Bubur Nasi Kuah Laksa Lemak
Just nak share resepi ngn sesape yang sudi atau tengah pening pikir nak masak apa especially untuk anak2 bawah umo setahun. Ni bubur favorite anak saya. Asalnya belajar buat laksa sendiri tapi sambil masak kuah laksa tu kepala duk fikir nak masak bubur nasi untuk Zaim, so timbul la idea untuk cedok sikit kuah laksa tu untuk dicampur dengan bubur nasi dia. Jadi sebelum saya masukkan bahan perasa, saya cedokkan sikit kuah tu, maklumla baby under 12 months tak boleh makan garam or gula coz dorg punya ginjal belum cukup matang lagi untuk memproses bahan-bahan tu sume. Itu apa yang saya baca kat blog-blog berkaitan parenting la. Ok, tak mau cakap taip banyak-banyak, ni saya nak share resepi bubur nasi kuah laksa, sesuai utk baby lapan bulan ke atas.
- Masakkan beras dengan air yang banyak dan biar menjadi bubur.
- Rebus 1 @ 2 ekor ikan selar bersama 1 keping asam-air untuk merebus tu isi sama paras dengan ikan je.
- Bila ikan dah masak, buang tulang dan kisar isi ikan menggunakan blender – perlu teliti dan pastikan sume tulang dah dibuang ye
- Tuangkan santan ke dalam periuk, masukkan isi ikan, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus.
(Kalau xnak guna santan, guna air pun boleh)
- Masak dengan api yang sederhana dan sentiasa kacau untuk elakkan dari kuah menjadi berketul dan pecah minyak.
- Bila dah menggelegak, tuangkan kuah tadi ke dalam bubur yang telah dimasak, kacau sehingga sebati.
- Cedok ke dalam bekas makanan bayi dan biarkan sejuk. Sedia untuk disuapkan ke mulut comel bayi anda.
Macam yang saya bagitau awal-awal tadi, sebenarnya kuah yang saya buat tu kuah untuk laksa, so masa buat ari tu saya dah ‘tertaruk’ lada hitam yang ditumbuk, jadi bubur untuk Zaim pun ada la rasa lada hitam tu, nasib baik perut dia boleh terima, xdela cirit. Tapi untuk sesape yang baru nak cuba, xyah la isi lada hitam ye. Zaim makan sampai bertambah, dah 2 kali tambah, dia minta nak lagi tapi saya x kasi sebab tak nak dia terbiasa makan banyak, takut obes lak nanti. Lambat suap je dia nangis, makan macam x nyempat2, masuk je mulut terus telan. Jadi hari tu makan tengahari dan makan petang dia menu yang sama je la.
Bubur Nasi Sup Sayur
Bubur ni pun antara bubur kesukaan anak saya juga. Tapi sebenarnya dia tu bagi apa pun makan je, memang tak memilih makanan langsung, Bubur nasi kosong pun kalau setakat 3 senduk tu selamba je makan. Setakat ni Alhamdulillah, dia memang x tolak untuk makan nasi. Macam biasa, saya masakkan dulu beras dengan air yang banyak hingga jadi bubur. Sambil tu saya masakkan sup sayur, saya guna sayur sawi dan lobak merah je. Nak bagi ada rasa manis-manis sikit, saya letak daging sikit kat dalam sup tu tapi daging tu saya yang makan, muahaha…
Rebus daging dengan sedikit air untuk empukkan daging tu.
Bila daging dah empuk, masukkan sedikit minyak zaitun.
Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dikisar halus, tumis hingga naik bau
– masa ni Zaim dah mula telan liur..hahaha…sabar2, belum masak lagi.
Masukkan air, agak2 la kuantiti biar jadi rupa sup.
Bila air dah menggelegak, masukkan lobak merah dan batang sawi yang dah dipotong kecil. Tunggu air menggelegak dulu baru masukkan sayur sebab nak kekalkan zat2 dalam sayur tu, kalau tak nanti yang tinggal cuma serat sayuran je.
Agak2 lobak merah dan batang sawi tu dah empuk, baru masukkan daun sawi, biarkan 2 minit dan padamkan api.
-Ingat ye, no sugar n no salt for baby under 12 months.
Masukkan sup sayur ke dalam bubur nasi yang dah dimasak tadi, kalau rasa sayur tu besar dan baby susah kunyah, kisar la dulu baru suap pada baby.
Untuk Zaim, saya lenyekkan sikit daun sawi dan lobak tu dalam bubur nasi dia. Daging dan sayuran lain umi dia yang makan. Saya campurkan juga isi ikan merah yang dah direbus ke dalam bubur nasi tu. Bau bubur ni wangi sebab ada bawang tumis. Macam biasa la, x perlu suruh dia dah ready nganga mulut. Laju je suap, abis semangkuk, nak lagi. Nyum..nyum..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan