Sambung cite pasal hood dapur. Saya dah pun buat pilihan dan dah pun pegi rembat hood yang menjadi pilihan hati. Akhirnya kedai A Craft Sdn Bhd yang jadi pilihan. Saya beli pakej hood + hub jenama Rubine. Siap dapat free voucher RM75 dan saya terus redeem voucher tu dengan beli cermin untuk tandas plus apa kejadah namanya benda yang cermin untuk letak botol syampu, sabun etc tu.
Sebenarnya dah lama pi beli hood tu cuma tak sempat nak update entry je. However, sampai la ni belum pasang pun lagi hood tu tapi hub dah guna. Cooktop yang lama saya masuk kotak simpan, nanti jual 2nd hand, dah ada pembeli pun cuma dia belum datang amik.
InsyaAllah sebelum Ramadhan dorang akan pasang hood tu sekali dengan kabinet. Tak sabar lak rasanya, semangat nak masak rasa cam berkobar-kobar je tapi tak tau bape lama. Kot-kot sehari dua je bersemangat pasni balik ke asal, guna dapur untuk hangatkan lauk je..hahaha..confirm kena bebel dengan encik abah la jawabnya nanti.
Bagi sesiapa yang tinggal di area Kuantan dan sedang mencari barangan rumah seperti sinki, water tap, tandas duduk, cermin, dapur, hood, pancuran mandi dan seangkatan dengannya, saya syorkan ke kedai A Craft Sdn Bhd yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan (berdekatan McD Indera Mahkota) sebab kedai ni masih lagi tawarkan harga promosi selagi kedai mereka belum dirasmikan. Sebenarnya kedai ni HQ di Kuantan Parade, kat situ dah 10 tahun beroperasi. Yang kat IM ni baru lagi, sebab tu harga promosi. Kalau pegi yang kat KP tu memang harga mahal la sikit.
Nanti bila dah siap pasang hood tu dan dah guna, saya akan update lagi samada berpuas hati atau tidak dengan kualiti hood tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan