Khamis, 4 Ogos 2016

SAMBUTAN HARI RAYA 1437H PERINGKAT JABATAN

Hari ini telah pun tiba 01 Zulkaedah 1437H bermakna selesai sudah segala sambutan hari raya bagi tahun 1437H. Tapi saya masih lagi menerima jemputan rumah terbuka walaupun agak terlewat, yang penting niat tuan rumah tetap baik iaitu ingin meraikan sahabat handai dan saudara mara. Bagi kebanyakkan orang, hari raya Aidilfitri disambut selama sebulan sepanjang Bulan Syawal tapi bagi diri saya sendiri, Hari Raya Aidilfitri adalah semasa beraya di kampung bersama keluarga, bila dah mula masuk kerja, no more raya.

Pada tanggal 22 Julai 2016 yang lepas telah diadakan sambutan hari raya di peringkat Jabatan tempat saya bekerja. Sambutan agak meriah dan diadakan sekali majlis meraikan pegawai-pegawai yang akan bersara. Untuk sambutan pada kali ini, Unit saya telah diamanahkan untuk menjaga hidangan dan persiapan tempat bagi jemputan VIP. Maknanya tak boleh lah nak bersantai-santai sambil menikmati hidangan macam tahun -tahun sudah.

Jemputan di kalangan staf dan pegawai jabatan
Sila fokus pada si baju Maroon yang tengah sibuk hidang makanan tu ye...hehehehe..


Walau apa pun, kami terima tugasan tersebut dengan hati terbuka dan telah melaksanakannya dengan sehabis baik. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walau pun kami hanya sempat menjamah sedikit juadah sebagai alas perut. Mana tidak nya, sedang makan pun saya masih dipanggil untuk sediakan tempat bagi seorang VIP yang lewat tiba. Makan pun tak senang tau, terbantut selera den...huhuhu

Dato' Pengarah merangkap KJ kami (berbaju melayu biru - duduk)

Antara jemputan VIP

Antara juadah yang disediakan pada majlis sambutan tersebut adalah 2 ekor kambing goleh which is my febret (sempat makan sikit je...), ayam golek, sate dan nasi impit, nasi dagang, nasi minyak, laksa, lemang dan rendang serta pelbagai kuih muih. Air pulak bermacam variasi ada, cendol, laici kang, asam boi dan macam-macam lagi lah.

Para jemputan beratur di gerai kambing golek....yummyyy...

Pelbagai kuih muih dihidangkan

Walaupun tak sempat bersantai menikmati juadah, tapi kami masih sempat bergambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan satu sektor. Demi bergambar kami sanggup tinggalkan khemah VIP sebentar...hehehe...Lagipun pada masa tu, tetamu dan jemputan sudah beransur-ansur pulang, kiranya tinggal untuk mengemas-ngemas apa yang patut je lah.

Sebahagian rakan-rakan sekerja, satu sektor tapi lain unit

Free sytle...hahaha...

Walau pun penat tapi kemeriahan tetap dirasakan. Puas bila dapat laksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik tapi tahun depan tolong lah assign unit lain pulak ye untuk buat kerja tu.

Pada hari tersebut turut diadakan pertandingan gerai tercantik mengikut sektor dan tahun ini sektor saya sekali lagi telah berjaya mendapat tempat pertama, 3 tahun berturut-turut. Tahniah kepada anggota yang telah bertungkus lumus menyumbang idea dan tenaga untuk menyiapkan hiasan gerai yang bertemakan kampung nelayan dengan menu nasi dagang. Memang kreatif diorang ni semua dan dengar cerita, jam 3 pagi baru siap hiasan dan susun atur tersebut. Berbaloi lah dinobatkan sebagai juara. Tapi takde pulak pic gerai tu. Tahniah juga kepada semua staf dan pegawai jabatan atas segala komitmen yang diberikan dalam menjayakan majlis sambutan Aidilfitri peringkat jabatan bagi tahun 2016 / 1437H. InshaAllah, panjang umur dan murah rezeki kita berjumpa lagi di majlis sambutan pada tahun 1438H nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan