Rabu, 31 Julai 2013

Apa Zaim Buat

Alhamdulillah...hari ni dah masuk 22 Ramadhan, maknanya dah 22 hari berjaya melaksanakan ibadat puasa (iye ker???) . Bermakna juga cuma tinggal seminggu je lagi sebelum kita semua sambut Syawal. Sekarang ni dah terasa kemeriahan sebabnya kat opis ni hari-hari ada je yang menjinjit beg plastik bawa kerepek dan biskut-biskut raya. Tapi tahun ni saya tak banyak tempah biskut raya sebab tahun-tahun lepas biskut raya selalu tak habis. Mana nak habis, bukan beraya kat rumah sendiri pun. 

Tahun ni raya puasa giliran beraya kat rumah mentua, raya haji nanti baru kat kampung saya. Tahun depan lak raya puasa kat kampung saya, raya haji kat rumah mentua dan begitulah seterusnya. Ikut sistem giliran, jadi kami suami isteri tak pernah gaduh pun soal balik raya. Raya kat mana-mana pun sama je meriahnya dan paling best dapat makan rendang hitam mak mentua masak, memang terbaek. Thumbs up! Time beraya kat kampung saya, ada juga cuba masak rendang tu, salin resepi mak mentua tapi rasa tetap tak sama. Ada la tu terlebih atau terkurang kat mana-mana kot.

Kali ni bukan nak cite bab raya, tu intro sikit je. Saya nak cite pasal my beloved son, pasal ragam dia yang macam-macam tu. Tadi belek-belek hp tertengok pics ni....




Tengah buat apa tu? Tidur ke? Tak...Zaim bukan tidur, tu kononnya bersolat. Sekarang ni asal saya atau abah dia bentang je sejadah, dia dulu yang sibuk terus pegi sujud. Tapi tengok la cara sujud tu, main hentam je. Bila saya atau abah sebut Allahuakhbar, lagi la dia sujud. Kelakar sebab kadang-kadang bila tengah bogel lepas mandi pun dia pegi sujud juga kat sejadah. Dia tiru apa yang umi dan abah buat walaupun tak faham dan tak tahu apa maksud perbuatan tu.  Tunggu dia besar sikit dan dah boleh faham baru kami nak ajar step by step tapi sekarang ni bagi dia biasakan diri dengan semua tu dulu.

Kalau perasan dalam pic yang atas sekali tu ada sejadah kecik, tu sejadah yang Tok beli kat Mekah masa pegi umrah. Kami khaskan sejadah tu untuk Zaim. Bila solat, sejadah kecik tu kami bentang kat sebelah dengan harapan dia tak kacau umi atau abah solat. Tapi takde maknanya, tetap juga merayap dan sujud atas sejadah umi atau abah.

Pernah sekali, masa tahiyat awal dia pegi duduk kat riba tak nak bangun. Terpaksa la batal solat dan solat lagi sekali sebabnya memang tak boleh nak bangun untuk sambung solat. Kalau nak cite macam-macam la. Tu belum masuk bab baca Al-Quran lagi, dia punya tahap ingin tahu tu sampai terkoyak helaian Al-Quran tapi nasib baik la terkoyak kat bahagian bucu bawah dan tak kena pada ayat. Sabar la Zaim, tunggu dah pandai cakap nanti baru umi dan abah ajar solat dan baca mukaddam ye. Jangan nanti dah besar malas pulak, memang nak kena rotan la jawabnya. Ingat ye, umi dan abah takkan bagi muka punye. Sampai masa nanti umi beli rotan letak kat rumah. Jaga-jaga, kita tengok sape yang kena....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan