Gambar ihsan dari Mr Google
Kuih ni antara kuih kegemaran saya sejak kecil lagi. Dulu masa saya sekolah rendah ma saya selalu buat kuih ni kat rumah, memang sedap. Ada rasa manis-manis, lemak dan ada sikit rasa pahit-pahit ubi kayu tapi sedap. Kat negeri kelahiran saya, orang panggil kuih bungkus manis tapi kat tempat lain ada orang panggil kuih lepat ubi kayu.
Petang hari minggu semalam saya sempat la masak kuih ni kat rumah, ni 1st time ye saya buat sendiri. Kebetulan encik suami gali ubi kayu yang my mom in-law tanam kat belakang rumah. Pokok ubi kayu tu dia tanam masa jaga saya dalam pantang dulu, kira-kira 11 bulan lepas la. Ingat banyak la ubi tu, rupa-rupanya seciput je. Dengan bersemangatnya, encik suami kupas ubi tu dan saya parut guna pemarut, manual je tau. Nasib baik sikit je. Sepatutnya kena sagat baru la jadi halus tapi disebabkan takde penyagat kat rumah, so saya parut pastu blend bagi halus. Dah siap, toskan dulu ubi tu dalam penapis bagi kuar air tak nak kasi pahit.
Then, call my mom minta resepi dan cara nak masak,maklum la 1st time nak cuba buat sendiri, memang x reti pun. Ingat susah, rupanya senang bangat. Bahan-bahannya seperti di bawah (tak sukat pun main agak je ye) ;
- Ubi kayu yang disagat halus dan ditoskan airnya
- Santan pekat (saya guna santan kotak jenama KARA je)
- 1 keping gula melaka (orang Kelantan sebut, nise)
- Gula
- Tepung gandum sikit incase terlebih lembik (saya guna 2 sudu je)
- Daun pisang yang dilayur atas api (untuk bungkus) - daun pisang cilok yang jiran sebelah wakaf kan.
Mula-mula saya masakkan gula melaka (nise) bersama santan pekat dan gula, biar hingga gula melaka dan gula tu cair. Kena lebihkan manis tu sebab bila dicampur ubi takde la rasa pahit sangat. Lepas tu masukkan santan yang dimasak bersama gula melaka tadi ke dalam parutan ubi kayu sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Kena agak-agak, jangan sampai terlebih lembik. Kalau lembik, campurkan tepung gandum sikit je, dalam 1 atau 2 sudu makan. Lepas tu bungkus la satu persatu macam bungkus kuih koci atau kuih lepat. Sementara tu, boleh la panaskan bekas kukusan. Dah siap bungkus, kukus selama lebih kurang 20 hingga 30 minit. Nak tau dah masak ke belum, cuba cucuk dengan garpu, kalau x melekat tu maknanya masak la.
Kuih bungkus manis saya semalam menjadi tapi kurang manis, xpela next time dah tau cara buat ni boleh cuba lagi. Encik suami sibuk tanya kuih apa sebenarnya yang saya buat tu sebab dia x pernah makan, dah masak tu bagi encik suami rasa, dia cakap ok tp kena maniskan sikit je lagi. Seronok bila apa yang kita cuba buat tu menjadi. Ada masa nak cuba buat talam ubi kayu lak, itu pun febret saya gak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan