Selasa, 4 Jun 2013

Hipokrit itu perlu

Kalau kita bertanya pada sesiapa kat luar sana tentang perlu ke tidak bersikap HIPOKRIT, tentu ramai yang berkata ' ee,saya tak suka la orang yang hipokrit'. Betul, rata-rata orang berpendapat kita tak perlu hipokrit dan lebih baik jadi diri sendiri. Tapi bagi saya dalam sesetengah keadaan, hipokrit itu perlu. Sebelum itu, saya nak kongsikan maksud sebenar perkataan HIPOKRIT. Maksud hipokrit mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 ialah, (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, thanks to http://lifestyle-humairamahpa.blogspot.com for the meaning of this word!

Kenapa saya cakap hipokrit tu perlu? Jika ia membawa kepada sesuatu yang positif, kita perlu hipokrit contohnya untuk menjaga hati seseorang atau untuk menjaga hubungan baik dengan seseorang. Cuba bayangkan, satu hari ada kawan lama datang ke rumah dan dia bawa anak kecil dia bersama. Masa tengah syiok bersembang tiba-tiba anak dia tertumpahkan minuman atas permadani yang baru je seminggu kamu beli. Apa perasaan? Kalau saya la, memang hangin satu badan. Dalam hati tu kalau tak maki pun mesti dah nangis dah kan? Tapi takkan dan-dan tu juga nak marah, ye dop? Mesti dengan selambanya kita akan cakap "eh, takpe-takpe, nanti boleh cuci", muka masih lagi senyum manis. Nak jaga hati kawan. Tapi tak ke itu dinamakan hipokrit? Sila rujuk balik maksud perkataan tu. Kalau tak nak jadi hipokrit, keluarkan la apa yang tersirat di hati tu, terus je cakap "alamak! habis permaidani aku, baru je beli seminggu. Tak boleh minum elok-elok ke? Nakal betul la budak ni". For sure, masa tu kawan lama kita tadi mesti dah terasa hati dan kemungkinan besar dia takkan datang lagi rumah kita.

Hipokrit yang sebegitu adalah perlu tapi kalau hipokrit yang negatif tu memang tak patut la. Contoh untuk yang negatif macam ni pulak, ada seorang kawan kamu tu yang kamu anggap sebagai kawan yang sangat baik sebabnya perlakuan dia elok je kat depan, sokong 100% apa yang kita cakap or yang kita buat but at the same time macam-macam cerita yang tak baik tentang diri kita dia cerita kat orang lain. Subhanallah! yang ni memang tak patut *dah seangkatan dengan 'talam dua muka atau bermuka-muka.

Ada banyak lagi contoh-contoh hipokrit yang positif dan contoh hipokrit yang negatif. Terpulang la pada individu itu sendiri. Tapi bagi diri saya, hipokrit yang ke arah kebaikan adalah perlu. Kita tak perlu jadi seorang yang kononnya jujur dan bukan jenis hipokrit tapi kejujuran kita tu dah menyebabkan banyak hati yang tersakiti. Ingat, bukan semua orang boleh terima cara kita yang kononnya jujur, outspoken dan tidak hipokrit ye.

Itu cumalah pendapat saya. Anda bagaimana? Sudi-sudilah kongsikan pendapat anda ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan