Rabu, 22 Mei 2013

Kek Coklat Kukus

Gambar ihsan Mr Google - sendiri punya tak dapat nak upload, sori ye


1st of all, saya nak rakamkan ucapan terima kasih bebanyak untuk owner sarakids kerana sudi berkongsi resepi kek yang sangat sedap.

Ini adalah kali pertama saya sediakan kek kukus. Zaman sekolah dulu, ada juga buat kek tapi yang bakar guna oven. Biasanya kek 'syok sendiri' sebab resepi main reka je. Adun je bahan-bahan asas, pastu campur la apa-apa yang patut then bakar.

Tapi kali ni, hasil kerajinan saya meng'google', terjumpa la resepi kek yang sangat simple tapi sedap. So, hari Ahad lepas, saya cuba la resepi tu. Siap je masak hidangan lunch, saya terus keluarkan bahan-bahan untuk buat kek. Nasib baik Zaim tido dan encik abah tolong buaikan dia kasi dia tido lama sikit.

Bahan-bahan dan cara masak seperti di bawah ye ;

Bahan-bahan A
  • 2 cawan self raising flour tepung naik sendiri 
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula (saya kurangkan sukatan gula kepada 3/4 cawan je)
Campur kesemua bahan-bahan ini dan kacau biar sekata. Kemudian, sediakan bahan-bahan B.
Sambil tu, panaskan periuk kukusan.


Bahan-bahan B
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak biasa
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan air panas
Masukkan kesemua bahan B ke dalam adunan bahan A tadi, kacau hingga sebati.
Telur tu tak perlu whisk pun, boleh terus masuk macam tu je.
Sediakan loyang untuk mengukus kek. Sapukan marjerin / planta di dasar dan sekeliling loyang, taburkan sedikit tepung gandum bagi mengelakkan kek daripada melekat pada loyang.
Kemudian, tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang.
Kukus selama 35-40 minit. Nak tau kek dah masak ke belum, cucuk tengah-tengah kek menggunakan lidi atau garpu, kalau xde adunan yang melekat maknanya kek dah masak.
Bila dah masak, keluarkan kek dari bekas kukusan dan biarkan sejuk.
Ingat ye, biar kek sejuk terlebih dahulu baru keluarkan daripada loyang.
Sambil tunggu kek sejuk, boleh la cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double boil.
Tuangkan cairan coklat ke atas kek dan buat topping mengikut citarasa sendiri.
Dah siap untuk dinikmati bersama keluarga

Kek yang saya buat tu saiz 26cm, kira-kira sebesar pinggan nasi (bukan pinggan lauk ye). Petang tu jugak, saya potong separuh kek untuk dihantar ke rumah adik ipar. Encik suami sempat lagi mengusik sambil bisik pada Zaim "umi nak tunjuk kat mak ngah la tu". Saya balas "mestila sebab kek ni menjadi dan sedap".hehehe...

Kepada sesiapa yang terbaca entri ni, sila-sila la cuba sebab walau pun simple tapi hasilnya memang memuaskan.

1 ulasan:

  1. perkongsian yang menarik. baru cuba buat kek kukus, tp tak menjadi pula. huhu

    BalasPadam