaksa ambil order minimum 5pcs untuk meng'cover' kos pos. Maklum la kain ni kena naik flight dulu untuk sampai ke semenanjung ni kan, jadi kos penghantarannya tinggi dan kalau setakat nak pos sehelai memang langsung tak padan la.

Jadi kalau ada sesiapa yang masih berminat untuk mendapatkan kain batik songket Sarawak perlu order min 5pcs dan saya akan tawarkan harga yang lebih rendah. Alamak, 5 helai?!! Macam banyak je kan...Ok, choppp! Macam ni ye adik-adik dan kakak-kakak, 5 helai bunyinya macam banyak kan, so untuk menjadikan 5 helai tu sebagai kecil jumlahnya, boleh la syer dengan member-member or boleh juga dijadikan sebagai cenderahati untuk ahli keluarga. Kain ni juga selain untuk dijahit sebagai baju kurung, jubah atau blouse, boleh juga dijadikan kain sampin.Sedondon baju isteri dan sampin untuk suami. Macam comey je...



Antara pilihan corak yang ditawarkan

FYI, jubah maxi ready made menggunakan kain batik songket Sarawak herganya mencecah RM159 di pasaran. OMG! berganda harganya, better la beli kain dan hantar pada tailor dapat juga save rm10-20. Kalau nak jadikan sepasang baju, means baju dan kain sama corak tanpa menggunakan kain plain, perlu gunakan 2 helai batik songket. Tapi saya prefer match kan dengan kain plain sebab tak nak nampak meriah sangat coraknya.

Terpulang pada anda semua, kalau ada yang sudi boleh lah emel pada saya dan inshaAllah I will get back to u ASAP. Once again, selamat berpuasa!

Khamis, 18 Jun 2015

Tips di bulan Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan...Marhaban Ya Ramadhan...

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bulan yang penuh keberkatan ini. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam dan semoga amalan ibadah kita pada Ramadhan kali ini mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda serta diberi barakah lebih daripada Ramadhan yang sebelumnya.

Walaupun menjalani ibadah puasa di siang hari, kita masih perlu mengambil air secukupnya untuk kesihatan dan kelancaran sistem perkumuhan. Ia juga membantu menyahkan toksin dari dalam badan dan sekali gus membantu penyerapan nutrien. 


Jom kita kongsikan beberapa tips untuk memastikan pengambilan air masak yang secukupnya dalam bulan Ramadhan terutamanya bagi ibu-ibu menyusu seperti saya.
  • Mulakan berbuka dengan segelas air suam
  • Elakkan meminum air berperisa dan berais - lebih banyak pengambilan air berperisa dan berais akan mengurangkan pengambilan air masak
  • Bawalah sebotol air kosong (500ml / 1 liter) semasa ke masjid atau surau untuk berterawih dan teguklah air tersebut setiap kali selesai solat
  • Amalkan juga meletakkan sebotol air masak di sisi katil semasa tidur agar boleh diminum sekiranya terjaga malam.
  • Jika berazam untuk beramal di sepertiga malam, letakkan sebotol air masak di sisi dan amalkan seperti ketika berterawih
  • Minum air masak kosong dengan tertib iaitu dengan cara meneguk air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika, bernafas dengan teratur sebanyak 3 kali dan ulangi meneguk air.
Mari sama-sama kita amalkan tips ini semoga bermanfaat untuk semua. InshaAllah...

Rabu, 10 Jun 2015

Batik Songket Sarawak - Murah Berbaloi

Kurang lebih 2 minggu lagi Ramadhan akan tiba dan sekarang ni tentu masing-masing sibuk mencari kain untuk menempah baju raya. Macam beriya sangat nak sambut raya sedangkan puasa pun belum! Eh, nak tempah baju kena awal-awal, masuk je bulan ramadhan tailor semua dah tutup buku tempahan.

Trend tahun ni Kain Batik Songket Sarawak. Rasanya raya nanti ramai la yang tampil manis menawan dengan rekaan baju dari kain batik songket ini. Bagi sesiapa yang masih tercari-cari lagi kain untuk dijadikan baju, boleh lah tengok contoh-contoh rekaan pakaian dari kain batik songket ini dan sekiranya berminat boleh lah order.



Kalau berkenan dan ingin mencari kelainan, boleh lah order kain batik songket daripada saya dan minta tailor jahitkan mengikut rekaan yang diminati. Saya sertakan gambar kain yang masih ada dalam stok saya tetapi sekiranya anda inginkan warna atau corak yang lain, please do not hesitate to contact me via email mazalan8469@gmail.com. Saya akan hubungi anda dan berurus niaga melalui whatsapp

Merah Bata (Oren)

Hitam

Torquise

Dark Blue

Alhamdulillah, syukur kerana Allah bukakan pintu rezeki kepada saya melalui Kain Batik Songket Sarawak ini. Sehingga hari ini dah lebih 100 helai berjaya dijual, ada customer yang beli untuk pakai sendiri dan ada juga untuk dijadikan sebagai side income.

Harga?? Amat berbaloi dan berpatutan. Sehelai kain berukuran 2m tersebut saya jual dengan harga RM30 termasuk postage & 3 helai ke atas dapat harga lebih murah. Harga biasa yang ditawarkan melalui FB dan instagram adalah dalam lingkungan RM30 lebih hingga RM50 sehelai, betul tak?

Tetapi sekiraya ada yang berminat untuk menjadi dealer, saya akan tawarkan harga borong yang lebih rendah dengan minimum pembelian sebanyak 5 helai. So, apa tunggu lagi? Jangan malu dan jangan segan untuk hubungi saya, inshaallah emel anda akan saya reply secepat mungkin.

Khamis, 26 Mac 2015

Jalan-jalan (Kuantan Parade)

Hujung minggu lepas saya dan En Abah bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Zaim paling seronok bila dapat tau kami nak keluar, dia memang jenis 'kaki berjalan'. Kalau seharian berjalan pun takpe, memang tak ingat nak makan atau tidur. Bukan pergi berjalan jauh pun, cuma bawa dorang ke Kuantan Parade je kebetulan saya ada nak beli barang, alang-alang dah sampai situ terus bawa Zaim main kat tingkat atas Kuantan Parade. Seronok betul Zaim hari tu tapi yang sadisnya Humaira pulak meragam sebab nak tidur. Terpaksa cari port yang agak terlindung sikit untuk BF. Humaira pandai ambil kesempatan, asal saya ada bersama je memang takde lah istilah susu botol :-P

Shopping complex kat sini tak mesra penyusuan sebab tak menyediakan ruang untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Sebenarnya ramai yang masih kurang sedar tentang kepentingan susu ibu. Kempen-kempen tentang kepentingan dan khasiat susu ibu kepada bayi perlu dipergiatkan lagi untuk menambahkan kesedaran dalam masyarakat kita hari ini dan akan datang. Yang paling tak bestnya bila baby menangis dan ibu selak baju untuk susukan anak mesti ada mata-mata yang memandang walaupun tak nampak bahagian yang tak sepatutnya tu. Rasa macam dorang ni biadap sangat, bengang betul saya pada orang-orang yang macam ni, seolah-olah menyusukan anak tu satu kesalahan pada dorang sedangkan kami (ibu-ibu yang BF) tahu cara untuk tutup bahagian tu. Tak kan nak dedah kat orang pulak kot!

OK, melalut sampai ke situ pulak. Tak nak la komen lagi bab tu sebab memang boleh jadi 'hangin' sangat. Don't wanna spoil my mood, be cool...Astargfirullah hal azimm...Jom layan pics yang sempat saya snap pada hari kejadian...ekekeke..

Berangan macam dalam citer Robocar Poli (siri kartun kegemaran Zaim)

Zaim memang fanatik dengan excavator

Gaya macam pandu pesawat tempur...hehehe

Ada yang menumpang...hahahaha

Muka kepenatan dan ngantuk

Tengok la tu, seronok Zaim dapat main macam-macam. Umi pun tumpang sekaki alasan pegang Humaira..hehehe...

Masa on the way balik rumah, Zaim yang kepenatan terus lena dalam kereta. Hajat hati nak terus bawa pegi potong rambut tapi terpaksa cancel sebab Zaim dan Humaira tidur hingga ke senja. Jaga dari tidur terus cakap kat abah minta bawa dia pegi situ lagi. InshaAllah...

Isnin, 9 Mac 2015

Donat Gebu Marvelesss

Semenjak dua menjak ni mood untuk buat kuih berkobar-kobar dalam diri. Kali ni teringin pula untuk cuba buat donut memandangkan Zaim suka makan donut. Jadi, pagi Sabtu lepas sempatlah saya men'donat' bersama Zaim , 1st try tapi alhamdulillah puas hati sangat-sangat sebab donut tu menjadi dan sangat gebu. Rangup diluar dan lembut di dalam..hehehe...Rupanya senang dan mudah je nak buat donut ni. Saya guna resepi yang diberi oleh sepupu. 

Bagi sesiapa yang baru-baru nak belajar buat donut, boleh la follow resepi dan steps di bawah :

Resepi Donat Gebu

Mauripan yang dah "hidup"-berbuih. 
Sedia untuk dicampur ke dalam adunan tepung, marjerin dan susu tadi.


Donut yang dah diterap guna gelas tapi macam tak berapa bulat pun...hehehe
Jangan guna gelas yang besar sebab adunan donut tadi akan mengembang


Sebelum goreng, buatkan lubang ditengah


Siap goreng dan tabur gula, Zaim dah tak sabar nak makan.
Terpaksa guna garfu sebab masih panas.
Donut ni memang sedap dimakan panas sebab terasa kerangupannya tapi lembut di dalam.


Humaira terpaksa duduk dalam stroller sementara tunggu umi siap men'donut'. Sempat la round dapur 3 4 kali sebab kena tolak ngan Zaim...hehehe...

Memandangkan En Abah kerja pada hari tersebut, so saya goreng separuh masak baki donut yang ada untuk dijadikan frozen donut. Petangnya saya goreng semula dan taburkan gula untuk hidangan petang En Abah. Memang dapat pujian kali ni..hehehe...Next time nak cuba lagi tapi saya nak buat ala-ala donut Big Apple or Dunkin' Donuts, nak curah coklat dan nuts kat atas..nyum..nyum...bestnye...

Selamat mencuba untuk sesiapa yang baru nak belajar men'donut'...Good luck!

Rabu, 4 Mac 2015

Puding Caramel a.k.a Puding Gula Hangus

Sesi "menguih" lagi...hehehehe. akhir-akhir ni bila ada kesempatan  rasa macam rajin je nak buat kuih. Kebetulan Sabtu lepas dua beradik tu in good mood, so sempat la umi ke dapur prepare menu minum petang sementara tunggu abah balik keje. Asalnya nak cuba buat donut tapi sebab marjerin dah habis terpaksa postpone niat tu. Kemudian terpandang pulak telur yang ada dalam stok, terus tukar plan dan jadilah puding karamel. Jom kita kongsi resepi puding karamel yang sangat simple ni.

Bahan-bahan :
  • 2 @ 3 sudu gula
  • 5 biji telur ayam (Gred A)
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 1/2 tin air (sukat menggunakan tin susu tadi)
  • Sedikit esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
Cara-caranya :
  • Panaskan pengukus
  • Sediakan gula hangus dengan memanaskan gula di atas api, biarkan gula cair dan bertukar warna kecoklatan sikit. Perlu kacau menggunakan sudip.
  • Tuang gula hangus ke dalam bekas loyang dan ketepikan.
  • Kemudian pukul telur bersama esen vanilla (seperti biasa, saya menggunakan blender untuk memukul telur)
  • Dalam bekas yang lain - campurkan susu dan air, kacau sebati
  • Masukkan telur yang telah dipukul sehingga kembang ke dalam campuran susu dan air, kacau rata.
  • Tuang campuran berkenaan ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukus selama 30 hingga 40 minit.
  • Setelah masak, biarkan puding tadi sejuk dan baru telangkupkan ke atas pinggan. Selesai.

Campuran susu, air dan telur

Campuran puding yang telah dituang ke atas gula hangus
(sedia untuk dikukus)

Kukus selama 30-40 minit

Sedia dimakan. Sedap jika disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
(Maaf, gambar ni C&P dari Mr Google sebab gambar puding saya dah ter'delete')

Amat mudah dan senang. Tak perlu banyak masa dan hasilnya tak mengecewakan. Bagi penggemar puding karamel, boleh lah cuba buat sendiri, lagi puas hati dapat makan banyak. Kalau beli, sepotong kecik pun harga dalam rm2.00 or rm2.50, rasa macam tak berbaloi je....