Alhamdulillah syukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bulan yang penuh keberkatan ini. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam dan semoga amalan ibadah kita pada Ramadhan kali ini mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda serta diberi barakah lebih daripada Ramadhan yang sebelumnya.
Walaupun menjalani ibadah puasa di siang hari, kita masih perlu mengambil air secukupnya untuk kesihatan dan kelancaran sistem perkumuhan. Ia juga membantu menyahkan toksin dari dalam badan dan sekali gus membantu penyerapan nutrien.
Jom kita kongsikan beberapa tips untuk memastikan pengambilan air masak yang secukupnya dalam bulan Ramadhan terutamanya bagi ibu-ibu menyusu seperti saya.
- Mulakan berbuka dengan segelas air suam
- Elakkan meminum air berperisa dan berais - lebih banyak pengambilan air berperisa dan berais akan mengurangkan pengambilan air masak
- Bawalah sebotol air kosong (500ml / 1 liter) semasa ke masjid atau surau untuk berterawih dan teguklah air tersebut setiap kali selesai solat
- Amalkan juga meletakkan sebotol air masak di sisi katil semasa tidur agar boleh diminum sekiranya terjaga malam.
- Jika berazam untuk beramal di sepertiga malam, letakkan sebotol air masak di sisi dan amalkan seperti ketika berterawih
- Minum air masak kosong dengan tertib iaitu dengan cara meneguk air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika, bernafas dengan teratur sebanyak 3 kali dan ulangi meneguk air.
Mari sama-sama kita amalkan tips ini semoga bermanfaat untuk semua. InshaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan