Sedar tak sedar kita dah masuk Bulan Syaaban, tak lama je lagi Ramadhan pula menjelma. Tentu ramai yang sedang bertungkus lumus berpuasa ganti dan tak terkecuali diri saya sendiri. Maklumlah, tahun lepas kebetulan berpantang dalam Bulan Ramadhan jadi terpaksa la ganti sebulan. Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi untuk habiskan puasa ganti. Walau pun start ganti puasa agak lewat tapi saya dah berniat untuk cuba habiskan juga puasa yang tertinggal tu.
Semakin menghampiri Ramadhan, saya nak kongsikan beberapa tips bersama ibu-ibu menyusu agar dapat kita amalkan bersama sepanjang berpuasa Ramadhan nanti tanpa menjejaskan rutin penyusuan bayi. Mudah-mudahan kita dapat berpuasa penuh dan dalam masa yang sama dapat terus menyusukan anak dengan susu ibu yang berkhasiat.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan!
1) Banyakkan
pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat
perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang
imsak.
2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan
mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik
keluar air daripada sel.
3) Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap
hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan
kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi.
Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air
susu ibu.
4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan
dan makanan penambah susu seperti sayuran
hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.
7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.
8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)
9) Pentingkan diet
yang mengandungi protein berkualiti daripada
ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk
susu.
10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak
buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
11) Jangan
berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu
dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak
dihasilkan.
12) Kurangnya
pengeluaran susu bukan disebabkan ibu
berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang
menyusu terus bayi atau memerah susu.
13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang
berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
Credit to : http://yourhealthshoppe.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan