Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun umur Zaim. Makin besar dah anak umi.
Sekarang ni dia dah beranikan diri untuk mengatur langkah, dah berani melangkah dah... Mula-mula dulu jenuh kami ajar dia bertatih tapi dia tak nak. Baru 3 @ 4 hari ni je la dia sendiri beranikan diri berdiri dan cuba berjalan. Alhamdulillah, dapat la juga melangkah dalam 5 @ 6 langkah, then jatuh. Kami tepuk tangan sambil puji dia pandai untuk rangsangkan semangat dia. Tak apa kalau jatuh, nanti cuba lagi dan nampaknya dia makin bersemangat untuk belajar berjalan.
Saya memang tak sabar nak tunggu dia pandai berjalan sebabnya nanti senang nak bawa dia meronda pasaraya especially time abah dia kerja. Macam sekarang ni, kalau pergi pasaraya berdua je dengan dia memang terus capai je apa yang nak dibeli, takde dah nak belek sana belek sini. Lenguh jugak la tangan dukung dia, beratnya boleh tahan. Nak bawa baby stroller macam over sangat kalau setakat nak pergi beli barang sikit je. Lagi pun leceh nak buka bonet apa sume.
Umur 90 hari (3 bulan) dia dah pandai meniarap, umur 180 hari (6 bulan) pandai merangkak dan sekarang lagi 3 hari nak genap umur setahun dah mula berjalan. Ada yang cakap macam lambat tapi ada yang cakap cepat. Tak kisah la, yang penting anak umi dah mula untuk berjalan. 'Syabas mere beta, well done!' - cakap ikut gaya cerita hindustan ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan