Selasa, 8 Januari 2019

Come Back in 2019

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara

Ya Allah, rindunya pada blog ni. Last catatan tahun 2016 dah masuk tahun 2019 baru nak kembali. Ni semua disebabkan kesibukan dunia hingga tak berkesempatan nak menaip, mencoret, membebel dan seangkatan dengannya dalam blog ni walau pun hakikatnya banyak sangat nak story sebagai kenangan akan datang. Al maklum la, hakak ni takde FB nak share cerita (hakak tak tipu hokey walaupun ramai tak percaya) tapi setakat IG tu ada la, itu pun hidup segan, mati tak mau..hahahaha active user atau tak itu tak penting, yang penting ada acc IG..huahaha

Buat permulaan ni tak tau nak start kat mana, just nak ucapkan selamat tahun baru 2019 semoga tahun ini akan membawa lebih kebaikan kepada kita semua dan semoga terus dipanjangkan usia serta sentiasa dalam rahmat Allah.

Bila dah makin berumur ni, fikiran pun dah lain sikit. Baru mula melihat dan lebih mengenali kebesaran serta kekuasaan Yang Esa. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Mu ini Ya Allah serta masih diberi kesihatan yang baik untuk terus melakukan amalan-amalan soleh sebagai bekal di sana nanti, kehidupan yang kekal abadi dan bersyukur kerana masih dikelilingi oleh insan-insan yang disayangi.

Sesunguhnya begitu banyak nikmat yang telah berikan kepada kita samada kita sedar atau pun tidak. Kasih dan rahmatNya sangat luas dan tidak putus. Jangan sesekali menyalahkan takdir atas apa sahaja yang berlaku kepada kita kerana itu semua adalah aturan dan ujian daripadaNya dan saya yakin Allah tidak zalim dan Dia meletakkan sesuatu itu bersesuaian dengan tempatnya dan menurunkan ujian berdasarkan kemampuan insan berkenaan.

Be positive dan yakinlah dengan KekuasaanNya. Mulakan tahun 2019 dengan segala kebaikan dan berusahalah untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Hargailah peluang yang Allah berikan untuk kita dan gunalah ia dengan sebaiknya kerana tiada siapa pun tahu bila saatnya kita akan dijemput ke sana. Apabila tiba saatnya nanti kita tidak akan lagi memikirkan apa yang akan ditinggalkan di dunia ini dek kerana ketakutan untuk menghadapi apa yang ada di hadapan. Nauzubillah. Ampuni aku Ya Allah.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan