Rabu, 26 Jun 2013

Zaim vs Rabbit

"Bubur ni kalau taknak makan, umi bagi kat rabbit lah". Terus laju je Zaim datang nganga mulut minta disuapkan bubur. Memang itu lah ayat saya tiap kali nak minta Zaim habiskan makanan dia. Sebab tu lah dia macam anti je dengan rabbit.

Musuh Zaim - Pic ni Zaim yang snap tapi saya yang ajar

 Rabbit ni abah yang beli kat pasar malam. Masa beli tu Zaim baru umur dalam 6 bulan, tak reti main pun lagi  sebenarnya dan dia memang tak nak main sebab geli. Zaim memang geli dengan benda-benda berbulu, teddy bear pun dia tak nak pegang. Lagi pun dia macam takut je dengan rabbit tu, bila rabbit datang dekat ngan kaki, terus dia merangkak lari. Yang kelakarnya, kadang-kadang lari sampai panjat naik atas abah atau umi.

Bila off kan rabbit, dia cuba beranikan diri pegang dan kerjakan rabbit. Macam misi balas dendam lepas kena kejar. Ni dah besar sikit, dah macam lagi berani. Disebabkan keberanian yang semakin meningkat dalam diri, akhirnya rabbit kecundang, dah tak bergerak pun. Ingat bateri abis, rupanya memang dah KO.

Pegang telinga hempas kat lantai.

'Kelebet' isi perut

Rabbit kecundang di tangan Zaim - "Yes! I won."

Dua, tiga hari ni kesian pulak tengok Zaim. Petang-petang balik rumah dia amik rabbit hulur pada saya atau abah minta tolong 'on' kan. Sebelum ni godek-godek dapat la gerakkan semula, tapi kali ni memang langsung tak gerak dah. Takpe lah, nanti abah beli yang lain ye. Mainan budak memang dicipta untuk dorg rosakkan pun, untuk uji kreativiti budak-budak. Kalau tak rosak maknanya memang budak tu tak main la agaknya. Tapi kalau belum sampai 24jam dah rosak, memang kreatif sangat-sangat dah tu, jenuh juga asyik kena beli baru je. Kalau saya minta maaf la, takde mainan la jawabnya.

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu Melanda

Akhir-akhir ni dengar kat tv berita pasal jerebu, Muar daerah paling teruk terjejas. Berdasarkan laporan di berita TV9 jam 12 tengahari tadi, bacaan IPU di Daerah Muar dah 700 lebih, dah capai tahap kritikal. Jadi kepada sesiapa yang tinggal di Muar tu kenalah hadkan aktiviti luar ye.

Hari ni Kuantan pun dah turut dilanda jerebu. Mula-mula tu tak perasan tapi tadi dekat jam 12 tengahari tengok cuaca macam mendung, rupanya jerebu. Di sini ada beberapa gambar yang saya snap di kawasan neighbourhood saya. But i'm not really sure jerebu ni kesan daripada pembakaran di Indonesia atau ada kebakaran lain di area Kuantan.

Jam 11 lebih di hadapan rumah

Nampak macam pukul 7 pagi

Hampir jam 12 tengahari

Jarak penglihatan terhad

Disebabkan cuaca tak mengizinkan, terpaksalah lepak je kat rumah. Takpe juga sebab kat rumah pun banyak urusan lain yang perlu dibereskan, huhuhu....

Hadiah Birthday daripada Abah & Umi

Seperti yang dijanjikan, pagi tadi lepas breakfast terus ke kedai beli hadiah Zaim. Walaupun dia tak pandai meminta tapi sebab dah cakap dan dah janji so kenalah tunaikan juga. Semasa di kedai dia diam je, tengok je umi dan abah pilih tapi lepas dah bayar, bawa masuk kereta baru la mulut dia bising tunjuk kat benda tu. Nak tau apa yang kitorg beli sebagai hadiah 1st birthday Zaim? Layan gambar di bawah ;


Basikal Doraemon, 3 functions - kayuh, tolak dan jongkang jongkit
(abaikan kotak kat belakang, yang tu citer dlm next entry)

Nanti petang boleh ronda-ronda sambil naik basikal

Tengah belek apa yang boleh 'dikerjakan'

Picit hidung Doremon

Teruja dapat basikal hingga sanggup tahan mata walaupun mengantuk tapi last-last angkat masuk buai, sekejap je terus lena. Nanti petang sambung main lagi. Disebabkan kaki tak sampai nak kayuh pedal tu, terpaksa la abah dan umi sukarela jadi tukang tolak...:p Bila dia dah besar sikit, minta abah tanggalkan benda tolak dan jadi lah basikal roda tiga.

Jumaat, 21 Jun 2013

Hadiah pertama

Sambung catatan semalam pasal 1st birthday zaim. Kali ni nak cite pasal 1st present dia pulak. Tapi bukan daripada umi dan abah, present ni daripada babysitter (mama) Zaim sekeluarga. Balik keje petang semalam, pi jemput Zaim kat rumah mama dia, tengok Dania (anak mama) keluar bawa bungkusan hadiah, gedabak punya besar sampai Dania sendiri pun susah nak bawa. Dania ni baru umur 5 tahun, badan pun kecik memang payah la nak bawa kotak besar gitu. So babah (suami mama, ayah Dania) tolong bawa masuk ke kereta. Zaim muka selamba je, macam takde perasaan. Nak buat camner, baru umur setahun tak paham apa pun lagi pasal hadiah kot.

Sesampai di rumah, encik abah pulak yang excited tengok hadiah besar. Dia tolong bawa masuk ke rumah. Zaim pulak siap tolak hadiah masuk ke dapur. Kebetulan saya puasa, jadi mereka dua beranak la yang sibuk membuka hadiah. Veneu membuka hadiah adalah di dapur baru kami yang belum siap sepenuhnya tu. Sambil tu sempat juga saya snap sekeping dua foto (lebih daripada 2 keping dah ni ).

Muka excited- masa depan mama buat selamba je

Abah ajar Zaim buka kertas pembalut

Taraaaa! dah dapat. Seragam je ngan baju, haha...

1st ride. Abah tolong tolak

Dah pandai main sendiri

Thanks mama, babah & Dania for the present. 

Present daripada umi dan abah delay sikit. Weekends baru cadang nak pi beli.



Hood Dapur

Fuh...penat betoi! dah la puasa pastu berpanas lak masa lunch hour tadi bekejar ke bandar semata-mata nak survey hood dapur. Ala, hood dapur tu benda alah yang orang pasang kat atas dapur atau lekat kat kabinet atas dapur untuk sedut minyak, wap dan bau keluar masa korang masak. Jangan tertukar dengan hod pulak sebab hod tu dalam bahasa lain stove atau dapur memasak. Ni semua gara-gara sakit hati dengan cina kedai elektrik malam tadi.

Al kisahnya malam tadi saya dan encik abah beserta si nakal Zaim ke kedai elektrik di Bandar Kuantan, kami nak beli hood dapur untuk dapur baru kami. Dapur lama kami renovate bagi besar sikit dan buat kabinet terus. So, sebelum pasang kabinet kenalah cari hood dulu. Lagi pun, saya memang tak suka bila bau masakan merebak sampai ke bedroom dan living hall. Sebab tu kalau dah lebih dari kul 7.00pm saya memang tak akan masak kecuali masak air sebab tingkap dan pintu semua tertutup - alasan je kot, sebenarnya malas! haha..Malas-malas juga, tapi serius memang tak suka bila bau masakan memenuhi seluruh rumah.

Sebelum survey kat kedai, saya dah godek2 Mr Google cari info sikit, nanti takde lah kena tipu ngan apek kedai elektrik sebab langsung no idea pasal hood ni. Tapi kompius gak, macam-macam orang cakap especially  tang jenama, xtau mana lagi bagus. Masuk kedai tu tengok ada brand Electrolux, Faber, Mistral dan Rinnai je. Tapi hati terpaut pada Faber sebab pattern cantik, pakai glass. Rege asal rm1600++ tapi cina tu kasi rm1000 je. Memang lagi rendah drp bajet asal tapi hati macam x confident je ngan brand ni, rasa berbelah bahagi. Tengok pulak yang Electrolux, rege mahal sikit. Pastu ajak encik abah tengok kat kedai lain kot2 boleh dpt lagi murah, dia dah macam malas nak layan sebab encik abah jenis yang tak suka nak survey, jumpa je asal berkenan terus beli. Tapi dia ikutkan je la bini dia yang memang jenis muka tebal sikit, setakat keluar masuk kedai yang sama dua tiga kali tu standard la, bukan kena bayar pun.


Hood Faber - nampak elegant

Pergi kedai kedua, hampeh. Tanya pasal suction power pun tak tau. Pastu saya nekad balik semula ke kedai pertama untuk terus je beli hood Faber. Tapi malangnya, kali ni kami dilayan oleh sales person yang lain pulak. Kali ni dia cakap rege untuk Faber rm1350, boleh kurang rm1250. Kami query la sebab mula-mula tadi dah cakap rm1000 nape kali ni mahal lak, dia cakap yang cina tadi tu salah bagi harga. Apa lagi, encik abah ajak saya blah. Bukan kedai dia je yang ada jual hood kat Kuantan ni.

Itulah punca dan penyebab lunch hour tadi saya kuar ke bandar untuk survey lagi hood. Kali ni ke kedai yang ada jual brand Rubine dan Fortile. Baca kat Mr Google, dua brand ni ok. Kedai yang 1st tu bagi harga rm1350, kos pemasangan rm280 tapi boleh pasang sendiri. Yang ni jenis stainless steel + aluminium, nampak cam tegap, memang 'terjatuh' hati la. 

Hood Rubine - ada line itam, matching table top

Masa on the way balik ofis, nampak lagi satu kedai jual brand Rubine dan Fortile jugak, yang ni ada promosi tapi cam tak masuk akal lak. Beli hood sahaja dia bagi harga rm1470 tapi kalau beli set sekali dengan hob, rm1460. Bodoh ke apa kalau nak amik hood saja, sah2 la orang akan amik yang set. Kos pasang lak rm250. Lagi ok berbanding kedai yang 1st tadi tapi duk pikir, hob lama kat rumah nak taruk mana sebab baru je beli last year. Kalau amik hood saja dan guna hob lama, x cantik lak sebab brand tak sama. Balik discuss ngan encik abah dulu la, esok baru buat decision & terus pergi rembat.

Khamis, 20 Jun 2013

1st Birthday Muhammad Zaim Mukhlis

20 Jun 2013, ulangtahun pertama kelahiran putera kesayangan saya dan suami yang kami namakan sebagai Muhammad Zaim Mukhlis. Sekejap je masa berlalu, dah setahun dah umur anak umi ni. Makin bijak dan makin banyak ragam.

Pagi tadi Zaim terjaga dari tidur terus saya bagitau dia yang hari ni birthday dia tapi haram x paham apa. Dia buat muka derk je pastu membebel dalam bahasa gugu gaga. Lepas mandikan dia, sengaja saya pakaikan baju baru sebelum hantar ke rumah babysitter. Tahun ni kami tak nak sambut birthday dia sebab dia macam tak tau apa lagi, tak syok la. Nanti umi dan abah je yang lebih-lebih lak. InsyaAllah, tahun depan kita celebrate ye sayang. Tapi takpe, walau pun takde buat majlis nanti weekends kita pegi beli hadiah ye.

Umi doakan anak umi sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T dan membesar dengan sihat, cergas dan ceria. Semoga Zaim menjadi anak yang pintar, berakhlak dan soleh. Amin.

Selasa, 18 Jun 2013

Tips Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi


Sedar tak sedar kita dah masuk Bulan Syaaban, tak lama je lagi Ramadhan pula menjelma. Tentu ramai yang sedang bertungkus lumus berpuasa ganti dan tak terkecuali diri saya sendiri. Maklumlah, tahun lepas kebetulan berpantang dalam Bulan Ramadhan jadi terpaksa la ganti sebulan. Alhamdulillah, tinggal beberapa hari je lagi untuk habiskan puasa ganti. Walau pun start ganti puasa agak lewat tapi saya dah berniat untuk cuba habiskan juga puasa yang tertinggal tu.

Semakin menghampiri Ramadhan, saya nak kongsikan beberapa tips bersama ibu-ibu menyusu agar dapat kita amalkan bersama sepanjang berpuasa Ramadhan nanti tanpa menjejaskan rutin penyusuan bayi. Mudah-mudahan kita dapat berpuasa penuh dan dalam masa yang sama dapat terus menyusukan anak dengan susu ibu yang berkhasiat.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan!

1) Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.




2) Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.


3) Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu.



4) Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.

5) Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.


6) Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat dan sebagainya.



7) Elakkan minuman berkafein dan minuman berkarbonat.

8) Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak (Tandem pumping)





9) Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum. Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu.


10) Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.

11) Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu ibu yang anak dihasilkan.

12) Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa tetapi kurang rangsangan samada kurang menyusu terus bayi atau memerah susu.


13) Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.

Credit to : http://yourhealthshoppe.blogspot.com

Isnin, 17 Jun 2013

Buah-buahan Kampung / Buah Nadir

Lunch hour tadi macam-macam topik yang saya dan officemates bincangkan tapi kami tak mengumpat orang ye. Dalam duk pot pet sana pot pet sini, entah macam mana terkeluar la cerita pasal buah-buahan kampung atau buah-buah hutan (bahasa cerdik sikit buah nadir) yang biasa kami tengok atau makan masa zaman kecik-kecik dulu - rupanya dorg ni pun budak kampung la jugak, hahaha... Sekarang ni memang susah la nak jumpa buah-buah tu sume. Budak-budak sekarang pun agaknya tak kenal dah buah-buah ni, yang dorg sume tau buah epal, kiwi, strawberi, pear dan seangkatan dengannya je kot. Kalau buah kampung pun, paling femes dorg kenal tentula buah pisang - macam tak kena je sebut buah pisang, biasa orang sebut pisang je kot.

Tak mau tulis banyak, jom tengok gambar buah-buahan yang menjadi tajuk perbualan kami tadi. Credit to Mr Google for the pics


Buah Kecupu
(orang kampung saya panggil "buah cupu")
Rasa buah ni masam, biasa tumbuh di hutan. Masa kecik dulu pernah juga la rasa buah ni, tapi sekali je kot sebab masam sangat. Itu pun sebab mak saya jumpa pokok buah ni semasa dia dan ayah ke kebun. Dia bawa balik buah ni untuk saya rasa, kalau tidak tentu saya pun tak kenal dan tak tau apa rasa buah ni.



Buah Kemunting
Pokok kemunting biasa tumbuh di kawasan tanah berpasir atau berhampiran pantai. Saya makan buah ni masa balik kampung di Bachok, kelantan. Kawasan kampung tu memang tanah berpasir, sambil main pondok-pondok atau galah panjang dengan sepupu sepapat, dorang bagi saya cuba buah ni, rasa manis-manis sikit dan ada biji-biji halus kat dalam.



Buah Putat
Buah ni seingat saya memang saya tak pernah makan tapi saya tahu yang pucuk pokok putat boleh dibuat ulam. Entah macam mana rasa saya pun tak tau. Masa discussion tadi, Mek Linda yang sebut pasal buah ni. Nanti esok dia nak bawa, katanya pokok putat ada tumbuh kat belakang rumah mak mentua dia.


Buah Kundang
(orang kampung saya panggil "buah setar")
Haaa, yang ni selalu makan. Masam sangat, bila ingat balik rasa cam kecur liur je. Walau pun masam tapi sedap dimakan cicah colek! Gula dicampur dengan kicap, letak garam sikit dan lenyekkan cili buat cicah dengan buah setar..Fuh! power..Buat jeruk pun sodap...


Buah Keriat
(orang kampung saya panggil "buah sekiat")
Buah keriat memang familiar sangat pada saya sebab pokok buah ni ada tumbuh di sebelah rumah lama keluarga saya di kampung. Tapi sekarang pokok tu dah ditebang. Sejak pada tu, saya dah tak jumpa dan tak dapat makan buah sekiat ni lagi dah. Buah ni lebih kepada biji, bukan ada isi sangat pun. Rasa masam-masam manis. Sedap dimakan cicah colek cuka then cedok dengan sudu semasa makan. Sedapnya....


Buah Ceri Malaysia
(saya panggil "buah kekut"- tak tau camner leh panggil gitu)
Pokok buah ni sekarang ni pun ada lagi jumpa kat area-area belukar sikit. Pokok dia rendang dan redup. Biasa burung-burung kecik suka bertenggek kat pokok ni sambil makan buahnya. Buah kekut ni memang nostalgia pada saya sebab kat depan tangga rumah family saya di kampung memang ada pokok buah ni tapi sekarang dah ditebang. Masa sekolah rendah dulu, kat bawah pokok ni la tempat saya melepak dengan kawan-kawan dan atas pokok ni la tempat saya menunjukkan skill memanjat.


Buah Markisa (Passion Fruit)
Pokok buah ni pun ada menjalar kat depan rumah family saya di kampung (wah, macam banyak je pokok kat area rumah mak ayah saya, kampung sangat ke? hehehe..) Masa sekolah rendah dulu, buah ni kitorang buat main baling-baling je. Buah dia rasa masam-masam manis. Sekarang ni orang buat jus. Kalau makan dan terkena buah yang manis, memang sedap.

Buah Nam-Nam
Biasa orang panggil "buah katak puru", mungkin sebab rupa dia menggerutu kot. Mula-mula dulu geli nak makan sebab terbayangkan katak puru tapi bila dah rasa, rupanya sedap. Ada rasa manis, masam dan kelat sikit. Sesetengah orang makan cicah garam je tapi budak-budak biasa makan gitu je.


Buah Keranji
Buah ni memang femes sebab ada disebut dalam pantun Melayu. Biasa kecik-kecik dulu beli kat pasar, dorg jual dalam kelongsong dan ada yang moden sikit jual ikat dalam beg plastik. Rasa masam-masam manis


Buah Asam Gelugor
Buah ni saya tak pernah makan cam gitu je, rasanya memang orang tak makan mentah kot. Biasa tengok mak saya hiris nipis-nipis dan keringkan, maka jadilah asam keping atau dikenali juga sebagai asam gelugor. Dulu mak saya ada tanam pokok asam gelugor kat depan rumah tapi dah tebang. Mak saya biasa amik pucuk pokok ni campur dalam gulai asam ikan sungai, sedap sangat. 

Itula antara buah-buah lama yang saya nak kongsikan. Mungkin ada antara anda yang pernah makan buah-buah ni atau pernah tengok walaupun tak pernah rasa atau memang langsung tak pernah jumpa (orang bandar).

Langkah pertama (Bertatih)

Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun umur Zaim. Makin besar dah anak umi.

Sekarang ni dia dah beranikan diri untuk mengatur langkah, dah berani melangkah dah... Mula-mula dulu jenuh kami ajar dia bertatih tapi dia tak nak. Baru 3 @ 4 hari ni je la dia sendiri beranikan diri berdiri dan cuba berjalan. Alhamdulillah, dapat la juga melangkah dalam 5 @ 6 langkah, then jatuh. Kami tepuk tangan sambil puji dia pandai untuk rangsangkan semangat dia. Tak apa kalau jatuh, nanti cuba lagi dan nampaknya dia makin bersemangat untuk belajar berjalan.

Saya memang tak sabar nak tunggu dia pandai berjalan sebabnya nanti senang nak bawa dia meronda pasaraya especially time abah dia kerja. Macam sekarang ni, kalau pergi pasaraya berdua je dengan dia memang terus capai je apa yang nak dibeli, takde dah nak belek sana belek sini. Lenguh jugak la tangan dukung dia, beratnya boleh tahan. Nak bawa baby stroller macam over sangat kalau setakat nak pergi beli barang sikit je. Lagi pun leceh nak buka bonet apa sume.

Umur 90 hari (3 bulan) dia dah pandai meniarap, umur 180 hari (6 bulan) pandai merangkak dan sekarang lagi 3 hari nak genap umur setahun dah mula berjalan. Ada yang cakap macam lambat tapi ada yang cakap cepat. Tak kisah la, yang penting anak umi dah mula untuk berjalan. 'Syabas mere beta, well done!' - cakap ikut gaya cerita hindustan ye.

Selasa, 4 Jun 2013

Hipokrit itu perlu

Kalau kita bertanya pada sesiapa kat luar sana tentang perlu ke tidak bersikap HIPOKRIT, tentu ramai yang berkata ' ee,saya tak suka la orang yang hipokrit'. Betul, rata-rata orang berpendapat kita tak perlu hipokrit dan lebih baik jadi diri sendiri. Tapi bagi saya dalam sesetengah keadaan, hipokrit itu perlu. Sebelum itu, saya nak kongsikan maksud sebenar perkataan HIPOKRIT. Maksud hipokrit mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 ialah, (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, thanks to http://lifestyle-humairamahpa.blogspot.com for the meaning of this word!

Kenapa saya cakap hipokrit tu perlu? Jika ia membawa kepada sesuatu yang positif, kita perlu hipokrit contohnya untuk menjaga hati seseorang atau untuk menjaga hubungan baik dengan seseorang. Cuba bayangkan, satu hari ada kawan lama datang ke rumah dan dia bawa anak kecil dia bersama. Masa tengah syiok bersembang tiba-tiba anak dia tertumpahkan minuman atas permadani yang baru je seminggu kamu beli. Apa perasaan? Kalau saya la, memang hangin satu badan. Dalam hati tu kalau tak maki pun mesti dah nangis dah kan? Tapi takkan dan-dan tu juga nak marah, ye dop? Mesti dengan selambanya kita akan cakap "eh, takpe-takpe, nanti boleh cuci", muka masih lagi senyum manis. Nak jaga hati kawan. Tapi tak ke itu dinamakan hipokrit? Sila rujuk balik maksud perkataan tu. Kalau tak nak jadi hipokrit, keluarkan la apa yang tersirat di hati tu, terus je cakap "alamak! habis permaidani aku, baru je beli seminggu. Tak boleh minum elok-elok ke? Nakal betul la budak ni". For sure, masa tu kawan lama kita tadi mesti dah terasa hati dan kemungkinan besar dia takkan datang lagi rumah kita.

Hipokrit yang sebegitu adalah perlu tapi kalau hipokrit yang negatif tu memang tak patut la. Contoh untuk yang negatif macam ni pulak, ada seorang kawan kamu tu yang kamu anggap sebagai kawan yang sangat baik sebabnya perlakuan dia elok je kat depan, sokong 100% apa yang kita cakap or yang kita buat but at the same time macam-macam cerita yang tak baik tentang diri kita dia cerita kat orang lain. Subhanallah! yang ni memang tak patut *dah seangkatan dengan 'talam dua muka atau bermuka-muka.

Ada banyak lagi contoh-contoh hipokrit yang positif dan contoh hipokrit yang negatif. Terpulang la pada individu itu sendiri. Tapi bagi diri saya, hipokrit yang ke arah kebaikan adalah perlu. Kita tak perlu jadi seorang yang kononnya jujur dan bukan jenis hipokrit tapi kejujuran kita tu dah menyebabkan banyak hati yang tersakiti. Ingat, bukan semua orang boleh terima cara kita yang kononnya jujur, outspoken dan tidak hipokrit ye.

Itu cumalah pendapat saya. Anda bagaimana? Sudi-sudilah kongsikan pendapat anda ye..