Selepas dilahirkan - 20.6.2012
Hari ni anakanda tersayang dah berusia genap 2 tahun. Pagi tadi abah ucapkan selamat hari lahir tapi dia terpinga tak faham apa pun. Saya terangkan pada dia hari ni hari lahir, dia angguk je ntah faham ntah tidak.
Dah makin besar dah anak bujang tu, makin banyak keletah dan makin bijak (cewah..puji anak sendiri..)
Birthday kali ni pun takde buat majlis apa , ingat nanti nak buat kek makan beramai-ramai kat rumah adik ipar. Tak payah la nak celebrate sangat ikut tradisi barat, dah wish dan bagi hadiah cukup ler. Tengok lah hujung minggu nanti apa hadiah abah nak kasi, belum beli lagi. Sekarang dia belum faham, belum pandai minta hadiah pun. Ikut je la apa umi dan abah kasi.
Berangan hensem dengan spec terbalik - 19 Jun 2014
Teringat pula 2 tahun lepas, tanggal 20 Jun saya bertarung nyawa melahirkan dia, tepat 2.32 petang lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad. Semoga nanti menjadi khalifah di muka bumi Allah dan menjadi hambanya yang soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan