Rabu, 29 Mei 2013

Kisah balik kampung

Hujung minggu lepas kami sekeluarga sempat balik ke kampung jenguk Tok Ayah & Tok Ma Zaim di 'Negeri Serendah Sekebun Bunga'. Kebetulan pulak Jumaat tu PH Hari Wesak, so pagi Jumaat kami bertolak dari Kuantan jam 9.30pagi dan selamat sampai sana jam 3.30 petang. Amik masa  6jam untuk sampai sebabnya cuti umum + school holiday, kereta memang berderet la. Anak teruna tu boring sangat duduk lama dalam kereta, macam-macam aksi dia buat, sabor jo la.

Sampai je kat kampung, abis satu rumah Tok Ayah & Tok Ma dia jelajah. Mula-mula tu buat 'shy-shy cat', dah lama sikit terus melekat dengan Tok Ayah je sebab Tok Ayah rajin melayan serta dukung. Siap Tok Ayah bawa naik motor ronda kampung. Pagi Ahad kami dah gerak balik Kuantan pulak, kesian Zaim belum sempat puas merasa duduk kampung dah kena balik. Nak buat macam mana, Isnin abah dah keje tapi umi sambung cuti lagi :-)

On the way balik ke Kuantan, berlaku sesuatu yang tak diduga. Perutku memulas-mulas sakit, sebijik rasa macam kontraksi nak bersalin, siap sakit pinggang bagai. Sekejap-sekejap datang sakit yang mencerut-cerut (*betul ke istilah tu? hentam je la). Tak pernah aku rasa sakit macam ni, kecuali masa nak bersalin dulu je. Zaim lak tak reti duduk diam, ikut hati macam nak minta encik abah patah balik je.Macam-macam persoalan bermain di kepala, aku silap makan ke atau memang usus aku ada masalah. Dalam hati aku doa harap-harap bukan sebab usus. Takut jugak kalau sakit ni melarat, tetiba pegi klinik doktor bagitau 'awak disahkan menghidap kanser usus'. Nauzubillah! Minta dijauhkan. Kesian Zaim yang masih kecik lagi ni.

Disebabkan kesakitan perutku yang datang tak tentu masa, kami terpaksa singgah di petrol station dan di beberapa hentian R&R untuk 'membuang' *walaupun sebenarnya tak tahu sakit perut tu sebab  nak membuang ke apa. Nasib baik la LPT dah buka laluan dari Gemuruh (Setiu) hingga ke exit Bukit Besi (Dungun) dan hentian R&R dah dibuka untuk guna tandas serta surau. Teruk betul bila terpaksa guna public toilet yang macam dah bertahun tak dicuci tapi kat R&R tu ok la. Bila ingat semula, nak muntah pun ada..uweeeekkk!!!

Dalam keadaan aku terpaksa menahan kesakitan dan bebelan encik abah (*yang kononnya perut aku sakit sebab tak jaga makan, main bedal je sume), akhirnya kami selamat jugak sampai rumah jam 6.30petang. Dah sampai tu ok la tapi jadi pulak satu cerita McGyver kat rumah. Encik abah terpaksa kopak pintu master bedroom sebab kunci tertinggal kat dalam, aiseyyy mannn...Zaim tumpang menyibuk sama gayanya macam dia boleh tolong buat, mulut pun bising je tapi satu habuk pun kami tak paham sebab guna bahasa 'gugu gaga'.

Malam tu, lepas dinner (encik abah tapau je) aku dan Zaim terus masuk tido sebab badan dah mula rasa sengal dan seram sejuk persis nak demam. Tapi aku sempat telan pil chi kit tek aun sepeket dengan harapan dapat memulihkan perutku yang sedang sakit. Tiba-tiba, jam 1.30pagi aku terjaga dari lena dan dalam keadaan separuh sedar aku terasa seolah-olah macam ada sesuatu yang tak kena, rasa melekit dan basah. Terus aku tekan suis lampu, memang sah! Selepas 11 bulan aku lahirkan Zaim, akhirnya aku telah didatangi haid pertamaku. Patutla seharian perut dan badanku meragam. Maka terungkai la persolan kenapa perut aku sakit dan ternyata salahlah tomahan encik abah yang menyalahkan makanan sebagai puncanya.

-THE END-

Rabu, 22 Mei 2013

Kek Coklat Kukus

Gambar ihsan Mr Google - sendiri punya tak dapat nak upload, sori ye


1st of all, saya nak rakamkan ucapan terima kasih bebanyak untuk owner sarakids kerana sudi berkongsi resepi kek yang sangat sedap.

Ini adalah kali pertama saya sediakan kek kukus. Zaman sekolah dulu, ada juga buat kek tapi yang bakar guna oven. Biasanya kek 'syok sendiri' sebab resepi main reka je. Adun je bahan-bahan asas, pastu campur la apa-apa yang patut then bakar.

Tapi kali ni, hasil kerajinan saya meng'google', terjumpa la resepi kek yang sangat simple tapi sedap. So, hari Ahad lepas, saya cuba la resepi tu. Siap je masak hidangan lunch, saya terus keluarkan bahan-bahan untuk buat kek. Nasib baik Zaim tido dan encik abah tolong buaikan dia kasi dia tido lama sikit.

Bahan-bahan dan cara masak seperti di bawah ye ;

Bahan-bahan A
  • 2 cawan self raising flour tepung naik sendiri 
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula (saya kurangkan sukatan gula kepada 3/4 cawan je)
Campur kesemua bahan-bahan ini dan kacau biar sekata. Kemudian, sediakan bahan-bahan B.
Sambil tu, panaskan periuk kukusan.


Bahan-bahan B
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak biasa
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan air panas
Masukkan kesemua bahan B ke dalam adunan bahan A tadi, kacau hingga sebati.
Telur tu tak perlu whisk pun, boleh terus masuk macam tu je.
Sediakan loyang untuk mengukus kek. Sapukan marjerin / planta di dasar dan sekeliling loyang, taburkan sedikit tepung gandum bagi mengelakkan kek daripada melekat pada loyang.
Kemudian, tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang.
Kukus selama 35-40 minit. Nak tau kek dah masak ke belum, cucuk tengah-tengah kek menggunakan lidi atau garpu, kalau xde adunan yang melekat maknanya kek dah masak.
Bila dah masak, keluarkan kek dari bekas kukusan dan biarkan sejuk.
Ingat ye, biar kek sejuk terlebih dahulu baru keluarkan daripada loyang.
Sambil tunggu kek sejuk, boleh la cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil.
Tuangkan cairan coklat ke atas kek dan buat topping mengikut citarasa sendiri.
Dah siap untuk dinikmati bersama keluarga

Kek yang saya buat tu saiz 26cm, kira-kira sebesar pinggan nasi (bukan pinggan lauk ye). Petang tu jugak, saya potong separuh kek untuk dihantar ke rumah adik ipar. Encik suami sempat lagi mengusik sambil bisik pada Zaim "umi nak tunjuk kat mak ngah la tu". Saya balas "mestila sebab kek ni menjadi dan sedap".hehehe...

Kepada sesiapa yang terbaca entri ni, sila-sila la cuba sebab walau pun simple tapi hasilnya memang memuaskan.

Bubur Nasi Bayi

Bubur Nasi Kuah Laksa Lemak
Just nak share resepi ngn sesape yang sudi atau tengah pening pikir nak masak apa especially untuk anak2 bawah umo setahun. Ni bubur favorite anak saya. Asalnya belajar buat laksa sendiri tapi sambil masak kuah laksa tu kepala duk fikir nak masak bubur nasi untuk Zaim, so timbul la idea untuk cedok sikit kuah laksa tu untuk dicampur dengan bubur nasi dia. Jadi sebelum saya masukkan bahan perasa, saya cedokkan sikit kuah tu, maklumla baby under 12 months tak boleh makan garam or gula coz dorg punya ginjal belum cukup matang lagi untuk memproses bahan-bahan tu sume. Itu apa yang saya baca kat blog-blog berkaitan parenting la. Ok, tak mau cakap taip banyak-banyak, ni saya nak share resepi bubur nasi kuah laksa, sesuai utk baby lapan bulan ke atas.

- Masakkan beras dengan air yang banyak dan biar menjadi bubur.
- Rebus 1 @ 2 ekor ikan selar bersama 1 keping asam-air untuk merebus tu isi sama paras dengan ikan je.
- Bila ikan dah masak, buang tulang dan kisar isi ikan menggunakan blender – perlu teliti dan pastikan sume tulang dah dibuang ye
-  Tuangkan santan ke dalam periuk, masukkan isi ikan, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus.
(Kalau xnak guna santan, guna air pun boleh)
- Masak dengan api yang sederhana dan sentiasa kacau untuk elakkan dari kuah menjadi berketul dan pecah minyak.
-  Bila dah menggelegak, tuangkan kuah tadi ke dalam bubur yang telah dimasak, kacau sehingga sebati.
-  Cedok ke dalam bekas makanan bayi dan biarkan sejuk. Sedia untuk disuapkan ke mulut comel bayi anda.

Macam yang saya bagitau awal-awal tadi, sebenarnya kuah yang saya buat tu kuah untuk laksa, so masa buat ari tu saya dah ‘tertaruk’ lada hitam yang ditumbuk, jadi bubur untuk Zaim pun ada la rasa lada hitam tu, nasib baik perut dia boleh terima, xdela cirit. Tapi untuk sesape yang baru nak cuba, xyah la isi lada hitam ye. Zaim makan sampai bertambah, dah 2 kali tambah, dia minta nak lagi tapi saya x kasi sebab tak nak dia terbiasa makan banyak, takut obes lak nanti. Lambat suap je dia nangis, makan macam x nyempat2, masuk je mulut terus telan. Jadi hari tu makan tengahari dan makan petang dia menu yang sama je la.

Bubur Nasi Sup Sayur
Bubur ni pun antara bubur kesukaan anak saya juga. Tapi sebenarnya dia tu bagi apa pun makan je, memang tak memilih makanan langsung, Bubur nasi kosong pun kalau setakat 3 senduk tu selamba je makan. Setakat ni Alhamdulillah, dia memang x tolak untuk makan nasi. Macam biasa, saya masakkan dulu beras dengan air yang banyak hingga jadi bubur. Sambil tu saya masakkan sup sayur, saya guna sayur sawi dan lobak merah je. Nak bagi ada rasa manis-manis sikit, saya letak daging sikit kat dalam sup tu tapi daging tu saya yang makan, muahaha…

Rebus daging dengan sedikit air untuk empukkan daging tu.
Bila daging dah empuk, masukkan sedikit minyak zaitun.
 Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar halus, tumis hingga naik bau
 – masa ni Zaim dah mula telan liur..hahaha…sabar2, belum masak lagi.
Masukkan air, agak2 la kuantiti biar jadi rupa sup.
Bila air dah menggelegak, masukkan lobak merah dan batang sawi yang dah dipotong kecil. Tunggu air menggelegak dulu baru masukkan sayur sebab nak kekalkan zat2 dalam sayur tu, kalau tak nanti yang tinggal cuma serat sayuran je.
Agak2 lobak merah dan batang sawi tu dah empuk, baru masukkan daun sawi, biarkan 2 minit dan padamkan api.
-Ingat ye, no sugar n no salt for baby under 12 months.
Masukkan sup sayur ke dalam bubur nasi yang dah dimasak tadi, kalau rasa sayur tu besar dan baby susah kunyah, kisar la dulu baru suap pada baby. 

Untuk Zaim, saya lenyekkan sikit daun sawi dan lobak tu dalam bubur nasi dia. Daging dan sayuran lain umi dia yang makan. Saya campurkan juga isi ikan merah yang dah direbus ke dalam bubur nasi tu. Bau bubur ni wangi sebab ada bawang tumis.  Macam biasa la, x perlu suruh dia dah ready nganga mulut. Laju je suap, abis semangkuk, nak lagi. Nyum..nyum..

Bungkus Manis Ubi Kayu

Gambar ihsan dari Mr Google

Kuih ni antara kuih kegemaran saya sejak kecil lagi. Dulu masa saya sekolah rendah ma saya selalu buat kuih ni kat rumah, memang sedap. Ada rasa manis-manis, lemak dan ada sikit rasa pahit-pahit ubi kayu tapi sedap. Kat negeri kelahiran saya, orang panggil kuih bungkus manis tapi kat tempat lain ada orang panggil kuih lepat ubi kayu.

Petang hari minggu semalam saya sempat la masak kuih ni kat rumah, ni 1st time ye saya buat sendiri. Kebetulan encik suami gali ubi kayu yang my mom in-law tanam kat belakang rumah. Pokok ubi kayu tu dia tanam masa jaga saya dalam pantang dulu, kira-kira 11 bulan lepas la. Ingat banyak la ubi tu, rupa-rupanya seciput je. Dengan bersemangatnya, encik suami kupas ubi tu dan saya parut guna pemarut, manual je tau. Nasib baik sikit je. Sepatutnya kena sagat baru la jadi halus tapi disebabkan takde penyagat kat rumah, so saya parut pastu blend bagi halus. Dah siap, toskan dulu ubi tu dalam penapis bagi kuar air tak nak kasi pahit.
Then, call my mom minta resepi dan cara nak masak,maklum la 1st time nak cuba buat sendiri, memang x reti pun. Ingat susah, rupanya senang bangat. Bahan-bahannya seperti di bawah (tak sukat pun main agak je ye) ;

  • Ubi kayu yang disagat halus dan ditoskan airnya
  • Santan pekat (saya guna santan kotak jenama KARA je)
  • 1 keping gula melaka (orang Kelantan sebut, nise)
  • Gula
  • Tepung gandum sikit incase terlebih lembik (saya guna 2 sudu je)
  • Daun pisang yang dilayur atas api (untuk bungkus) - daun pisang cilok yang jiran sebelah wakaf kan.
Mula-mula saya masakkan gula melaka (nise) bersama santan pekat dan gula, biar hingga gula melaka dan gula tu cair. Kena lebihkan manis tu sebab bila dicampur ubi takde la rasa pahit sangat. Lepas tu masukkan santan yang dimasak bersama gula melaka tadi ke dalam parutan ubi kayu sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Kena agak-agak, jangan sampai terlebih lembik. Kalau lembik, campurkan tepung gandum sikit je, dalam 1 atau 2 sudu makan. Lepas tu bungkus la satu persatu macam bungkus kuih koci atau kuih lepat. Sementara tu, boleh la panaskan bekas kukusan. Dah siap bungkus, kukus selama lebih kurang 20 hingga 30 minit. Nak tau dah masak ke belum, cuba cucuk dengan garpu, kalau x melekat tu maknanya masak la.

Kuih bungkus manis saya semalam menjadi tapi kurang manis, xpela next time dah tau cara buat ni boleh cuba lagi. Encik suami sibuk tanya kuih apa sebenarnya yang saya buat tu sebab dia x pernah makan, dah masak tu bagi encik suami rasa, dia cakap ok tp kena maniskan sikit je lagi. Seronok bila apa yang kita cuba buat tu menjadi. Ada masa nak cuba buat talam ubi kayu lak, itu pun febret saya gak.