Sampai je kat kampung, abis satu rumah Tok Ayah & Tok Ma dia jelajah. Mula-mula tu buat 'shy-shy cat', dah lama sikit terus melekat dengan Tok Ayah je sebab Tok Ayah rajin melayan serta dukung. Siap Tok Ayah bawa naik motor ronda kampung. Pagi Ahad kami dah gerak balik Kuantan pulak, kesian Zaim belum sempat puas merasa duduk kampung dah kena balik. Nak buat macam mana, Isnin abah dah keje tapi umi sambung cuti lagi :-)
On the way balik ke Kuantan, berlaku sesuatu yang tak diduga. Perutku memulas-mulas sakit, sebijik rasa macam kontraksi nak bersalin, siap sakit pinggang bagai. Sekejap-sekejap datang sakit yang mencerut-cerut (*betul ke istilah tu? hentam je la). Tak pernah aku rasa sakit macam ni, kecuali masa nak bersalin dulu je. Zaim lak tak reti duduk diam, ikut hati macam nak minta encik abah patah balik je.Macam-macam persoalan bermain di kepala, aku silap makan ke atau memang usus aku ada masalah. Dalam hati aku doa harap-harap bukan sebab usus. Takut jugak kalau sakit ni melarat, tetiba pegi klinik doktor bagitau 'awak disahkan menghidap kanser usus'. Nauzubillah! Minta dijauhkan. Kesian Zaim yang masih kecik lagi ni.
Disebabkan kesakitan perutku yang datang tak tentu masa, kami terpaksa singgah di petrol station dan di beberapa hentian R&R untuk 'membuang'
Dalam keadaan aku terpaksa menahan kesakitan dan bebelan encik abah (*yang kononnya perut aku sakit sebab tak jaga makan, main bedal je sume), akhirnya kami selamat jugak sampai rumah jam 6.30petang. Dah sampai tu ok la tapi jadi pulak satu cerita McGyver kat rumah. Encik abah terpaksa kopak pintu master bedroom sebab kunci tertinggal kat dalam, aiseyyy mannn...Zaim tumpang menyibuk sama gayanya macam dia boleh tolong buat, mulut pun bising je tapi satu habuk pun kami tak paham sebab guna bahasa 'gugu gaga'.
Malam tu, lepas dinner (encik abah tapau je) aku dan Zaim terus masuk tido sebab badan dah mula rasa sengal dan seram sejuk persis nak demam. Tapi aku sempat telan pil chi kit tek aun sepeket dengan harapan dapat memulihkan perutku yang sedang sakit. Tiba-tiba, jam 1.30pagi aku terjaga dari lena dan dalam keadaan separuh sedar aku terasa seolah-olah macam ada sesuatu yang tak kena, rasa melekit dan basah. Terus aku tekan suis lampu, memang sah! Selepas 11 bulan aku lahirkan Zaim, akhirnya aku telah didatangi haid pertamaku. Patutla seharian perut dan badanku meragam. Maka terungkai la persolan kenapa perut aku sakit dan ternyata salahlah tomahan encik abah yang menyalahkan makanan sebagai puncanya.
-THE END-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan