Khamis, 28 Januari 2016

Zaim masuk sekolah

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...

Aduh...saya diserang  penyakit kemalasan yang melampau hingga langsung tak jenguk ke blog ni. Kesian blog Keluargazaim ni, langsung tak terbela walau pun sebenarnya banyak sangat story yang nak dikongsikan. 

Sebelum saya teruskan untuk update tentang bisnes kain batik songket Sarawak, saya ingin kongsikan sedikit kisah anak bujang kesayangan saya, si Zaim tu. Awal tahun ni saya dah mula hantar dia masuk taska bagi memenuhi permintaan dia yang sememangnya dah lama teringin ke sekolah. Kesian juga sepanjang tahun lepas boleh dikatakan setiap pagi dia bersungut tak nak ke rumah mama babysitter, minta dihantarkan ke sekolah hinggakan saya terpaksa mereka pelbagai alasan dan disebabkan tak nak lagi menipu sunat (ada ke tipu sunat?) so, saya daftarkan dia ke taska. Seronok kemain lagi dia bila dapat tahu dia akan ke sekolah. Umi dan abahnya pun excited juga beli kelengkapan dan buat persediaan sekolah macam la anak nak masuk darjah 1 dah...hahaha... 

Pilih tempat duduk masing-masing


Auni (baju hitam) masih sedih menahan tangis (masa ni belum bertudung)

1st day ke taska, saya ambil annual leave, standby incase tetiba menangis tak nak pegi sekolah ke apa. Alhamdulillah, dia langsung tak menangis tapi muka macam sedikit blur mungkin sebab baru nak sesuaikan diri. Saya perhatikan dia dari jauh dan saya perasan Zaim jenis yang suka memerhati. Dia perhatikan sekeliling, perhatikan gelagat kengkawan baru (ada yang menangis, ada yang meronta, ada yang langsung tak nak berenggang dengan ibu masing-masing dan macam-macam ragam lagi lah) semua diperhatikan dalam keadaan senyap.

Bila cikgu bagi arahan, dia dalam keadaan blur akan ikut setiap arahan, bila diminta beratur untuk ambil makanan, dia ikut, disuruh duduk untuk makan pun dia ikut hatta cikgu suruh ke tandas untuk buang air kecil pun dia turutkan juga, patuh gayanya. Senang hati umi bila tengok Zaim macam tu. 

Feedback daripada cikgu-cikgu juga bagus, katanya Zaim good. But then, masuk je hari keempat, dia dah mula tunjuk belang. Report hari keempat dan kelima, cikgu tulis "Zaim good tapi sedikit lasak" dan ada budak lain yang dah kena dengan Zaim hingga menangis. Adusss...dah agak dah..

Untuk elakkan dia dari terus bermaharajalela dan menunjukkan kelasakannya, saya terpaksa beri ugutan, sekiranya masih nak teruskan sekolah dia tak boleh nakal or bergaduh dengan kengkawan, kena ikut cakap cikgu dan make sure komen cikgu adalah yang baik-baik saja dan kalau sebaliknya, dia perlu berhenti sekolah dan balik ke rumah mama babysitter (berani cakap macam tu sebab memang tau dan confident yang Zaim memang nak sekolah..hehehe). Alhamdulillah, dengan ugutan tu dia dah ubah sikap. Tak ada lagi usik kawan-kawan dan cikgu pun tak ada lagi mengadu yang tak elok.

Sehingga hari ini, hampir sebulan bersekolah, Zaim masih lagi bersemangat. Semoga semangat dia akan berterusan untuk hari-hari berikutnya, InshaAllah. Ops, lupa pulak..Zaim dah ada bestfriend, Auni namanya. Pandai pula dia puji, katanya Auni cantik pakai tudung..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan