Khamis, 10 Mac 2016

Kain Batik Sarawak Lagi

Alahai...lamanya tak update blog ni..memang tak berusik pun, ibarat macam rumah tak bertuan, tentu dah berhabuk. Bukan takde cerita yang nak dikongsikan, memang banyak sebenarnya tapi tak berkesempatan.

Hari ni tetiba pulak terdetik hati nak jenguk blog. Tak tahu yang mana satu nak update dulu, kisah anak-anak ke, kisah holiday ke, kisah kerja ke, kisah mem'baking' ke, kisah bisnes kain ke lain-lain kisah....ahh...tak kisah la kisah apa pun, orang tak kisah kot...hohoho...

Pikir punya pikir (sambil belek2 pic dalam hanset), finally diputuskan untuk update kisah kain songket yang liplap-liplap keemasan dan cun melecun serta mampu membangkitkan seri si pemakai...taraaaa....KISAH KAIN BATIK SONGKET SARAWAK..noktah!

Kebetulan pulak akhir-akhir ni banyak pulak stok corak-corak baru yang sampai, memang cun dan menawan. Inshaallah mampu menarik hati dan memukau mata sesiapa je yang memandang..hehehe...Cerita tanpa gambar ibarat sambal tanpa belacan, tak 'kick'. Jom layan gambar dulu, nanti baru cerita detail ye. Nak sentuh juga bab harga.

Kod 0005
Contoh : Corak penuh Kod 0005 (hitam)
Kod 5011
Contoh: Corak penuh kod 5011 (pink)
Kod 255
Contoh : Corak penuh kod 255 (maroon)
Kod 262
Contoh : Corak penuh kod 262 (merah)
Kod 507
Contoh : Corak penuh kod 507 (biru)

Kod 486
Contoh : Corak penuh kod 486 (maroon)
Kod 476
Contoh : Corak penuh kod 476 (ungu)
Kod 300
Contoh : Corak penuh kod 300 (kuning)
Contoh : Corak penuh kod 246 (beza line tengah berbanding kod 300)

Yang bawah ni pulak batik pastel, sebelum ni saya tak jual yang pastel ni tapi disebabkan ada yang bertanya, maknanya ada permintaan, so untuk edisi kali ni ada juga 2 jenis corak batik pastel khas untuk penggemar warna-warna pastel yang ala-ala lemah lembut dan sopan santun gitu...hehehe...
Kod 486
Contoh : Corak penuh kod 486 (pink)
Kod 254
Contoh :  Corak penuh kod 254 (oren/peach)

Kain-kain ni memang cantik dan sesuai untuk buat apa-apa fesyen dan potongan mengikut kesukaan dan pilihan masing-masing. Jika dikombinasikan dengan lain-lain fabrik pun sesuai juga, terserah kepada kreativiti individu itu sendiri.

Selain daripada corak-corak yang terkini, corak-corak lama yang sentiasa mendapat permintaan pun ada dibuat pesanan semula (restok). Yang ni kiranya memang corak yang femes la untuk kain batik songket Sarawak ni. Jom layan gambar corak-corak yang femes dan sering bertahta di hati peminat batik songket Sarawak.

Kod 318

Contoh : Corak penuh kod 318 (hijau)

Kod 623 (Diamond)
Contoh : Corak penuh kod 623 (biru)

Kod 225
Contoh : Corak penuh kod 225 (biru)

Kod 196 - pilihan warna dipelbagaikan
Contoh : Corak penuh kod 196 (pink)
Kod 471 (bunga api)

Kod 911 (harimau)
Aduh...penat dah tunjuk gambar kain..Nak diikutkan, ada banyak lagi pilihan corak tapi dah penat lah. Kalau ada sesape yang berkenan nak order atau nak bertanya lanjut, macam biasa boleh contact saya melalui emel mazalan8469@gmail.com dan tinggalkan nombor whatsapp ye.. Lagi syok bila ada komunikasi dua hala. Kat blog ni saya bermonolog sendiri je, tak syok. Kekadang jadi syok sendiri je, hahahaha....
Ops! kat atas tadi ada saya sebut pasal harga kan? Ok, tak mau bagi anda berteka teki pasal harga so saya umumkan bahawa selaras dengan keadaan ekonomi sekarang, harga kain batik songket Sarawak diturunkan kepada RM25 sehelai termasuk postage.

APA???? Harga turun?? Iye, bukan mimpi dan bukan igauan. Ini kenyataan. Harga dah diturunkan mengikut harga semasa. Apa tunggu lagi, jom la order. InshaAllah emel anda akan saya balas nanti tapi maaf lah kalau terpaksa tunggu sehari dua baru dapat feedback, kekadang lupa check mailbox...hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan