Isnin, 17 Jun 2013

Buah-buahan Kampung / Buah Nadir

Lunch hour tadi macam-macam topik yang saya dan officemates bincangkan tapi kami tak mengumpat orang ye. Dalam duk pot pet sana pot pet sini, entah macam mana terkeluar la cerita pasal buah-buahan kampung atau buah-buah hutan (bahasa cerdik sikit buah nadir) yang biasa kami tengok atau makan masa zaman kecik-kecik dulu - rupanya dorg ni pun budak kampung la jugak, hahaha... Sekarang ni memang susah la nak jumpa buah-buah tu sume. Budak-budak sekarang pun agaknya tak kenal dah buah-buah ni, yang dorg sume tau buah epal, kiwi, strawberi, pear dan seangkatan dengannya je kot. Kalau buah kampung pun, paling femes dorg kenal tentula buah pisang - macam tak kena je sebut buah pisang, biasa orang sebut pisang je kot.

Tak mau tulis banyak, jom tengok gambar buah-buahan yang menjadi tajuk perbualan kami tadi. Credit to Mr Google for the pics


Buah Kecupu
(orang kampung saya panggil "buah cupu")
Rasa buah ni masam, biasa tumbuh di hutan. Masa kecik dulu pernah juga la rasa buah ni, tapi sekali je kot sebab masam sangat. Itu pun sebab mak saya jumpa pokok buah ni semasa dia dan ayah ke kebun. Dia bawa balik buah ni untuk saya rasa, kalau tidak tentu saya pun tak kenal dan tak tau apa rasa buah ni.



Buah Kemunting
Pokok kemunting biasa tumbuh di kawasan tanah berpasir atau berhampiran pantai. Saya makan buah ni masa balik kampung di Bachok, kelantan. Kawasan kampung tu memang tanah berpasir, sambil main pondok-pondok atau galah panjang dengan sepupu sepapat, dorang bagi saya cuba buah ni, rasa manis-manis sikit dan ada biji-biji halus kat dalam.



Buah Putat
Buah ni seingat saya memang saya tak pernah makan tapi saya tahu yang pucuk pokok putat boleh dibuat ulam. Entah macam mana rasa saya pun tak tau. Masa discussion tadi, Mek Linda yang sebut pasal buah ni. Nanti esok dia nak bawa, katanya pokok putat ada tumbuh kat belakang rumah mak mentua dia.


Buah Kundang
(orang kampung saya panggil "buah setar")
Haaa, yang ni selalu makan. Masam sangat, bila ingat balik rasa cam kecur liur je. Walau pun masam tapi sedap dimakan cicah colek! Gula dicampur dengan kicap, letak garam sikit dan lenyekkan cili buat cicah dengan buah setar..Fuh! power..Buat jeruk pun sodap...


Buah Keriat
(orang kampung saya panggil "buah sekiat")
Buah keriat memang familiar sangat pada saya sebab pokok buah ni ada tumbuh di sebelah rumah lama keluarga saya di kampung. Tapi sekarang pokok tu dah ditebang. Sejak pada tu, saya dah tak jumpa dan tak dapat makan buah sekiat ni lagi dah. Buah ni lebih kepada biji, bukan ada isi sangat pun. Rasa masam-masam manis. Sedap dimakan cicah colek cuka then cedok dengan sudu semasa makan. Sedapnya....


Buah Ceri Malaysia
(saya panggil "buah kekut"- tak tau camner leh panggil gitu)
Pokok buah ni sekarang ni pun ada lagi jumpa kat area-area belukar sikit. Pokok dia rendang dan redup. Biasa burung-burung kecik suka bertenggek kat pokok ni sambil makan buahnya. Buah kekut ni memang nostalgia pada saya sebab kat depan tangga rumah family saya di kampung memang ada pokok buah ni tapi sekarang dah ditebang. Masa sekolah rendah dulu, kat bawah pokok ni la tempat saya melepak dengan kawan-kawan dan atas pokok ni la tempat saya menunjukkan skill memanjat.


Buah Markisa (Passion Fruit)
Pokok buah ni pun ada menjalar kat depan rumah family saya di kampung (wah, macam banyak je pokok kat area rumah mak ayah saya, kampung sangat ke? hehehe..) Masa sekolah rendah dulu, buah ni kitorang buat main baling-baling je. Buah dia rasa masam-masam manis. Sekarang ni orang buat jus. Kalau makan dan terkena buah yang manis, memang sedap.

Buah Nam-Nam
Biasa orang panggil "buah katak puru", mungkin sebab rupa dia menggerutu kot. Mula-mula dulu geli nak makan sebab terbayangkan katak puru tapi bila dah rasa, rupanya sedap. Ada rasa manis, masam dan kelat sikit. Sesetengah orang makan cicah garam je tapi budak-budak biasa makan gitu je.


Buah Keranji
Buah ni memang femes sebab ada disebut dalam pantun Melayu. Biasa kecik-kecik dulu beli kat pasar, dorg jual dalam kelongsong dan ada yang moden sikit jual ikat dalam beg plastik. Rasa masam-masam manis


Buah Asam Gelugor
Buah ni saya tak pernah makan cam gitu je, rasanya memang orang tak makan mentah kot. Biasa tengok mak saya hiris nipis-nipis dan keringkan, maka jadilah asam keping atau dikenali juga sebagai asam gelugor. Dulu mak saya ada tanam pokok asam gelugor kat depan rumah tapi dah tebang. Mak saya biasa amik pucuk pokok ni campur dalam gulai asam ikan sungai, sedap sangat. 

Itula antara buah-buah lama yang saya nak kongsikan. Mungkin ada antara anda yang pernah makan buah-buah ni atau pernah tengok walaupun tak pernah rasa atau memang langsung tak pernah jumpa (orang bandar).

4 ulasan:

  1. Terima kasih, Ummu dengan info yang bermanfaat ini. Ada buah nadir yang dinyatakan di atas pernah saya makan dan panjat pokoknya. Ada juga yang tak pernah dengar. Dulu pokok-pokok ini ada di sekeliling rumah di kampung namun kini semuanya macam tinggal dalam lipatan sejarah. Hanya sebagai memori zaman kanak-kanak kita. Ok, saya nak google lagi tajuk buah nadir. :)

    BalasPadam
  2. saya sebenarnya mengoogle ke sini sebab mencari nama buah mencupu.. jadi tersinggahlah kat sini. Sama la kita dik, kami kat group budak2 kampung dulu tengah menyebut alkisah buah2 kampung yang jarang ditemui sekarang..

    BalasPadam
  3. Wah... Rindunya nak makan bauh-buah nie.. Susah benor nak cari balik
    . Kena redah hutan dulu ka baru blh jumpa.. Saya minta izin nak share ya kak Ummu.. Terima kasih

    BalasPadam
  4. Hi assalamualaikum saya fatihah wartawan dari mazlin pictures. Kami dalam perancangan untuk melakukan penggambaran buah nadir dan saya ada nampak posting tentang buah buah nadir di malaysia yang telah ditulis oleh pihak puan. boleh saya tahu cara macam mana untuk berhubung dengan puan supaya dapat mengetahui lebih lanjut tentang buah nadir ? kerjasama dari pihak puan amat dihargai. terima kasih.

    BalasPadam