Khamis, 18 Julai 2013

Ceramah bersama Imam Muda Gaza

Semalam pejabat saya telah menganjurkan satu sesi ceramah dengan menjemput Imam Muda dari Gaza. Tahun ni, difahamkan bahawa Aqsa Syarif Malaysia telah berjaya membawa seramai 15 orang Imam Muda al-Hafiz dari Gaza ke Malaysia untuk mengimamkan solat tarawih di masjid-masjid terpilih. Negeri Pahang menerima 2 orang imam yang ditempatkan di Daerah Temerloh dan Kuantan.

Dah macam laporan berita la pulak. Tak moh la jadi penulis berita, sambung citer pasal ceramah semalam.

Majlis start pada jam 8.15 pagi di surau jabatan. Jabatan mana? Itu rahsia, orang-orang berkenaan je yang tahu kat mana. Tapi dekat jam 8.30 pagi baru la muncul seorang pak sheik berbaju kemeja T dan berseluar slack, macam biasa mesti berjambang. Kitorang bisik sesama sendiri - " ringkas je pak imam ni pakai.." pelan-pelan je bisik sebab konon takut pak imam tu paham Bahasa Melayu...hahaha...Dalam kepala ni duk fikir juga, pak imam ni reti cakap Melayu ke? Nanti bagi ceramah cakap bahasa apa. Kang dibantainya cakap Arab, kami semua nganga je la.

Dalam duk berbisik-bisik tu, jeng..jeng..jeng...muncul pula seorang lelaki berbadan tegap, tinggi lampai, berjubah hitam dan berserban putih, sebijik gaya pak sheikh macam yang kitorang duk bayangkan sebelum ni. Semua duk bisik, "La, ni baru pak imamnya. Tadi tu intro, assintant dia je kot".

Sekali dia toleh, Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah, ada gak yang terlopong. Mungkin ada yang kata biasa-biasa je tapi manis tetap ada.Terus terlintas di hati, kalau anak cucu cicit keturunan arab pun dah dikira cantik dan hensem, agaknya macam mana la cantiknya Nabi Yusuf a.s hinggakan perempuan-perempuan yang tengok Nabi Yusuf boleh terhiris jari sendiri dek kerana terpegun dengan kecantikkan rupa paras Nabi a.s tu.

Dalam semua duk berbisik-bisik, memuji-muji, pengacara majlis pun ambil tempat memperkenalkan pak imam berdua tu dan rombongan dari Aqsa Syarif. Rupanya dua-dua tu pak imam, yang berbaju kemeja T tu pak imam yang ditempatkan di Temerloh dan yang berjubah namanya Sheikh Baha As'ad dari Kuantan (kalau x silap la...). Kerisauan kami pasal bahasa untuk ceramah tu terungkai bila pengacara umumkan ada translator untuk ceramah tu nanti. Mula la duk bisik lagi, puji budak tu muda-muda lagi pandai cakap Arab, kagum juga sekejap.

Semua jenis mulut tak reti diam, sikit-sikit bisik, yang tukang cerita ni pun sama gak kot! hahaha....

Mula-mula sekali kami diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Imam Sheikh Baha As'ad disusuli dengan ceramah pendek berkenaan sejarah Palestin dan Yahudi serta sedikit perkongsian kisah suka duka masyarakat Palestin. Insaf, terharu dan simpati bila dengar keadaan saudara seagama kita di Palestin setiap hari berdepan dengan kekejaman puak zionis. Rasa syukur sangat sebab negara kita masih lagi aman dan tenteram. Tapi dorang ni kuat, tak putus semangat untuk terus berjuang membebaskan Masjidil Aqsa dan jika mati sekali pun mereka bangga sebab syahid mempertahankan agama dan negara.

Lepas tu ada pula sesi soal jawab dan pak imam lagi sorang yang tak mention nama bernasyid. Last sekali sesi bergambar la pulak. Ha, masa ni sume menempel nak bergambar. Sempat la snap juga sekeping dua tapi  ada yang tak berapa clear sket maklum la guna hp cap ayam je...huhuhu...

Blur sebab shoot jauh - sesi soal jawab
Yang paling kanan tu adik yang jadi translator

Masa ni kaget sekejap ingat dia marah sebab snap pic,
rupanya tunjuk tabung sumbangan yang kat depan kitorg..hahaha

Cuba cari dimanakah saya?
Tengok akak kita yang tudung pink kat belakang tu, bukan main lagi pose.


Tak nampak pun saya dalam pic ni sebab rendang sangat kot.huhuhu....

Kat bawah ni pula gambar masa sesi ceramah di Maahad Tahfiz Pahang, gambar clear tapi ni cilok yang orang punya. Minta halal ye....




Bersama bakal-bakal al-hafiz

Selepas habis sesi ceramah dan bergambar tu, ada pula sesi mencuci mata dan membelek cenderahati. Membeli sambil beramal. Sempat juga saya grab sehelai t-shirt dan sehelai kain selempang.


Design yang saya beli


Design kedua

Sebenarnya berkenan design kedua tapi malangnya takde saiz. Tak kisah la, yang penting niat membeli tu untuk beramal dan sedekah bagi membantu saudara seagama kita. 

Di bulan yang mulia ni, sama-samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T memberi kemenangan kepada umat Islam di Palestin dan berdoa lah juga agar satu hari nanti kita berpeluang menunaikan solat di Masjidil Aqsa kerana ganjaran pahalanya adalah 500 kali ganda daripada solat di masjid lain. Amin...

2 ulasan:

  1. alhamdulilah..berkat ramadhan kali ini kte dpt dengar ceramah dari imam palestin...kite turut bersedih di atas penderitaan n kesengsaraan yang berlaku di bumu palestin kini..same2la kite berdoa moge2 israel laknatullah itu di balas setimpal dgn ape yg mereka lakukan...aminnnnn

    BalasPadam
  2. Amin..amin...ya Rabbala'lamin...
    walau apa pun Israel tetap akan kalah sebab dlm al-Quran dah tercatat yg akhir nanti Islam akan menang.
    Dalam terharu dan simpati atas apa yang berlaku di Palestin, ada juga terselit cerita lucu masa dengar ceramah tu bila Pak Sheikh pakai serban dikatanya pakai tudung, sian orang tu...huhuhu...

    BalasPadam